Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday 9 July 2013

Panduan

Semasa teman adik hantar baju kerjanya di POPULAR Tesco semalam, mata sempat menerawang ke rak-rak buku yang tersusun kemas di situ. Sudut novel dipamerkan di hadapan pintu utama sebelah kiri. Namun ruang itu tidak menarik hati saya untuk menyentuh walau senaskah.

Kaki melangkah ke satu tempat yang lain. Mata melirik melihat judul buku yang tersusun. Akhirnya, saya terjumpa buku yang saya gemari. Pantang mata melihat perkataan ‘cerpen’ ‘menulis’ serta ‘penulis’ di muka hadapan kulit buku, pasti tangan terus memegang.

Buka dompet, selak-selak jika masih ada wang kertas yang terselit di dalamnya, niat di hati hendak membelinya walau macam mana sekalipun. Nasib baik dapat guna kad potongan harga sebanyak 10% yang dimiliki oleh adik. Itulah kelebihannya sebagai seorang staf di situ sebelum dia berhenti kerja.

“PANDUAN MENULIS CERPEN”…nah inilah buku yang saya perlu miliki untuk melebarkan sayap dalam karya cerpen. Penulis buku ini adalah Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia: Jasni Mat Lani.



Petikan kata di muka surat 181:

Bagi nelayan, pendayung sudah di tangan. Tetapi bagi kita sebagai penulis, mata pena sudah di tangan, ilmu juga sudah penuh di dada, justeru itu mulakan langkah  kita. tulis cerpen mengikut cara kita. latih diri bagi menulis setiap hari dan terus menulis”

Buku ini adalah buku keempat saya menelaah sebagai rujukan.



No comments:

Post a Comment