Don't Judge the blog by it's followers

Thursday 19 May 2011

Taysir Az Ziwaj " Permudahkan Proses Perkahwinan "


Ramai yang terkejut bila dengar sahabat-sahabat sekolah lama akan berkahwin..mahupun dah berkahwin…bagi yang ketinggalan 2 lagilah terkejut dan tak sangka…berkahwin di usia 20 an bukanlah menjadi satu topik yg pelik…..Alhamdulillah..nmpknya jodoh dia datang awal..tak kiralah dia lelaki atau perempuan kalau seruan 2 datang  dia kenalah sahut….cuti semester akan datang ni Alhamdulillah dua orang sahabat saya akan menjejak ke gerbang perkahwinan tak lama lagi…dalam bulan jun ni…ok..selamat menempuhi alam perkahwinan….sumke nyeeee…

Tipulah kalau perasaan ingin berkahwin itu tidak terdetik di hati tatkala mendengar berita2 perkahwinan..tambah2 kaum hawa..tgk gambar perkahwinan org lain pon dh excited nak jugak….semua orang ingin berkahwin bukan? Tapi sejauh mana kemampuan kita?..bersediakah kita menempuhi episode hidup yang baru..?? yaa..sudah pasti jawapan di bibir akan mengukir kata..saya sudah bersedia..kalau tak bersedia..takkan saya nak kahwin……
Persediaan sebelum kahwin macammana..adakah kita mampu menjalankan tugas sebagai seorang suami dan isteri seperti yang dianjurkan oleh Islam….cukupkah ilmu kita untuk mengilmukan orang lain….yaa…sudah pasti jawapan nya…saya mampu membimbing dia dgn sebaiknya…..ye saya akan menjaganya dengan penuh taat setia


Ada kisah yang anak gadisnya ingin berkahwin tapi tidak dapat restu mak bapak dengan alasan …bukan mak xbagi tapi belajarlah  dulu bagi abis….jgn nak gatai sangat…..mak nak tgk kamu dapat ijazah..kerja dulu..
@
Bila kamu nak kahwin ni..cepatlah kahwin…tunggu apa lagi..mak xkisah kamu tgh belajar…mak bagi..bagitau je..jangan buat benda2 yg x elok je..mak xnak

Situasi di atas amat berbeza kan…anak nak kahwin nak elakkan bnda2 yg x elok….tapi mak bapak tak faham…dan satu situasi lagi di mana mak nak sangat si anak kahwin,…tapi si anak tak nak pikir bab kahwin lagi…

Macam-macam…
Ada satu kisah lagi…….kisah benar ni… heheh
A dan B dah lama berkawan…dari berkawan mula la timbul perasaan….
Demi menjaga nama baik semua org,…dan yang paling penting sekali menjaga fitnah terhadap dirinya sebagai seorang muslimah….dia ingin nikah khitbah dahulu..sebab sekarang dia tgh belajar..dia tahu ramai mata yg memandangnya..tatkala dia berjumpa dgn lelaki 2….
“Ye..saya tahu apa yg saya dah buat..ramai org kata..tambah-tambah saya pegang jawatan $#%$$^&…dan dari dulu lagi saya xnak semua jawatan 2…xlayak..saya takut bawak fitnah pada yg lain…..”

InsyaAllah…A dan B tadi pon mula merancang dengan  pihak keluarga masing2..sekiranya perancangan mereka jadi..mereka akan nikah khitbah dulu..sekurang-kurangnya mereka dah halal antara satu sama lain…dan demi menjaga nama baik masing2…so tak lah orang akan mengata mereka…kalau diorang dh nikah…bolehlah berkepit ke sana sini dengan ikatan yang halal….nikah khitbah ini adalah nikah gantung dalam bahasa mudahnya….ianya adalah tiket untuk bercouple….

Sekarang ni pon A dan B tengah usahakan satu bisnes..diorang nak kumpul duit…yelah..nak kahwin at least kena ada sebentuk cincin..dan barang-barang lain kan….ok..insyaAllah moga Allah permudahkan urusan kalian ye…anis doakan kalian cepat diijab kabulkan…

Ya Allah.permudahkanlah urusan sahabatku ini…
Ikatlah hati mereka hanya untukMu
Menjalani ibadah ini dengan RedhaMu
Membina sebuah mahligai untuk dijadikan masjid
Firman Allah swt yang bermaksud :
#######################

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
An Nuur : Ayat 32
________________________________




Siti: Wah..bestnya ..dia dah nak kahwin….jodoh dia awalkan….npa jodoh kita lamabat …jeles lah..
Nor: siti..dalam soal jodoh ni tak de sapa yg cepat..xde sape yang lambat…Bila Allah dah tetapkan jodoh seseorang 2..walau macam mana dia elak ke … dia akan kahwin jugak….sebabnya dah takdir..mksudnya..jodoh nya dah ditetapkan pada hari sekian..bulan sekian..dan tahun sekian….so kita xboleh nak jeles…perkahwinan 2..semua org akan tempuhi….insyaAllah kalau Allah tak memanggilnya dahulu sebelum dia berkahwin…semua org nak nikmat berkahwin kan….Cuma kita kena sabar k….tiba masanya…dan sampai giliran kita ….
Siti: ok..ok…hhehe…saje je,,,,

Perkongsiaan bersama 
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
  •  
 Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

<selamat melayari bahtera kebahagiaan menuju redha Allah>

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum,ermm memang ramai lagi masyarakat yang tidak tahu akan nikah khitbah ni...tetapi ini suatu perkongsian yang sangat ilmiah...syukran ya ukhtie (^_^)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik anis...!
    ada-ada je diselitkan something ya.. keep this up, up and up! :D

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam..yasir..ye mmg ramai org yg xtahu.tapi xsemua parent setuju dgn cara mcm ni...
    ikin: thanks sbb anis selalu terjemahkan setiap apa yg ikin bgtau anis...syukran sbb jd sahabat yg memberi kata2...

    ReplyDelete