Don't Judge the blog by it's followers

Friday, 6 May 2011

Hikmah dan Dakwah...


 Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.....

Seperti biasa..dekat2 nk exam ni library menjadi kebiasaanku stay di sana dari pagi hingga ke petang..adakalanya sampai malam hari…..bersama teman study ku …sahabat yg sentiasa memberiku tazkirah….nasihat dan semangat….

Hari ini aku dapat rasakan satu nikmat yg benar2 megusik jiwaku…(.nikmat dakwah)….

Suasana Perpustakaan S.B, paras 4 sebelah kanan menjadi tempat biasa kami stdy.Minggu ni library seakan tempat persinggahan org ramai …menjadi tumpuan student2  yg bakal menduduki final exam….

Nikmat yang aku mksudkan itu bermula dari satu peristiwa……
####################################



Eh 2 budak lelaki kolej kita kan?...kata seorg sahabat ku ini…..
Aha….eh dia xpergi solat jumaat ke?...
(Jam menunjukkan pukul 1.20 tengah hari….ketika itu)
Dh pukul berapa sekarang ni….npa dia xg solat lagi…sempat ke…tgk dia relax je…stdy dgn awek dia kt sebelah…..

Aku mendengar perbualan 2 org rakanku ini….lalu bertanya:
“Mana dia lelaki yg korang sebut 2….”
Tuu…kt sana ada dua org……
….eh ni xleh jadi ni…diorang terlupa ke ari ni hari jumaat……..


Aku terus pergi mendapatkan temanku yg sorg ni……
cik nin..(bukan nama sebenar)…ada dua org budak lelaki yg x g solat jumaat…cmna ye??...anis xboleh lah..tgk org laki yg xg solat jumaat…rasa geram sgt hati ni…padahal elok je..sihat je….kalu ikutkan solat jumaat dgn stdy tuk final mna lebih penting….xkan nk exam sampai xsolat…..(dalam hati….apa nk buat ni…nk tegur tapi berani..ya Allah…beri aku kekuatan)…
Jom..anis nk tgur ke….cik nin teman……
Anis xda kekuatan lah…cik nin lah pergi…anis xberani..takut tersalah ckp…..
Ok jom….cik nin pergi kt laki 2….anis teman…


Assalamualaikum…….(sambil senyum)…
Nk tya…xpergi solat jumaat ke….waktu dh msuk…
Jawab laki 2: awal lagi..nnti saya pergi…..
cik nin: sekarang dh 1.30 tghri…..rasanya dh boleh pergi sekarang..nnti lewat….
Lelaki: ye..ye…yg sorg lg 2 roomate saya…nnti saya g dgn dia…
cik nin : ok…(^_^)

Aku membiarkan diri ku di satu sudut..membiarkan cik nin mendekati mereka…dalam dada ni…masyaAllah…..rasa nk runtuh je….takut respon lelaki 2…yelah…nk tegur org pon ada caranya….rasa susahnyaaa…tapi xtahan kalu biarkan je….
Aku mmg mengagumi cik nin…pendekatan dia secara berhikmah..nmpk simple je…..rupanya senang je…sama ada  nk buat atau x…..

Tatkala itu…barulah aku merasai sesuatu yg indah…rasa jantung yg nk runtuh tadi kembali tenang dan merasai keseronokan “mencegah kemungkaran…..”
Walaupun sekecil perkara..kalu kita buat kerana Allah Taala…dan membenci akan kemungkaran nescaya…Allah akan memberi ganjarannya…dan kita sememangnya dituntut utk menyeru kebaikan dan menghalang kemungkaran…..
<<<<<<<Sambung cerita ckit lagiii……>>>>>.

Lelaki tadi pon dgn rakannya terus keluar…..dari ruang tadi…dan  pergi ke masjid….(semoga hati2 mereka dipandu ke sana..)
Kawan2..berapa ramai kah di kalangan kita yg sanggup menyapa dan menegur seseorang yg tidak kita kenali…atas kesilapan yg dia lakukan….
Walaupun teman rapat kita sendiri pon..amat susah kita tuk menegurnya..
Oleh itu..gunakan pendekatan dakwah yg baik…..InsyaAllah…dakwah yg penuh dgn hikmah…adalah satu wasilah yg berkesan .
*semoga cerita ni menjadi satu penghayatan kpd org lain….dan bagi kaum lelaki jugak..sukalah saya ingatkan di sini…tunaikanlah solat jumaat walau di mana anda berada kecuali dalam keadaan darurat…. utamakn perkara yg perlu diutamakan…perkara yg wajib ke atas diri kita…kita hamba Allah…..perlu menghambakan diri kepadaNya..jangan lah kita berlagak sombong dgnnya….Dialah pencipta kita….
Islam didahulukan ..Allah diutamakan…..
nak berjaya??? jom kita solat....

Di sini ada sedikit perkongsian perihal solat jumaat….

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk"


(Hadis riwayat Abu Daud)
fahamilah hadis nii...



2 comments:

  1. Subhanallah suatu perkongsian yang berguna,syukran ya ukhtie...;)

    ReplyDelete