Don't Judge the blog by it's followers

Monday 9 May 2011

Bacalah untuk faham...


Pada mulanya….saya ingin menghurai konsep faham, kefahaman, memahami, memahamkan, difahami, pemahaman, sefahaman,salah faham, perselisihan faham..dan rakan-rakan sekutunya..tetapi memandangkan idea yg mencurah-curah tentang konsep faham sudah panjang berkilometer..terpaksa saya cut sekejap..takut ada yang jemu membaca n terpaksa scroll ke bwah begitu lama..hehe..

OK..TOLONG BAGI SATU PERSOALAN…

SOALAN BERBENTUK SUBJEKTIF, JAWAB MANA YANG MAMPU SAHAJA.

SOALAN: APAKAH YANG ANDA FAHAM TENTANG KONSEP FAHAM,HURAI DAN BINCANGKAN DALAM BAHASA ANDA SENDIRI.

100 MARKAH


Faham
Cikgu: Alif kamu faham x apa yg saya ajar tadi?
Murid: tak faham cikgu…
Cikgu: apa yg kamu tak faham
Murid: tak faham Cikgu…
Cikgu: Cikgu Tanya Alif…apa yang kamu tak faham cuba bagitau Cikgu..
Murid: Entahlah Cikgu…saya pon x faham npa saya tak faham
Cikgu: Tak faham lah cikgu dengan kamu…(Errrrrrr)……(@_@)
_________________________________________________

Realitinya….adakah kita faham apa yang kita faham…..mksud saya di sini…selama kita belajar bertahun-tahun adakah kita faham atau tak faham….ataupun buat2 x faham….atau separuh faham…ayat wajib yang setiap tenaga pengajar akan sebut “ faham x setakat ni @ siapa yg  tak faham..boleh tanya ….semua faham…itulah antara bait2 ayatnya…Atau kita  tak faham apa itu faham???.
Di sini bukanlah saya hendak menghurai definisi faham…sebabnya kamus Dewan Bahasa dan Pustaka xda depan mata…harap-harap anda faham..hehhe
Cuba kita fikir sekejap….kadang2 kita faham akan sesuatu..tapi kenapa kita x cuba untuk ambik faham…tegasnya di sini..kita bukan hanya ingat tapi hendaklah ambik faham dan praktik kan faham itu dalam bentuk yang anda faham…(faham ke hehe)…..sekadar ingat xmenjanjikan apa2..atau tak mengubah apa2…..
Contohnya:

Anis: susahla subjek ni….nak kena tahu semua ni…so kena ingat dan hafal,,lah ni…
Nor:  Anissss……kita bukannya kena hafal or ingat mcm 2 je….tapi kenalah faham….bila faham InsyaAllah..semua ok…..
Anis: Kalau xfaham jugak..cmna??
Nor: kalu xfaham…mknanya anis gagal lah….

(mudah je kan…..kalu xfaham mknnya kita gagal……, so kita kena faham..dan bukannya hanya ingat)…

Ok..kembali pada mood serius..
Pernahkah  kita terfikir..kenapa kita dilahirkan di atas muka bumi ini….adakah hnya tuk keseronokan dunia semata-mata..adakah Allah itu jadikan kita tanpa sebab..dan pernahkah kita faham sebab-sebab kejadian manusia…Allah tak jadikan kita tuk derhaka padaNya…tapi apa yg berlaku hari ni..ramai manusia yg x faham….langsung xfaham….dan kenapa manusia xpernah nak faham….kalau tak faham kenapa tak mencari kefahaman itu…..Allah anugerahkan kita akal fikiran..hati,..akal dan fikiran juga hati..adalah satu medium yang saling bekerjasama tuk menterjemah atau mentafsirkan kehidupan…kita boleh belajar dari kehidupan..sebabnya semakin kita meningkat dewasa..semakin byk yg kita faham..


Tetapi hari ini..saya lihat semuanya dh terbalik…daripada faham ke tidak faham….sedih rasanya….=’(

Kenapa seorang mualaf yakni saudara baru kita yang memeluk Islam lebih faham tentang Islam…sehingga berkat dari ilmu yang mereka faham..Allah mencampakkan kefahaman itu sebagai satu anugerah yang hebat…siapa sangka Ustaz  Farid Ravi yang dulunya beragama Hindu…mampu tampil dengan imej “Ustaz” dengan ilmu akhirat penuh di dada
Semuanya bermula apabila dia mulai faham akan kebenaran dan mencari kefahaman tu…

Berikut adalah bibit-bibit dia jatuh cinta pada Islam:
Kisah Nabi Ibrahim memecah berhala kecil merupakan kisah nabi yang membuka mindanya tentang agama dulunya yang banyak menyembah patung dan berhala. Baginya patung dan berhala yang disembah sebagai Tuhan sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mereka yang mahu berfikir iaitu menyembah sesuatu yang tidak hidup,tidak mendengar dan melihat.

Pada akhirnya kisah nabi Ibrahim bagaimana nabi Ibrahim ditangkap oleh pengawal Raja Namrud kerana didapati memecah berhala.
Baginda dijatuhi hukuman mati iaitu dibakar tapi dengan sifat Allah yang maha besar maka api yang membakar tubuh nabi Ibrahim menjadi sejuk disitulah terbitnya satu kebenaran.
Begitulah alkisahnya…

Sabda Rasulullah saw:
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengarnya daripadaku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu." (Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah Haji terakhir, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Firman Allah swt:
Yang bermaksud…..

“ Maka kami memberi kefahaman kepada Sulaiman dan masing-masing kami berikan hukum (keputusan) dan pengetahuan.”
(Al-Anbiya :79)



Lirik lagu ni..ada kaitan dengan faham yg kita bincangkan…bacalah..inilah akibat cinta dunia..bila mana kita tidak faham n tidak sedar…..
Cinta dunialah membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

Akhirnya timbul perpecahan di kalangan manusia
Pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun
Yang membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia

Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan

Cinta dunialah membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa


Bacalah doa ni..
"Robbi zidni ilman warzuqnii fahman”

artinya:Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman.
Bagi yang faham…muhasabah lah diri kita….adakah kita faham secara hakiki ataupun faham atas angin sahaja…biarkan apa yang kita faham itu berlalu begitu sahaja..kenapa kita tak “grab” faham itu dan letakkan pada hati…dan perkukuhkan faham itu dalam jiwa kita…mmg susah tuk kita berusaha ke arah yang lebih baik..tapi ingatlah sampai bila kita nak menjadi manusia yg biasa2 saja…adakah kehidupan kita hari ini sudah cukup baik di pandangan Allah…
Kawan2..amalan kita hanya secebis cuma kalau nak berbanding dengan amalan para sahabat Nabi saw…layakkah kita menempah hotel lima bintang “syurga “ kalau kita adalah orng yg kurang berduit..tak kaya…..dan mudahnya org2 yg kaya dengan takwa..iman dan amalan soleh menempah syurga…kita bagaimana????
Nak masuk syurga ada protokolnya….
Muhasabah ini sebenarnya ditujukan kepada si penulis….adakala kita di bawah..di atas..jangan biarkan “Hidayah” itu pergi…….kuatkan hati…

Cubalah kita faham apa yang dah kita faham…..

KERTAS JAWAPAN TAMAT

5 comments:

  1. Assalamu'alaikum, terima kasih saudari kerana membawa pemikiran pembaca kepada satu-satu isu yang kadang-kadang dianggap remeh tetapi kesan baik dan buruknya sangat besar sekali (^_^_)

    ReplyDelete
  2. Satu lagi kalau kita tidak faham,salah faham dan tidak mahu faham akan membawa ketidakbaikan tetapi dengan hanya "faham" sahaja maka si faham itu akan membawa kita ke arah kebaikan untuk kita dan sekitarnya...(^_^). Sukalah isu ini sangat-sangat membuka mata...

    ReplyDelete
  3. suka post anis ^_^
    smoga Allah beri izin untuk kita faham ilmu dan deenNya :)

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam....sebenarnya saya belajar mendengar dari seorang sahabat yg byk memberi kata nasihat..dan saya terjemahkan ke dlm bahasa saya sendri....perihal kita di zaman sekarang....insyaAllah bacalah dgn hati..anda akn terkesan

    ReplyDelete
  5. insyaAllah...baru belajar menulis....semoga Allah memberi kita semua kefahaman

    ReplyDelete