Don't Judge the blog by it's followers

Friday 31 May 2013

Roti Canai

AHH 5282 dipacu meluru keluar dari gerbang ilmu. Pak cik U.K senyum lebar memberi sedekah tanpa modal. Tangan diangkat tanda hormat.

Tangan sedap memulas telinga si gagak hitam. kadang-kadang seperti kuda bila melantun. Pawana sentosa awal pagi tadi mendinginkan kulit. Terasa sejuknya.

Lancar roda berpusing menyentuh jalan. Jalan yang direntas dahulu pernah berjerawat dan berlopak, tetapi sekarang sudah diturap baru. Sempat merasa walau sebelah jalan sahaja. Mungkin seminggu dua lagi akan siap sepenuhnya.

Sebelum signboard U jelas betul-betul di hadapan mata, aku membelok ke kiri. Enjin motorsikal dimatikan. Aku dan dia menapak ke tanah. Kelihatan ramai orang yang telah membanjiri warung Kampung Darat yang terkenal dengan roti canainya.
"kak..Kosong dua, Kawen tiga" pesanan dibuat cepat-cepat.

Kebetulan tersempak dengan sahabat dari Kachi yang sedang menghabiskan juadahnya. Dia lagi awal. Kami berborak-borak sambil menunngu pesanan tadi siap.

Hampir 45 minit menunggu, tiada panggilan"
dua..tiga.."...dikelui.

"
haaa...Kak!" belum sempat mulut mengatur ayat...
"
tak siap lagi..." terus dibalas oleh Kak Maziah. itulah nama dia. sempat juga aku terdengar orang memanggil dia dengan nama itu.

Roti Canai di warung ni setanding di kedai mamak. Maka tidak hairanlah ramai yang menjadikan warung ini medan untuk bersarapan di awal pagi. Selain roti canai, nasi lemak juga turut dijual.

Alhamdulillah.

Sumber rezeki mereka menjadi rezeki kami.

Waktu akan mengusung anjakan demi anjakan. Langkahan demi langkahan meninggalkan kenangan.



No comments:

Post a Comment