Don't Judge the blog by it's followers

Thursday, 7 April 2011

kenangan di perkampungan org asli...sungai chiong....


Program Integrasi Sosial merupakan program Sinar Gemilang siri ke 6 PERKIM UUM  dengan kerjasama dengan PERKIM Kebangsaan, Pusat Islam, Pihak COB UUM, Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Perak (JHEOAP). Program ini merupakan program ke perkampungan Orang Asli di mana ia adalah program luar dan merupakan Program wajib untuk  kelab PERKIM UUM.

Program ini melibatkan seramai 62 orang peserta termasuk ahli jawatan kuasa program dan 3 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, seorang pelajar dari KUITTHO dan seorang dari UiTM    Merbok.

Program ini bermula pada 7 haribulan Mei pada jam 9 pagi. Kerja mengangkut barang yang ingin dibawa ke perkampungan itu berjalan dengan lancar dengan bantuan dari peserta yang ada. Perjalanan ke Jeti Banding memakan masa selama lebih kurang tiga jam. Setelah sampai di jeti peserta menunggu ketibaan wakil dari PERKIM Kebangsaan untuk bersama-sama menuju ke kawasan program. Pelabagai kesukaran dialami dalam perjalanan ke tempat program seperti kerosakan kipas feri yang dinaiki, feri tersekat di dalam selut apabila hampir sampai di kawasan program kerana air dalam keadaan surut. Ketibaan peserta lewat ke kawasan program kerana kesulitan yang dialami. Setelah sampai peserta terus mendirikan khemah masing-masing berdekatan dengan padang.


Pada pagi hari kedua peserta mengalihkan khemah ketempat lain dimana khemah untuk peserta perempuan ditutup kerana peserta perempuan diberikan tempat untuk menginap  di surau, manakala peserta lelaki menginap di dalam khemah yang di dirikan di kawasan berdekatan dengan penduduk kampung. Khemah untuk aktiviti juga didirikan berdekatan dengan kawasan penduduk kampung. Pada tengahari pula pembahagian anak-anak angkat iaitu peserta kerumah ibu bapa angkat masing-masing. Pada sebelah petang pula riadah dijalankan berasingan peserta wanita dan lelaki dimana lelaki bermain sepak takraw dan bola manakala peserta perempuan pula menggunakan sungai sebagai tempat aktiviti seperti main bola air dengan penduduk kampung wanita. Pada sebelah malan hari kedua pula diadakan persembahan yang melibatkan pasukan orang asli dan peserta, di mana peserta mempamerkan bakat melalui persembahan dan orang asli mempamerkan kugiran untuk tatapan peserta. 


 Pada hari ke tiga pula paginya dimulakan dengan riadah pagi iaitu senam pagi, setelah itu diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk mengajar penduduk tentang tatacara berwudhuk, bersolat, pengisian dalam bersolat seperti sebutan Al-Fatihah, dan penambahan untuk tatacara sembelihan yang betul buat penduduk orang  Asli yang lelaki. Untuk kanak-kanak diajar cara-cara untuk menulis, melukis dan mengenal abjad, terdapat peserta- peserta yang menjaga anak-anak orang kampung yang masih kecil semasa ibu bapanya menyertai pengisian yang di berikan. Pada waktu makan tengahari peserta diminta makan bersama ibu bapa angkat di rumah masing. Pada waktu petang aktiviti lebih menarik iaitu explorace yang melibatkan sebahagian besar penduduk kampung. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti meniup tepung, penuhkan air dalam botol, menghias anak angkat dan sebagainya.acara ini mengeratkan hubungan peserta dengan penduduk kampung. Pada malamnya terdapat tayangan filem pendek Upin dan Ipin. Terdapat sedikit kesulitan daripada generator yang menyebabkan kelewatan sehiggakan terdapat penduduk yang balik meninggalkan tempat aktiviti.

Pada hari ke empat aktiviti agak ringan bermula dengan riadhah tatacara pertahankan diri, mengedarkan sumbangan untuk penduduk kampung seperti barangan keperluan harian, baju-baju terpakai dan telekong serta sejadah untuk kegunaan penduduk kampung. Manakala malamnya diisi dengan persembahan sewang, forum dan pemberian anyaman kepala kepada peserta.

Pada hari terakhir pula peserta mengemaskan barangan masing-masing untuk dibawa pulang sambil menunggu pegawai kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan terhadap penduduk orang asli seterusnya bergambar dan peserta pulang ke kampus semula. Alhamdulillah keseluruhan program berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan membuatkan peserta lebih rapat antara satu sama lain.
kenangan terindah

-semoga Allah mengurniakan ketenangan dalam hati-hati kita dalam menggerakkan kerja dakwah =)

Tuesday, 5 April 2011

Malam yang di gangu.......

<<<<<<<<<<<<<<<<<Assalamualaikum jamia'n<<<<<<<
buat sesiapa yg terbaca post ni...
alhamdulillah jari jemari ni masih mampu menekan keypad laptop jenama Dell Inspiron ( colour Hijau)....sambil kedengaran bacaan ayat suci Al Quran dari Syeikh Abdullah Al-Mathrood yang mengalunkan surah Al-Waqiah tatkala jurnal yang ku cari belum ku temui....rasa nak tulis something tetiba idea datang bersama buah fikiran yang x seberapa ni....di sini saya nak kongsikan sedikit pegalaman " malam yang diganggu"....tajuk bukan main lagi....heheh

straight to da point>>>>>



Malam itu bukanlah kali pertama aku dihimpit dan ditindih oleh satu makhluk ni....apabila setiap kali tido lewat malam atau terlalu letih..Ia mula menemani aku....tetiba ia menghimpit ku bersama bunyi2 yang xsepatutnya aku dengar....terasa tubuh ni hendak dibawa terbang je...tapi aku gagahkan juga dengan berzikir...utk melawan secara batin..walaupun secara zahirnya badan aku tak bergerak pon dek dipeluk oleh makhluk tu....dalam hati...alamak "dia"  datang lagi...ku kira malam 2 tiada lagi gnguan sebab sebelum tido aku mengibas katil terlebih dahulu...membaca ayat kursi dan sebagainya...tut...tut...

bila baru saja nk terlelap..rasa something je....badan pon mula la keras membeku....dalam hati Allah...Allah....lagi kuat ALLLLLaaaaaaHHHHHHHH......then..SUBHANALLLAH...berkali2...akhirnya 'dia"melepaskan tubuhku....bila buka mata ja wah.....akhirnya aku berjaya tewaskan serangan itu....

mata ku memandang tepat katil roomate..rasa nk je tido sebelah dia...tapi apakan daya..xkan nk ganggu dia pulak...

sambung tido>>>>>

time ni susah sikit la nk tido balik..takut2 dia dtg semula....aku cepat2 mengapai AlQuran dan tido sambil memeluk AlQuran....Alhamdulilah Allah bg ketenangan sebagai peneman ku di kala itu.....
________________________________________________

aku berkongsi berita ini bersama kwan2 di FB...ada yg bg cadangan dan komen membantu
salah seorang rakan FB ni...menghantar khidmat pesanan ringkas di ruang Message....

katanya:
buat masa ni...sentiasa baca maksurat,baca secara tartil dgn suara yg kuat....sentiasa baca surah al-baqarah,yasin,as-soffat krn surah2 ini paling ditakuti jin dan syaitan..masih tak jelas masalah anda..cuba cita secara jelas? 

aku membalas komen dia..dan menceritakan keadaan yg sebenar....secara ringkas...

message seterusnya::::::
tolong lihat tanda2 ni...kalau ada tolong cita yg mn satu?

A) Berpunca Daripada Jin
* Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
* Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
* Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
* Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
* Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
* Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

* Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
* Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
* Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
* Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
* Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
* Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
* Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
* Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

1. Terlalu marah.
2. Terlalu takut.
3. Nafsu syahawat yang tinggi.
4. Manusia yang lalai.
5. Jahil

* Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
* Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

* Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
* Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
* Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
* Mimpi buruk yang menakutkan.
* Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
* Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
* Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
* Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
* Berdiri dan berjalan ketika tidur.
* Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
* Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
* Mimpi melihat makhluk halus.
* Mimpi melihat salib atau gereja.
* Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
* Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
* Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

* Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
* Hilang ingatan (Gila).
* Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
* Lesu dan malas.
* Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
* Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
* Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
* Lenguh sendi-sendi.
* Melihat sesuatu yang pelik.
* Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
* Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
* Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
* Jiwa lemah dan mudah mengalah.
* Selalu mengantuk.
* Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
* Mudah marah dan panas baran.
* Hilang darah.
* Agresif dan bertindak liar. 
memang tidak dinafikan tanda2 yang seorang rakan ni bg pernah berlaku terhadap diriku....sebelum ni pon adik selalu kena...

teringat kembali semasa aku bekerja dahulu...isteri cikgu besar tempat aku kerja dia kata mungkin ada bersangkutan dgn saka......Arrggghhh...sudah...malasnya nk amik tahu pasal saka2 ni...xcaya.....

saya yakin perkara yg terjadi pada saya ini ramai lagi yg alaminya...tapi sejauh mana kita usaha utk menjauhkannya dan mengelaknya dari terus berkuasa ke atas kita...so, sesiapa yg mengalami nasib yg sama..marilah sama2 kita terus berdoa kpd Allah agar diberi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.....

>>>ketenangan itu satu kebahagiaan<<<<

sejauh mana kita mengecapinya......^_^

Monday, 4 April 2011

OPS…AKHLAK??

“Sesungguhnya orang yang paling aku cintai dan paling
 dekat tempat duduknya dari pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya.”
( Riwayat At-Tirmidzi )
__________________________________________________________________ 

Anas bin Malik berkata: “Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di syurga, sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya yang buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah”.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<< 

APA ITU AKHLAK??

Akhlak berasal dari kata “akhlaq” yang merupakan jama’ dari “khulqu” dari bahasa Arab yang artinya perangai, budi, tabiat dan adab. Akhlak itu terbagi dua yaitu Akhlak yang Mulia atau Akhlak yang Terpuji (Al-Akhlakul Mahmudah) dan Akhlak yang Buruk atau Akhlak yang Tercela (Al-Ahklakul Mazmumah)

 AKHLAK MAHMUDAH?  

Akhlak yang mulia ialah akhlak yg diredhai oleh Allah SWT.
akhlak yang baik itu dapat diwujudkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah iaitu dengan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan semua larangannya, mengikuti ajaran-ajaran dari sunnah Rasulullah, mencegah diri kita untuk mendekati yang ma’ruf dan menjauhi yang munkar, seperti firman Allah dalam surah Al-Imran 110 yang artinya :
 “Kamu adalah umat yang terbaik untuk manusia, menuju kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah…”

AKHLAK MAZMUMAH??

Akhlak yang buruk itu berasal dari penyakit hati yang keji seperti iri hati, ujub, dengki, sombong, nifaq (munafik), hasud, suudzaan (berprasangka buruk), dan penyakit-penyakit hati yang lainnya.
Surat Ar-Ruum ayat 41 yang berarti:
"Telah timbul pelbagai kerusakan dan bencana alam di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleb tangan manusia. (Timbulnya yang demikian) karena Allah hendak merusakan mereka sebagai dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Friday, 1 April 2011

Rakan-rakan seperjuangan....

Satu Hati

video

Assalamualaikum jamian....syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk bernyawa di dunia yg fana ini....selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.a.w serta keluarganya....buat keluarga yg ku sayangi dan kasihi...sahabat2 yg ku cintai kerana Allah Taala...

Alhamdulillah...apa yg ingin ku coretkan disini adalah lahir dari hati yg satu....ku tertanya-tanya...bilakah lagi kita semua satu hati.....
Indahnya sekiranya kita seluruh Ummah di dunia ini bersatu hati....bersama berjihad...

Dengan bersatu  hati...tidak akan wujud persengketaan dan perbalahan
lihatlah dunia hari ini...semuanya dh menjadi kucar-kacir...perperangan di sana sini....kalau kita fikirkan sejenak...kenapa semua ini boleh terjadi...
seperti yg saya katakan...semuanya bermula dgn hati...bila hati tidak bersatu...tiada sefahaman inilah yg akan berlaku...
Ayuh seluruh Umat Islam..marilah kita bersatu hati.....
________________________________________________

Bilakah lagi kita semua satu satu...
Bilakah lagi keamanan kan di kecapai
Bilakh lagi Islam kan dijulang tinggi..
Bangunlah wahai Ummah kita satu hati

Marilah bersama bersatu berjihad
menentang kezaliman
oh insan sedarlah
pembalasan tuhan pasti akn datang

jangan takut..
jangan takut berjuang lah untuk keamanan

Adakah kau seindah namamu?

Teman....

usah kau mengalir airmata keresahan,
ubatilah resahmu dgn secebis ketenangan.

Jgn kau nodai hatimu dgn kesayuan,
andai kau dambakan ketenangan.

Bebaskan dirimu dari kesulitan,
jika kau dambakan ketenangan.

Palingkan hatimu ke jalan kebenaran,
pimpinlah ia dgn ketenangan.

Kuatkanlah hatimu wahai teman,
kerna kau miliki ketenangan.

Ingatlah teman .....

jgn kau mengikut perasaan,
kerna ia boleh memusnahkan ketenangan...

dan kau harus tahu bahawa kaulah seindah namamu...
kerna kaulah.....

Teman Setia ketenangan...



Thanks ALLAH