Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 10 August 2013

Tahi bintang tidak bergentayangan

"pernah nampak tahi bintang?"
.."tak pernah.."
"aku pernah nampak..."
"kat mana...?"
"kat atas puncak vista"
" ada ke..?"
... "ada..."
"kalau macam tu, nak tengok jugak lah.."
"jom...kalau da rezeki dapat lah tengok"

------------------

kayu api dipatah-patahkan
menyitir dedaun kering
dilempar ke dalam unggun api
kayu telah menjadi bara
ditiup angin malam itu
hanya cahaya api menerangi gelapnya malam

suara keriuhan dari tempat tinggi
tidak didengari sesiapa
berdiri mereka memikat api
duduk berdepan memujuk api
dua unggun api dinyala-nyalakan

malam kian larut
tahi bintang masih belum muncul
usai makan bersila
bara api masih menyala buat suluhan
hanya bintang berkelip-kelip

tahi bintang masih belum muncul
bara api dipadamkan.
segala peralatan dikemas
semua menuruni anak tangga
dari puncak ke bawah

walaupun tahi bintang tak bergentayangan
yakin ia jua pasti tersenyum
melihat kami sekawan
datang berteman dengan angin
bercengkerama bersama


Teman Setia Ketenangan

Pena baru

Di laman facebook ramai yang meneropong kita baik keluarga terdekat, sanak saudara, sahabat handai, guru dan pensyarah serta orang-orang luar yang tidak dikenali. Semua golongan ini bercampur dalam alam maya yang mana dapat melihat tiap tulisan kita setiap kali mengupdate status.

Demi menjaga hati atau mengelak dari sebarang ketidakfahaman, tidak sependapat, andaian-andaian, segala macam perspektif dari golongan sanak-saudara, saya mengambil pendekatan untuk mewujudkan satu lagi account fb yang baru untuk saya menulis tanpa sempadan hati.

Ada desas-desus yang timbul apabila tiada teguran sapa di antara anak saudara kepada ibu saudara apabila mereka aktif online. Hal ini lama-kelamaan akan menyebabkan salah faham akibat tidak dapat memuaskan hati pelbagai pihak. Facebook saya yang sekarang ini digunakan secara peribadi dan ada kalanya menjadi ruang untuk saya berpuisi serta menukilkan sesuatu. Akhirnya, saya ingin pisahkan dua dimensi ini lalu mewujudkan 1 facebook yang lain untuk saya berkarya.

Facebook baru saya itu diberi nama Venusia Light. Hanya kenalan rapat dan orang-orang yang tertentu saya add as friend. Tiada sedara-mara yang dekat dan jauh di situ. Saya letih jika ada sedara-mara yang menyalahfaham maksud puisi yang saya sampaikan. Pelbagai tohmahan yang diandai-andaikan. Demi mengelak dari fitnah, saya perlu ada ruang yang baru.


Jika seorang penulis dikritik serta dikutuk hasil karyanya, why not kita yang menulis secara peribadi di laman facebook menerima akibat yang sama.
Saya menulis sesuatu yang menjadi kepekaan saya apabila saya melihat, mendengar, merasa dan memahami. Jika benda itu perlu dikongsi, saya akan pamer di laman facebook.

Wallahualam.


-Teman Setia Ketenangan

Editor

A part of my dream is to be an editor, writer and so on. From the deepest of my heart, I want to be a writer. Seniku tumpul, hanya bisa berbasa-basi di sini, Cuma mempunyai minat dalam penulisan sastera.



Tahniah kepada salah seorang sahabat baik saya yang telah ditawarkan menjawat jawatan sebagai seorang editor bahasa melayu di Telaga Biru. Sebulan yang lalu, kami sama-sama keluar mencari kerja di sekitar Sungai Petani. Alhamdulillah rezekinya berkunjung tiba. Rezeki di bulan Ramadhan katanya. Selepas raya, beliau bakal memulakan kerjayanya di Telaga Biru.

Mungkin bukan rezeki saya, iklan jawatan kosong as an editor itu pernah beliau post di inbox fb saya, dek kerana tiada degree in Bahasa Melayu, saya lebih merendah diri untuk mencuba. Kata sahabat saya, sewaktu interview mereka memberi soalan berkaitan tatabahasa dan sebagainya seperti soalan exam.
Saya hanya berbekalkan minat di dalam penulisan bahasa melayu tetapi tidak mempunyai kelayakan akademik untuk mengunggulkan diri dalam bidang tersebut.

Tugas yang akan dijalankannya juga satu pekerjaan yang mulia lagi berpahala. Antara kerja beliau nanti adalah menterjemahkan tafsir ayat Al-Quran ke dalam Bahasa Melayu. Dan yang pastinya beliau telah terlebih dahulu jatuh cinta dengan suasana di ruang pejabat Telaga Biru.

Kepada sahabatku khodie…selamat bekerja!