Don't Judge the blog by it's followers

Thursday 20 June 2013

Secangkir kopi


Ketika menunggang motorsikal melewati jalan keluar menuju gerbang UUM, aku memandang sisi bangunan Kolej PROTON. Mata terpanah pada Blok E. Tingkat 3. Dedaun langsir menutupi jendela ditiup angin. Cermin kaca tingkapnya yang berhabuk tanpa peduli.Seram tanpa penghuni wahhal di situ pernah keriuhan lima anak dara. Kadang-kadang menjadi enam. Bilik pantry tanpa penghuni itu adalah detik paling indah buat kami.
*******
Surau itu untuk kegunaan orang ramai, bukannya tuk kegunaan peribadi,harap maklumitulah kata-kata di Facebook milik penghuni Kolej yang pertama mereka “sekeluarga” menapak awal semasa musim Final Exam tempoh lalu .Panjang benar pengaduannya di laman FB milik Blok C kolej tersebut. Angah menatap tiap inci perkataan. Sesekali senak di hati.
Mereka akur dengan kesalahan sendiri kerana di situ dijadikan ruang beradu, makan, belajar dan dapur berasap. Hampir sempurna segala kelengkapan yang dibawa, disusun mengikut cara, disapu tanpa sebarang habuk, dikemas tanpa penat akhirnya perlu dibungkus. Umpama mengulung tikar. Mereka tekad mencari Port yang lain. Hati yang terikat dengan kasih sayang seperti saudara kandung menyebabkan mereka perlu bersama walaupun ketika musim peperiksaan akhir.

“Along....jom kita kemas-kemas semua barang ni….angah taknak kita stay kat sini, dah ada orang bising”
tengoklah status FB budak tuu”angah membebel dengan hati yang panas.
kalau macam tuu..jomlah Along cari markas yang baru
tapi kat mana sesuaiAyong mencelah”
mmmm…kalau kat EON..ada surau tuu takada orang guna pun, sesuai kot kita gunaAyong menambah.
Ayong…..jangan SURAU…nanti perkara yang sama berulang lagi.UjarAngah.
Angah…Pantry di Tingkat 3 belah kiri bilik angah tuu ada orang duduk tak?” Adeq cuba memberi cadangan.
Kadang-kadang ada..mmm jangan situ..”

jom kemas-kemas..petang ni juga kita pindah, kita semua pergi ke bilik Along. Bawak semua barang ke sana.Ada pantry kosong di sana.Tapi tak tahu lah okey ke tidak. Kita cuba dulu"

Barang-barang dikemaskan ke dalam beg. Semua alas tidur dan beg pakaian dah siap terlebih awal. Kelihatan botol kicap, botol sos, bekas gula, garam, minyak, tepung, rice cooker dan segala alatan memasak belum disentuh.
Korang bawak dulu mana barang yang dah siap, yang lain nanti slow-slow kemas” Along memberi arahan lagak seorang komando. Dialah Mastermind  kami.
PEQ 4166 yang beroda dua persis gagak hitam menunggu di bawah bagi tujuan mengangkut barang-barang. Beg besar si guni siam hampir menutup pandangan si Angah. Ditambah Adeq yang memegang barang-barang yang lain. Sama berat tetapi kuat bertahan.
Angah..boleh ke tuuu Along menjerit dari jauh.
BOLEHHHH…MASIH MAMPU…alaa..macam tak biasa pulak…bukan sekali dua pernah buat macam ni. Motor serba guna ni dah faham tugas dia”. Mereka ketawa.
Barang masih banyak ni…alang-alang nak keluar nanti, kereta sewa tuu Along guna angkut barang yang masih berbaki ni, rasanya susah jugak nak bawak dengan motor. Kena tawaf banyak kali nanti. Habis minyak motor nanti”
okeylah kalau macam tuu..lagi cepat
Angah menunggang motor membawa barang dibonceng bersama Adeq yang memikul barang yang lain. Meninggalkan Along , Ayong, dan Amani mengemas saki baki barang.
Usai acara angkut-mengangkut barang ke markas baru, mereka berkelana ke C-Mart Changlun bagi tujuan membeli-belah barang keperluan. Kereta sewa kancil putih berplat KCX 3483 bergerak dengan patuh membawa lima dara yang tidak kurang celotehnya. Ada saja topik yang diperkatakan. Isu pagi tadi menjadi bualan mereka berlima di dalam kereta. Sesekali desiran pawana menyelit-nyelit di celahan tudung.
Sampai di C-Mart. Kereta diparking kemas.
Masing-masing berpecah hala mencari keperluan masing-masing.

Along, nanti kita cari Kopi Cap GANTANG ye, rasanya ada di sini”
“ada ke kat C-mart ni??”
“ada rasa..kita cari dulu”
“baiklah…”

Along  dan Angah sibuk meneliti rak-rak yang mempamerkan barangan seperti minuman segera 3 in 1, kopi segera yang menjaminkan rasa yang enak dan membekalkan tenaga yang kuat. Tapi bukan itu yang mereka cari. Hanya kopi cap GANTANG menjadi pilihan kala itu. Penangan kopi yang mama Alang sediakan untuk kami sewaktu kami menziarahi keluarga Alang di Perlis menambat kerinduan kami semula dengan kenikmatannya.
“sedapnya kopi ni…”
“makcik guna kopi apa ni”
“kopi cap GANTANG….mak cik duk pakai yang tu jaa…semua suka..tiap-tiap petang, mesti kena ada kopi”

Hasil interview  secara tidak langsung Angah dengan mama Alang mematrikan jenama kopi itu tempoh lalu di hatinya.

haaa..ni dia…jumpa dah”
“Along..nak ambil yang paket kecil ke besar”
“kecil RM1, besar RM2”
“ambil yang RM2 la, rakyat kita kan ramai”


Along  sibuk melakar jadual masak-memasak mengikut masa lapang masing-masing. Pen bermata bulat besar ditekan di atas kertas. Nama setiap orang ditulis berdasarkan warna pilihan masing-masing.Dalam sehari diperuntukkan tiga kali masak, masak untuk sarapan, makan tengahari dan minum petang. Makan malam mengikut keadaan.

haaa..dah siap, Along tampal kat sini..nanti pakat tengok lah tugas masing-masing”

Semua barang masak memasak tersusun rapi di atas sink, hanya bahan mentah seperti ikan, ayam, daging dan barangan lain yang memerlukan peti sejuk akan dibeli sekali-sekala mengikut keperluan.

Ruang sepi seketika tatkala masing-masing sibuk melayan adegan tersendiri. Kelihatan adeq duduk berhadapan dengan laptop yang bermejakan kotak. Ayong yang sedang melayan Karoot komedia di Youtube, Along pula sedang mengupdate status di facebook dengan sajaknya dengan penuh penghayatan. Angah, Amani dan Zulaikho membuat aksi yang sama dengan membisu di depan laptop.

Satu suara muncul menghidupkan suasana.

Along…angah nak kopi..”
Masing-masing memandang dengan pandangan yang membahagiakan.

yeay! Ada minum malam…wow besnya kalau dapat minum kopi tengah-tengah malam ni” Telah Ayong.

Beberapa minit kemudian, Along datang membawa seteko kopi dan beberapa cangkir untuk diisi air kopi. Secangkir kopi buat Angah yang gilakan kopi cap Gantang diletakkan di hujung kawasan Angah duduk.

Angah membiarkan kopi panas  yang sedang berasap itu sejuk sedikit.

“arhhhh…kopi Angah…!!!!” jeritan Angah buat semua ternganga.

Sepakan kencang dari Zulaikho membuatkan masing-masing riuh sekampung. Rancangan perlawanan bola sepak yang ditontonnya sedikit sebanyak mempengaruhi mindanya.
Secangkir kopi dijadikan bola sepak untuk ditendang secara tidak sengaja. Zulaikho yang bangun dari tempatnya tersepak secangkir kopi Angah.
Kopi masuk ke tiang gol. Akibatnya, laptop Angah bermandikan percikan air kopi, Dolphin si Along terkena sama. Malah Handphone Zulaikho juga menghirup air kopi

Laptop Angah….haaaa..tidakkkk!!!”

“Dolphin Along!!!!...”

“Zulaikho… handphone ko pon kena jugak!!” Amani mencelah.

Adeq yang berada di dapur untuk mengambil kain mengelap membebel.
Korang ni kalau minum kopi tak tumpah memang tah sah kan…suka sangat bagi tikar minum kopi”
nak buat macam mana adeq..ni lah badi kopi  Ayong mengingatkan tentang cerita badi kopi yang mereka alami.

Perkataan badi kopi muncul dari seorang sahabat lelaki yang menyaksikan kopi tertumpah di atas tikar ketika mereka sedang bermesyuarat di bilik kelab tempoh hari. Sejak dari hari itu, kopi asyik tumpah.

itulah sapa suruh sebut pasal badi kopi..kan dah jadi…” kata Along yang sedang mengelap titisan kopi di atas tikar.

oh my laptop.” Angah bernada sedih sambil mengelap-ngelap laptopnya yang basah sedikit menerima percikan hujan kopi.

lepas ni…kalau nak minum kopi..minum di dapur. Jangan bawak ke dalam” Angah melawak.

Amani, Zulaikho, Along, Adeq dan Ayong ketawa kelucuan. Selepas ini undang-undang untuk menikmati kopi hanya di dapur. Bimbang perkara yang sama berulang lagi.


Angah membawa sepinggan jemput-jemput jagung yang digorengnya demi melengkapkan tugasnya petang itu.
taal..taal..tafaddhol bitthoa’m,..mari..mari..jemput makan” Angah mencampur kedua bahasa Arab Vs Malay untuk memanggil yang lain datang makan.

Semua siap bersila di atas tikar mengkuang di celah dapur. Along dan Ayong sempat bergurau senda dengan menyiku dan menyepit pinggang sesama mereka.

“cian kopi saya..cian kopi saya..
Angah sekali lagi menyanyi irama sedih dengan meniru nada adeq.

Kopi tumpah lagi akibat terkena elakan aktiviti sepit-menyepit Along dengan Ayong.
Semua bangun dari tikar mengkuang dek ingin menyidai tikar yang terkena basahan air kopi di ampaian.

Kali ni angah bersuara lagi.
Nampaknya, kopi tidak boleh minum di dapur jugak”
“abis tuu..” adeq bernada.
“kita kena minum di luar”

Masing-masing faham. Ketawa sekali lagi. Nampaknya cerita badi kopi masih belum tamat.


ayong..tolong tuangkan kopi kat Along pinta Along kepada Ayong.
ok..jap”
“yong?” Along bersuara lagi
“ok.ok jap” balas Ayong

 Kopi yang siap dibancuh oleh Zulaikho terhidang di ruang belajar. Masing-masing menghadap buku untuk mengulangkaji. Tarikh exam semakin dekat.

Ayong menuangkan kopi ke dalam cangkir. Ketika ingin menghulurkan kopi kepada Along…secangkir kopi terlepas dari genggaman tangannya lalu tikar mengkuang menerima limpahan air kopi.

“upin & Ipin Along…waaaaaa”
Along cepat-cepat menyelamatkan Upin & Ipin. Bahana kopi menjadi-jadi. Kepekatan kopi meresap di dalam bantal peluk kecilnya.

Cerita kopi dengan mereka pasti menimbulkan kelucuan. Bukan hendak percaya akan badi yang dijadikan sandaran sementara. Hanya kebetulan merangkum menjadi satu kesimpulan.

Pantang larang minum kopi di ruang itu tidak diendahkan.

kita kena minum kopi di luar…sapa nak minum kopi lepas ni buka pintu..minum di luar..dah abis baru masuk semula. Angah memberi arahan walaupun bila difikir balik seperti tidak logik.

Masing-masing ketawa lagi.
Alahai tikar mengkuang. Memang engkau berjodoh sangat dengan air kopi”


Enjin motosikal dimatikan.
Aku tersenyum sorang-sorang melihat pemandangan di hadapanku. Minda berputar ligat merakam detik indah kami bersama.cerita kopi dengan kami seolah sebati.  Ruang berorama kopi itu tak mungkin aku lupakan.





(Coretan dari kisah June 2012)

No comments:

Post a Comment