Don't Judge the blog by it's followers

Monday 3 June 2013

Diam

Diam.
Kadang-kadang saya lebih cenderung untuk diam. Saya jadi diam bila berhadapan dengan laptop, di dalam kamar yang sunyi. Jika di luar saya banyak bercakap, sampai suatu masa saya akan menjadi diam. Maaf kawan-kawan yang kehairanan. Siapa yang pernah stay di bilik saya masa  study dulu akan faham. Saya seolah-olah hanya berteman dengan laptop di hadapan tanpa mempedulikan orang lain.
Ada banyak sebab kita akan menjadi diam bukan? Bergantung pada hati masing-masing.
Kenapa saya diam?
Sebenarnya saya tengah muhasabah diri. Memikirkan apa yang telah saya lakukan. Kadang-kadang diam boleh mendamaikan hati yang sakit, resah dan kecewa. Biarlah menjadi rahsia di hati.
Pengalaman 4 bulan yang lalu, membuatkan saya pilih untuk mendiamkan diri.  Seperti yang saya katakan tadi. Faktor ruang atau kamar akan menjadikan saya diam.
Di office yang saya bekerja hanya terdapat 4 orang staff, penyelia saya seorang perempuan, yang selebihnya lelaki. Sunyi. Ruang itu buat saya sunyi. Ruang yang saya duduk selama 4 bulan di situ bukan persekitaran yang saya bayangkan. Jauh dari keramaian. Tidak seperti ruang office yang lain. Penyelia saya seorang yang tegas. Saya buat apa yang disuruh. Bercakap bila perlu sahaja. Sebenarnya saya kurang selesa.  Hari demi hari membuatkan saya bersabar.
Diam saya bukan untuk menyendiri.
Semalam, saya berborak dengan seorang kawan. Dia antara penumpang  setia bilik saya dahulu.
“anis..aku tahu hang macam mana bila dalam bilik..bukannya aku tak pernah duduk dengan hang”
Maaf ya teman-teman. Ada hari saya boleh ketawa besar, riuh rendah, riang-ria sama-sama. Sampai satu masa, saya menjadi diam.
Saya baru ingat, masa sekolah rendah dulu. Saya sangat pendiam. Bila di tingkatan, saya semakin riuh.
Dan sesiapa pun, ada masa kita kuat bercakap. Sampai satu masa kita perlu untuk diam.



Adakala diam itu lebih membawa maksud dari berkata-kata

No comments:

Post a Comment