Don't Judge the blog by it's followers

Monday 23 May 2011

Jagalah hati


Kali ini pena hijau menjenguk ke ruang diari siber seperti seakan ingin membicara sesuatu…tapi tak semua perkara kita boleh luahkan di sini..kalau semua masalah kita ceritakan pada manusia..abis dengan Allah kita nak cerita apa..dengan Allah kita nak mengadu apa..kita kan ada Allah..Allah yg sentiasa sayangkan kita. Kesedihan juga merupakan ujian hidup seseorang kan…apalah sangat dengan ujian yg xseberapa ni kalau nak bandingkan dengan ujian para sahabat Rasulullah saw. Tetiba air mata ni mengalir umpama air terjun yang menjunam ke dalam sungai…ya Allah ..kenapa dengan hatiku ketika ini..apa yg membuatkan kusebak….mungkin lagu “Doa Rabhitah” yang disampaikan oleh Izzatul Islam ni membuatkan ku berfikir dan ingin merasai makna disebalik lagu ini..begitu mendalam makna nya…..





Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela



Semakin jauh kita melangkah semakin banyak yang kita belajar dan faham…semoga kefahaman yang ku ada diamalkan sebaik mungkin…. pepatah arab ada mengatakan..
“Ilmu tanpa amal ibarat pokok tak berbuah”




HABLUN MINAL ALLAH WA HABLUN MINNAN NAS 


 hablun minal Allah wa hablun minnan nas?  Maksudnya” hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia”. Manusia yang baik adalah manusia yang bagus hubungannya dengan Allah dan manusia. Hidup ini memang kena baik hubungan dengan Allah..org yg baik hubungannya dengan Allah secara automatiknya baik hubungannya dengan manusia.
Abis kalau hubungan nya dengan manusia tidak baik maknanya???? Adakah hubungannya dengan Allah tidak baik??
Sila lah jawab….yang ni xberani lah nak komen..takut2 pena hijau sendiri pon ada masalah 2…


Apa yang penting marilah kita tanya hati kita..adakah kita menjaga perasaan manusia disekitar kita..baikkah hubungan kita kepadanya….Duhai hati..sila lah jawab…
kita sering terlepas pandang untuk menjaga hati-hati yg berjiran dgn kita….mungkin pena hijau sendiri pon terlepas pandang bab ni…sebab itu pentingnya muhasabah dalam diri kita.

Perlukah kita membenci manusia???....jawapannya..”tidak”
Kenapa kita perlu membenci manusia sedangkan kita ada syaitan untuk dibenci…kenapa kita x cuba utk membenci makhluk terkutuk 2…dialah yang membisikkan segala kejahatan.

Oh hati…sembuhlah dikau….



Inilah hati, Taman Illahi
Tempat mengadu setiap insan
Tambatan jiwa, Pelipur Lara
Mahligai Allah Menemui Hamba-Nya

Disaat gundah gulana hati
Sebut nama-Nya tentramlah jiwa
Allah kan murka bila hamba-Nya
Memagar hati bermaksiat pada-Nya

Aduhai malangnya bila kita tak kuasa
mengenal sifatnya selalu berubah-ubah
Bila saja kita dapat telusurinya
Pastilah Allah akan menolongnya

Duhai hati, taman Illahi
Tempat hamba mengadu sedih
Malang hati pastikan mati
Bila tak jua dikunjungi


Sapa yang nak ubat hati….jom kita cari ubat ni agar penyakit hati ni cepat-cepat sembuh..sebab kita nak miliki hati yang sihat….


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.




Senarai ubat untuk mengubati penyakit hati

·        Baca Al-Quran dengan menghayati maknanya
·        Berpuasa
·         Mendirikan solat malam
·        Perbanyakkan zikir kepada Allah
·         Berkumpul dengan orang-orang yang solah

Ayuh..cari segera ubat-ubat ni…InsyaAllah pasti mustajab

Kesan sampingan ubat ni: memperolehi ketenangan jiwa…..
 

Selamat mencuba yaa!!!!!!

2 comments:

  1. semoga Allah sentiasa menaungimu dengan cinta danrahmahNya, temansetiaketenanganku :)

    ReplyDelete
  2. ujian itu tetamu..perlu dilayan kerenahnya,perlu dipenuhi kebajikannya.. kelak ia akan pergi meninggalkan kenangan.layanlah tetamu sebaiknya!

    ReplyDelete