Don't Judge the blog by it's followers

Monday 2 May 2011

Tragedi Kehidupan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

segala pujian bagi Allah SWT..pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r'anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dgn ikhlas hinggalah ke hari kiamat. Syukur ku kehadrat Ilahi kerana masih membenarkan jari ini bergerak seperti sediakala.....dan mencampakkan niat di hatiku ini untuk menulis sesuatu...sebagai nasihat tuk diri sendiri juga yang sentiasa lena diulik mimpi dunia. Hari-hari yang berlalu adalah pengajaran dan pembelajaran untuk menghadapi hari esoknya...semoga jalan yang ku pilih adalah jalan yang benar dan lurus....untuk hari2 yg mendatang...

Dunia hari ini seolah-olah membenarkan apa yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis...satu per satu diperlihatkan pelbagai peristiwa pelik dan tak masuk dek akal....percaya atau tidak ianya dh berlaku....


Ramai manusia yang lupa akan tujuan hidup mereka di dunia yang fana ini. Kebanyakkan berlagak dan menyombongkan diri seakan-akan dunia milik mereka. Seakan-akan mereka akan hidup untuk selama-lamanya.Padahal tanggungjawab insan sungguh besar.

Sebagaimana firman Allah:  "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku"-Az-zaariat :56)

Kemudian pesan Allah lagi:" Hai manusia, sembahlah Tuhan mu yang telah menciptakan mu dan orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa".-(Al-Baqarah;21)

Umat Islam pada abad ini bagaikan suci dalam debu . ertinya kesucian dan kebenaran yg ada di dalam Islam sedikit demi sedikit mulai ditutup dengan debu kemungkaran, debu kezaliman, debu kebodohan, keimanan, kekufuran, kemusyrikan, dan kefasikan. Sehingga kebenaran Islam mulai dihilangkan oleh Umat Islam itu sendiri, dengan corak kehidupan dan aturan yang dibuatnya sendiri yang lari dari tuntutan Islam..


Gambaran ini menunjukkan suatu tragedi nilai hidup yang mulai menyimpang dari ketentuan Islam yang sebenarnya. Yang hak dikatakan batil, yang suci dilumuri debu, sehingga kebanyakkan umat banyak dihidapi penyakit kejiwaan.

Umat sekarang banyak yang mengejar kehidupan dunia dan jauh dari kebahagiaan yang sebenar. Mereka memiliki jiwa yang kosong dari nilai-nilai keimanan. Mereka solat di kilang-kilang dan pentas pesta, mereka berzakat di meja judi, berpuasa di tempat-tempat maksiat, mereka naik haji ditempat-tempat rekreasi dan sebagainya. Islam kini hanya dilaksanakan apabila mengikut selera.


Di sini ada empat perkara yang telah meracuni hati kita, antaranya ialah:
  1. Berlebih-lebihan dalam berbicara
  2. Berlebih-lebihan dalam melihat sesuatu
  3. Berlebih-lebihan ketika makan
  4. Berlebih-lebihan dalam pergaulan

Manakala nak buang racun yang ada dalam hati 2 mestilah________________ agar hati sentiasa sihat.

Jawapannya adalah:
  1. Zikir dan Tilawah alQuran
  2. Beristigfar
  3. Berdoa
  4. Berselawat kepada Rasulullah SAW
  5. Qiyammullail

Oleh itu wahai diriku ini dan sahabat sekalian.....

Jika kemaksiatan adalah racun di dalam jiwa berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi

wallahua'lam......

No comments:

Post a Comment