Don't Judge the blog by it's followers

Wednesday 18 May 2011

cita-cita si gadis abad milineum


Mulut cakap xnak tulis blog lagi…tapi hati meronta-ronta minta di terjemahkan ke bentuk lisan.Katanya dah xlarat nak pendam perasaan ni..xpelah hati..saya ikut “awak” je….baik hati saya ikut cakap awak tapi kali ni je tau..saya dah bersalah kepada masa…oh tidak saya telah memperkosakan masa saya..masa stdy saya…tapi nak buat camna..manusia suka ikut hati kan.hehhe…

Keluar dari pintu dewan exm tadi tersenyum lebar je….maknanya boleh buatlah 2…berbaloi jugak keluar awal2 pagi berjalan ke Dewan serbaguna Dpp Mas..jauh 2 jalan dari Petro….tapi semangat nak exam..xpelah..xkan nk berkira,,orang dahulu kala nak cari ilmu dari mekah ke yaman…bermusafir sebab nak cari tok guru..naik bukit turun bukit..redah hutan..ok je…last2 tok guru ada dekat madinah..patah balik pergi madinah semata-mata nak jumpa tok guru 2…wah..hebat sungguh tapi kita hari ni..ada keta..moto..start2 enjin jalan…dgn selesa ber”econ”

______________________


Buku h.r ku buka lalu muka hadap je kt benda hijau ni..taksud dgn hijau abis laptop suma hijau…xkan curang dgn warna lain dh….angin sintok menghembus mengetuk tingkap jaring bilik 4c314..ku pelawa angin2 masuk ke bilik menemaniku…sebenarnya tak tahu nak cerita tentang apa byk sangat duk fikir…nak cita pasal pokok..nanti angin jeles..nak cita pasal kereta nanti moto jeles…serba salah jadinya…ni satgi tajuk entry ni pon xtau nk tulis apa..nak tulis sesuatu yg bermanfaat..sebab xkan nak pelawa tetamu masuk rumah minum air kosong ja…

Cita-cita


Setiap orang pasti mempunyai cita2 nya sendiri kan.
.masa kt sekolah rendah dulu mesti ada cikgu tanya:

Cikgu: ahmad , apa cita-cita kamu..
Ahmad : saya nak jadi imam cikgu
Cikgu: Alhamdulillah..sejuk perut cikgu…

Tapi bila naik sekolah menengah:

Cikgu: siti..cita2 kamu nak jadi apa?
Siti: saya nak keja kilang cikgu….
Cikgu: siti..keja kilang 2 bukan cita2 …aduh….

Sahabat..cita-cita mestilah sesuatu pekejaan yang mulia..semua org nak terbaik utk dirinya sendiri kan…


Cita-citaku….

Masa sekolah rendah…nak jadi wartawan..hehhe…sebab suka menulis…dan suka tya org soalan2 yg buat org geram nak jawab…

Pastu berubah pulak nak jadi setiausaha pejabat..ni sebab terpengaruh dgn rancangan television lah…drama je layan..semua tunjuk keja kt pejabat…
Kemudian: berubah nak jadi cikgu..sbb suka mengajar budak…bila ustaz ke ustazah xmsuk dalam kelas or time 2 para2 pendidik ni meeting saya dan teman pergi kacau budak2 darjah satu…sebab pe saya suka ke sana..sebab seronok layan budak2 ni la…cita hantu kt budak…kacau adik2 yg comel…setiap kali lalu kt bgunan sek ren…”kakaka..kakak..mailah masuk kelas kami…”  heheh seronok tol…budak2 pon jadi rapat…

Ok..seterusnya….impian jadi cikgu 2 direalisasikan ketika saya mengajar di hulu kelang Selangor selama 5 bulan sebelum menjejak ke pintu gerbang uum…alhamdulillah panggilan ustazah anis sakinah binti azizan xdapat ku lupakan….

Kerja ni macam-macam dh saya lalui ketika remaja…first keja kt kilang..hehe malu nak cakap..2 masa form 4 bila cuti sek panjang..cari duit sendiri..
Form 5 pulak kerja kt kedai bunga..jadi florist kejap…
Lepas STAM pulak kerja di Selangor 2 lah….dekat dgn zoo Negara.tapi bukan mengajar gajah ,harimau…badak sumbu…

Demi merealisasikan impian sebagai seorang pendidik..saya memohon upsi..sebagai pilihan pertama dgn kedua
Memandangkan masa 2 tgh berhijrah di k.L so saya amik ujian mEdsi kt UIA Gombak…akhirnya saya xdapat n xleh duduki temuduga….last2 dapat uum….(x nakkkkkkkkkk)

>Maaflah kali ni..cerita pasal diri sendiri pulak….maaf semua…<

Bila belajar kt UUM dapat kos pentadbiran muamalat…akhirnya Allah campakkan Hidayah minat bisnes…dulu xsuka bisnes2 ni..walaupun darah berniaga mengalir laju,,belah ayah pandai menega..mak pon seorang peniaga….Allah kan bagi sesuatu yg sesuai dgn hmbanya kan..Insyaallah ada hikmah yg kita belum nmpk..terima kasih ya Allah..segala pemberian Mu ku syukur..

Adakah sekarang kita masih berpegang pada cita2 kita..pentingkah cita2…boleh x kalu xpayah ada cita2….???

Tetiba *****Ada mesej masuk ke hp…****
Dari seorang sahabat: saya kongsikan disini


Persahabatan lebih sukar dari nahu sorof
Lebih rumit dari adab nusus
Lebih susah dari arudh qafiyah
Tapi tak sebosan fikh
Cuma mesti ada insyak mutalaah antara kita
Barulah persahabatan dapat difahami kerana persahabatan itu
Seindah hifz alQuran dan tajwid
Ayuh kita belajar berukhwah yg sebenar..bukan senang tapi andai Berjaya nikmatnya lebih besar dari sjil Tsanawi…
-_______-
Panjang mesejnya..
Ni lah subjek2 masa STAM dulu:
·        Hifz Al-Quran dan Tajwid
·        Nahu dan Sorof
·        Insya’ dan Mutholaah
·        Fikah dan Mantiq
·        Adab dan Nusus
·        Arudh dan Qafiyah
·        Tafsir dan ulumuhu
·        Hadis dan mustolah
·        Balaghah



Teringat zaman kegemilangan STam…rindu..rindu……maaf terpaksa stop di sini sebab kepala bagitau yang dia sakit…dia mintak picit dia kejap…ok selamat membaca…
Wallahua’lam…..




5 comments:

  1. waaah...enti memang berbakat dalam penulisan,berbicara dengan pokok,angin akan jeles,pengembaraan dan pengorbanan menuntut ilmu sanggup jalan kaki sampai mas(my ex-kolej tercinta).Menarik suatu perkongsian cerita yang mengetuk pintu jiwa-jiwa yang lalai seperti ku ini...

    ReplyDelete
  2. ana selalu bercakap dgn bahasa yg mcm 2..kdg2 org akan gelak sbb ayat tinggi..tapi seronok kan menulis...blog ni sebenarnya..ajar kita menulis..melatih kita menulis dgn lebih baik.kan....teruslah menulis,,,

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum,Alhamdulillah,sebaiknya enti implimentasikan kelebihan itu dengan penulisan yang walaupun secebis "kek" tapi ia sdh cukup untuk memberi tenaga kepada mereka yang lapar,begitulah blog ini,walaupun simple tapi sgt bermakna terutama mereka yang dahagakn ilmu dan rohani...seperti saya yang masih pengemis dan akan terus menjadi pengemis ilmu atas dunia ini...(^_^)

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam..ana semakin jatuh cinta dgn blog ni...teman di kala sunyi...wah..ayat tuan hamba...sama2 lah kita perjuangkan tinta islam..sebarkan kefahaman islam dgn bahasa kreativiti kita

    ReplyDelete
  5. smoga anis mampu menjadi pendidik, semoga Allah memakbulkan impianmu, seperti yang dicita-citakan!

    ReplyDelete