Don't Judge the blog by it's followers

Friday 27 May 2011

Tentang cinta hati


Bismillahirrahmanirrahim…


Agak sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini….Alhamdulillah malam ini tergerak hati untuk menulis…berakhirnya musim “ujian Dunia” namun ujian akhirat bakal menyusul kemudian..Cuma bilakah waktunya yg terakhir….minggu lepas adalah minggu yg agak seteresss..bak ejekan kwan2 ku….hehe…namun tersimpan sebuah memori indah…pasti kalian merindui library kan….sebulan bermastautin di sana..adakalanya dari pagi-petang @ malam… sekarang ni kalian pasti sedang menikmati cuti bersama insan2 yg tercinta….


“boleh x kalu nak scan nota ni masuk dalam otak?”
“cucuk pendrive dalam telinga boleh x?


Inilah antara ayat-ayat keseteressan melanda tatkala menghadap buku lama2…

Malam ni agak sunyi sepi ..hanya kedengaran suara bisikan kipas memutar2 tanpa henti…semua penghuni blok C makin surut…masing2 mengatur langkah ke destinasi yg dituju..namun saya tetap setia bersama dgn 4c314…


“kak xbalik ke..”
“aa…tak..tak balik lagi…”
“npa xbalik lagi”
Mmmm ada keja cikit…nanti akan balik jugak..heheh”


Mood mengemas terpaksa ditunda kejap sebab jari jemari ni rasa nak menari-nari atas keyboard ni…sambil otak berfikir  sesuatu dan hati seolah menterjemahkan dalam bahasa indah….

Mengimbau kembali detik2 yang berlalu sepanjang tahun ni….terasa seperti tidur semalam yang tak mampu lena…sepintas masa berlalu…sehingga tidak sempat nak merakam semua pengalaman dan kenangan,,,kita boleh mencipta pengalaman baru..tetapi kita xboleh nak rakam semua kenangan lama….

##################

Di sini ada sedikit perkongsian bersama….maaf…tujuan sebenar penulisan pena malam ni bukanlah seperti yg pena mentioned di atas..itu baru mukadimah..atau dalam bahasa pengucapan, kata alu-aluan…

Tentang hati…..


ketika sofia membuka senaskah al Quran hendak dibaca….tiba2 muncul satu perasaan di hatinya yang tidak mampu dia tahan….airmata mula bergenang..tapi niatnya ingin membaca alQuran ingin diteruskan…ayat demi ayat dia baca..baris demi baris dia sebut…tiba2..kehibaan nya….bertukar kepada hujan air mata…

Rupa-rupanya dia sedang menahan perasaan rindu terhadap seseorang yg dia ingin lupakan demi kebaikan bersama…dia ingin memiliki cinta Allah..tetapi godaan hatinya merindui insan itu



Dalam hatinya berkata; 

ya Allah….hilangkanlah perasaan rindu ini dari hatiku ya Allah….
Lupakanlah aku pada cinta manusia
Dekatkanlah aku dengan cintaMu ya Allah
Aku ingin mencintaiMu……ya Allah
Jauhkanlah perasaan rindu ku pada dia….


Sofia bertekad ingin istiqamah dengan pendiriannya…dia ingin melupakan semua memori indah percintaannya…dia mulai sedar….jodoh yang sebenar  hanya Allah yang menentukan…dia ingin mendapat keredhaan Allah..dan bukannya kemurkaan Allah dari akibat maksiat cinta yang telah dia lalui……
Selesai membaca al-Quran..tetiba kedengaran sebuah lagu yang begitu membuatnya bertambah sedih….



Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....



Sekali lagi hatinya begitu kuat mengatakan….bahawa andai itu takdirnya..biarlah Allah yang menentukan segalanya….
Sofia mengapai telefon bimbitnya..lalu menhantar sms kepada rakannya…Salmi..


Sofia; salmi…sofia rindu dia..tapi sofia tak nak perasaan ini terus menganggu sofia….

Balas salmi; sofia…sofia kena kuat..Allah kan ada..sofia kenalah mujahadah sedikit …untuk membuktikan cinta sofia hanya pada Allah….memang susah tuk kita lupakan someone yang dah lama kita kawan..tapi sampai bila kita nak terikat dengan maksiat sofia…rugilah amal ibadat kita selama ini..kerana bercampur dengan maksiat….kebaikan dalam kejahatan…

Sofia: sofia tak sekuat salmi….(sambil menangis hiba)

Salmi: sofia tahu tak…Allah sayangkan sofia..sebab tu Allah campakkan hidayah buat sofia…sebab Allah nak sofia jadi baik…ujian hati tu hanyalah ujian yang Allah beri utk kita membuktikan cinta kita kepadaNya…sejauh mana kata-kata kita sekiranya tidak dibuktikan dengan tindakan….


Sofia mencapai computer ribanya…..lalu membuka lagu yang begitu mendalam maknanya untuk dia bermuhasabah tentang cintanya…sambil menghayati bait-bait lirik lagu tersebut…hatinya tersentuh dan terus membenarkan air matanya menitis lagi…..

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu


Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Bunyi mesej hensetnya menyapa dia dari lamunan…..
Lalu dibukanya….dari seorang sahabat: sofia ..buka emel..saya ada something tuk awak….
Sofia terus membuka account yahoo.mail nya……
Kiriman sahabatnya tadi….:

Katanya…Sofia..bacalah dengan hati …

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
                                                                                  
Seluruh air matanya begitu berpadu mengalir…melirik bersama rintihan hati….kini hatinya telah terubat dan menjadi semakin kebal utk menahan perasaan rindu tadi….sofia hanya mengharap pada Ilahi agar dia sentiasa diberi ruangan cinta yang halal baginya…biarlah dia terus mencintai Allah andai tiada cinta halal baginya…
_____________________________________________________

sahabat sekalian marilah kita merasai cinta Allah yang hakiki…pena ingin berpesan pada diri sendiri yg lalai ini….bahawa Allah sentiasa mencurahkan kasih sayangnya..berbanding kita manusia yang sering lupa padanya…..

Sahabat…hati kita hanya satu..jika kita beri pada manusia..hati mana yang kita nak beri pada Allah????

Bertnyalah pada diri anda utk bermuhasabah……..

No comments:

Post a Comment