Don't Judge the blog by it's followers

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, 26 May 2014

Hatiku MilikMu

Kepada diari hati yang menyimpan pelbagai rasa.

Segumpal darah yang perit menyimpan segala rasa adalah hati. Rasa untuk disukai, dicintai dan disayangi. Engkau rasa marah saat darah itu naik lalu tidak turun-turun lagi. Namun engkau segera tenang apabila otak membantu untuk berfikir selepas dua kali.

Engkau rasa bahagia saat darah berkocak dan sesekali senak bilamana wajah tersipu malu. Mulut terus menguntum senyum. Lalu pipi pun bertukar warna.
Engkau sakit bila darah itu seperti mencucuk-cucuk isi kulitmu. Rasa yang membuat engkau bermuram durja. Umpama ditikam tanpa bilah pisau.
Hati.

Aku ingin tanyakan sesuatu padamu.
Bolehkah engkau tetap teguh berpendirian?
Bolehkah engkau tabah walau sekejap?

Hati, kerana engkau ramai manusia yang tidak dapat mengawal emosi. Ada yang memendam rasa, resah gelisah, ganas mengamuk, berhasad dengki dan mengikut perasaan.

Hati, dampingilah manusia dengan sebaiknya. Temani manusia hingga ke syurga. Jangan biarkan mereka kotor keranamu.

Hati, maafkan aku dan kami. Kami juga anggota dan organ yang mendiami tubuh badan manusia. Ayuh kita berpesan-pesan pada kebenaran.
kita hanya mampu begini. Kalaulah kita mampu bersuara.


Ya, tunggu sajalah nanti. Di saat kita semua dapat bersorak sakan, menghakimi dan mengadili si pemilik tubuh badan.

_Hatiku milikMu_



Monday, 30 December 2013

Salam Takziah: Shaharil Salman

Tiada kata lagi selepas ini yang boleh dibicarakan dengannya mengenai dunia blog, buku-buku mahupun bidang penulisan. Sungguh Al- Marhum menjadi rujukan saya dalam bidang berkaitan IT dan blog. Orangnya aktif berblog, dan kini http://www.shaharil.com/ akan menjadi tatapan kenangan para pengunjung blognya.


Ajal maut di tangan Allah, Benar, umur, jodoh, ajal dan rezeki itu rahsia Allah. Al Marhum Shaharil Salman  berlibat dalam kemalangan jalan raya petang kelmarin (30/12/2013).

Kali terakhir melihatnya semasa Hari Konvokesyen baru-baru ini, saya amat kesal dengan diri kerana tidak bertegur sapa dengannya. Dan kali terakhir bersembang dengannya di alam maya, kami berbual mengenal kerjaya. Kami pernah memegang amanah dalam satu exco. Al Marhum ditaklif sebagai Timbalan Pengerusi Exco Keusahawanan Kelab PERKIM UUM sesi 2009/2010. Dan ketika itu saya merupakan setiausaha exco keusahawan. Kami satu team bersama Zakwan Abu Hussin, kenangan menjual buku-buku di Foyer FE, UUM adalah detik kami mula mengenali secara rapat.



Orangnya tidak pernah lokek dengan senyuman apatah lagi tidak pernah menyakiti hati sesiapa, itu yang saya kenal. Sentiasa senyum. Kehilangannya buat saya terkejut, terkelu dan tidak percaya. Walaupun jarang melakukan aktiviti bersama semasa di Universiti, al marhum selalu turun padang jika kami mengajaknya untuk ikut serta dalam aktiviti santai.

Doa dari rakan-rakan blogger yang mengenalinya tidak putus-putus diutuskan di dinding Facebooknya. Semoga al marhum tenang di sana. Dan ditempatkan di kalangan para solehin, kami bakal menyusul ke alam sana. Mahu atau tidak, mati itu pasti dan semua orang akan merasainya. Bersediakah kita?

Ayuh semua, saya mengajak diri saya sendiri dan kita semua untuk sama-sama perbaiki diri dan sentiasa bermuhasabah. Hidup itu terlalu singkat. Sama-sama kita beringat.

Al-Fatihah

Shaharil Salman (1989-2013)


Wednesday, 4 January 2012

Merenung CiptaanNya

Alhamdulillah….
Allah masih memberi peluang dan masa kepadaku untuk bertinta lagi di sini, apa yang diharapkan adalah sebuah perkongsian yang tak seberapa untuk dikongsikan kepada umum.
Sejak musim exam ni..rajin pulak update blog..antara sebabnya kerana nak hilangkan kepeningan dan tension yang membeku di kepala..so kita isi masa lapang yang tak berapa nak lapang sebenarnya dengan berceloteh di sini….
Keluar je dewan exam terus rasa lega….pastu…terus mencari tempat-tempat yang boleh menghilangkan penat bila memandangnya….nak tahu??   Teruskan membaca..hehe
Actually kat uum banyak sangat tempat-tempat hijau ni…..kanan dan kiri hijau je….Cuma bila pandang atas tak de la warna hijau..sebabnya langit kan biru…heheh…


Hari ni tak nak bawak motor, so minta kawan yang hantarkan..tiba-tiba…masa nak balik dari exam tadi rasa cam kanak-kanak sekolah yang baru balik dari sekolah je…cam parent ambil anaknya kat sekolah lah pulak….hehe..xpe..orang nak exam kena layan baik-baik….thanks  sahabat kerana melayan karenah ku…heheh…pastu…tugas dia seterusnya..kena bawak p pusing-pusing hirup angin petang…


Nak tahu..macam mana nak cari ketenangan…..???
saya lebih suka melihat alam hijau...sebab memberi kedamaian di kalbu....sebab tu lah suka warna hijau..heheh
************************___________________********************************

Ok..stop tentang cerita di atas sebagai mukadimah…..heheh
Ketenangan itu perlu dicari
Melihat alam mengenal Tuhan
Di sebalik ciptaanNya…

Alam sentiasa mengajar kita mengenal Tuhan

Allah S.W.T. menciptakan sesuatu dengan tujuan yang mengandungi hikmah. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Anbiya’ ayat 16:

“Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main”.


Tuhan tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia. Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terpulanglah kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu. Betul tak?
Ok kalau ada orang cakap….kepada anda…dengan bagi soalan cam ni…

“ Apa bukti Allah itu wujud”..kalau Allah itu wujud kenapa kita tak nampak Dia?
Agak-agak nak jawab camna…supaya dia boleh berfikir…
Jawablah: ok…camna pokok boleh bergoyang….
Sebab ada angin kan…
So nampak tak angin tu macam mana….
Arrrrhh…mesti dia terdiam kan…

tanya sama pokok...apa sebab goyang.....

Senang je kalau nak jawab..just bagi perumpamaan supaya buat  orang berfikir…


Orang yang melihat laut dengan mata kepala,
akan nampak iaitu air yang luas dan membiru
serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai,
Orang yang melihat dengan mata akal
akan nampak ikan di dalamnya yang boleh ditangkap dan dijual.
Orang yang melihat dengan mata hati pula
akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan
 dalam, yang siapa-siapa pun tidak tahu apa rahsia yang tersimpan di dasarnya.


so, begitulah sedikit perkongsian yang penulis cuba kongsikan..harap bermanfaat...


lokasi: padang Golf UUM

turut terlibat dalam cerita:


Ainur Quzaimah sebagai kak yong

me as a kak ngah
Turut membantu dan penghargaan buat.....

Incique PEQ

terima kasih atas sebuah penggambaran kali ini.....

Thursday, 14 July 2011

semakin dekat dengan kiamat, semakin kita jauh dari Allah

Ku lihat dunia hari ini seakan terbalik, semua menjadi tidak seperti yang sepatutnya, perasaan malu kurang menguasai diri, lalu bimbangi diri yang lemah ini terus dihanyut sungai keduniaan andainya tiada ketebalan iman yang menjadi benteng pertahanan nafsu. Wajah-wajah remaja kini semakin rosak dilambung arus zaman. Semakin diulit dengan kemodenan hidup, semakin kita melupai Allah SWT. Dunia hakikatnya gelanggang mujahadah, tetapi tepatkah untuk saya khabarkan bahawa kita jadikan gelanggang itu untuk pelbagai tujuan yang hanya menguntungkan keduniaan kita, kita lupakan akhirat , seolah-olah akhirat itu tiada.




Langit sentiasa terbuka, tetapi hati kita sentiasa tertutup, ramai yang mengunci hati dari terus terbuka indah hanya pada Ilahi yang sentiasa mengharap kepadaNya. Andainya tarikh keramat itu dapat dihitung, pasti setiap detik kita berbuat kebaikan, kosongnya kejahatan dalam diri. Para sahabat Nabi SAW sentiasa penuhi masa mereka dengan amal kebaikan kerana bimbang dosa walaupun hanya sedetik dalam sehari. Betapa kuatnya iman mereka setelah beriman kepada Allah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Sejarah mengenai Ashabul kahfi amat jelas untukku kagumi keimanan mereka. Demi menjaga keimanan ,mereka melarikan diri ke gua untuk bersembunyi daripada dikejar tentera raja yang ingin membunuh mereka. Mereka itu adalah beberapa orang pemuda. Bayangkanlah, masih adakah kita pada hari ini dengan tahap keimanan yang begitu mantap. Akhirnya gua yang gelap gelita menjadi pilihan Allah untuk menidurkan mereka selama bertahun-tahun.


Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )

 Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Hal ini adalah kerana gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya


Kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal 
semata-mata. Sebenarnya kita lupa bahawa spiritual yang lebih utama perlu disuap. Kalau perut sentiasa kita beri makan, kenapa hati kita tak diberi makan. Makanan hati adalah rohani.


Ramai yang melakukan dosa tetapi tidak rasa berdosa malah sedikit pun tiada rasa bersalah. Adakah apabila makin dekatnya kiamat, semakin jauh kita dengan Allah. Tepuk dada, tanya iman kita. Semaju mana pun zaman janganlah kita lupakan Tuhan yang satu, kenapa dunia terus maju tetapi iman kita tidak maju seiring perubahan zaman?.wallahua’lam.

Wednesday, 15 June 2011

Luruskan hatiku kepadaMu...


Aku hamba pendosa….

Ya Allah.
aku tak setia padamu….seringku memungkiri janjiku padaMu…

Y a Allah..
aku dahagakan cintaMu tapi pada masa yang sama aku leka dengan kehidupan

Ya Allah..
kenapa aku sering tidak menepati kata-kataku….

Ya Allah..aku tahu Engkau mengujiku dengan kata-kataku sendiri
Kerana kau mahu menguji sejauh mana kebenaran kata-kata yang aku ukirkan

Ya Allah…
hidayahkan aku sepanjang masa
Hidupkan aku dengan ruh Islam…
Luruskan hatiku ya Allah…
Kenapa…kenapa..dan kenapa…hamba jatuh kembali sesudah hamba bangun..
Teguhkan kaki ku untuk terus berdiri melangkah hingga ke syurga…..

Ya  Allah…
Hamba tahu dunia ini tak lama..
Hampir ke penghujungnya..
Namun sejauh mana  ketaatan hamba kepadaMu…
Ya Allah..kekalkan hidayah itu dalam diri hamba….
Hamba perlukannya….
Janganlah Engkau rampas “ia” dariku…
Biarlah hidayah itu bersamaku..
Agar hamba tidak terjatuh kembali…..
Hamba ingin bangun dan berlari menyusuri jalan ke syurga…
Jangan…jangan Engkau biarkan aku menyalahi undang-undang di jalan itu..
Agar aku  lulus menyusuri setiap langkah…..

Bersihkah diriku dari dosa-dosa yang ku lakukan selama ini..???
Layakkah aku untuk menetap di syurgaMu..
Tuhanku…jangan biarkan hidayah itu pergi setelah ia bersamaku…
Aku perlukan hidayah sebagai peneman…

Aku tidak pandai menjaga diri sendiri ya Allah…
Ya Allah..aku perlukan diriMu…
Sepanjang hayatku….
Biarkan Sujudku hanyalah padaMu….



-Sesungguhnya dosa itu menghalang kepada ketenangan..-



Wednesday, 4 May 2011

Jom kita top up iman ....



“Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”..
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top-up’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung.Bayangkan rasa kecewa yang menyelebungi diri kita,melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia,kecewa dalam interview,kecewa dalam kerja,dalam segalanya.

Kita selalu menangis apabila kita kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita.Tetapi,pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita.Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’,tabi’ tabii’n dahulu,yang selalu menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit.Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata.Tetapi,apabila kekasih kita meninggalkan kita,sampai bengkak mata kita menangis.Betapa lemahnya iman kita

Ingatkah kita akan kisah Syadad bin Aus? Kenal siapa Syadad bin Aus? Kata Abu Darda’ ..“Setiap umat ada orang fakih,dan antara orang fakih umat ini ialah Syadad bin Aus”.Kembali kepada kisah Syadad bin Aus.Satu malam,Syadad bin Aus hendak tidur,tetapi dia tidak dapat tidur dan hatinya gelisah.Maka dia berkata “Ya Allah,nerakaMu menyebabkan aku berjaga malam,dan hilangkanlah daripadaku rasa mengantuk ini”.Lalu,beliau bangkit dan solat sehingga Subuh.Kisah bagaimana seorang Fakih yang takutkan neraka sehingga tidak dapat tidak tidur malam..Adakah sekuat itu iman kita? Sahabat-sahabat kita di Palestin berjuang mengangkat senjata dan bermati-matian menentang golongan kuffar,dan kita? Hendak mengangkat mata dan selimut untuk pergi solat Subuh berjemaah pun kita tidak mampu,inikan pula hendak pergi berperang.

Mari kita sama-sama muhasabah diri kita..

Suka untuk saya bercerita kisah seorang sahabat Nabi bernama Amir bin Said.Pada zaman pemerintahan khalifah Saidina Umar al-Khattab.Ketika itu,beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga.Saidina Umar hendak melantik seseorang untuk menjadi Gabenor di negara Kufah.Dengan berasaskan takwa,Saidina Umar menawarkan jawatan tersebut kepada Amir bin Said,tetapi beliau menolak kerana amanah tersebut terlalu berat bagi beliau.Saidina Umar berkata kembali “Kenapa kamu memilih aku menjadi khalifah sedangkan kamu tidak di belakang aku?”.Akhirnya,Amir bin Said menerima jawatan tersebut dan Saidina Umar memberikan kepada beliau sejumlah wang untuk beliau bertugas sebagai Gabenor di Kufah.

Said bin Amir sebaliknya tidak menggunakan wang tersebut untuk dirinya,bahkan bersedekah kepada fakir miskin.Ketika menjadi gabenor di Kufah,pernah penduduk Kufah membuat aduan tentang kepimpinan beliau.

Penduduk Kufah mengadu tentang 3 perkara ;

pertama(1),Said bin Umar tidak keluar dua kali dalam masa sebulan.
Kedua   (2),beliau lambat keluar untuk bertugas pada waktu pagi dan
ketiga    (3),beliau tidak keluar pada waktu malam.

Dengan tawaddu’ Said bin Amir menjawab aduan-aduan tersebut.

Beliau tidak keluar dua kali sebulan kerana beliau hanya mempunyai pakaian sehelai sepinggang. Dua hari itu digunakan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian beliau.

Beliau keluar lambat pada waktu pagi kerana beliau tidak mempunyai khadam atau hamba. Beliau dan isterinya melakukan sendiri semua kerja-kerja rumah.

Beliau tidak keluar pada waktu malam kerana beliau memperuntukkan malam beliau hanya untuk beribadat kepada Allah.

Itulah satu contoh kepimpinan dan tauladan yang sepatutnya kita contohi.Walaupun bergelar gabenor,beliau tidak bermegah-megah dengan jawatan itu, bahkan semakin tawaddu’ dan rendah diri. Hendaklah kita memperuntukkan malam kita untuk beribadat kepada Rabb al-Jalil dan tidak mengisi sepenuhnya malam kita untuk melunaskan permintaan manusia kerana untuk memenuhi kehendak semua orang adalah sesuatu benda yang tak mungkin tercapai. Ubatilah hati kita selagi peluang bertaubat masih terbentang dan janganlah menunggu sehingga terbentangnya maksiat-maksiat kita di hari akhirat,baru kita hendak menyesal kerana seperti pepatah melayu “sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada berguna” .

Berkata ulama’,terdapat 9 perkara yang boleh meng'islah(ubah)kan hati :

1.Membaca al-Quran dengan tadabbur dan memahami maknanya.
2.Mengosongkan perut dengan mengurangkan makan
3.Bangun malam dengan beribadat
4.Bermunajat pada waktu sahur
5.Berdamping dengan orang Soleh
6.Diam daripada perkara-perkara tidak bermanfaat
7.Uzlah daripada orang jahil
8.Jangan selalu bersama mereka(orang jahil)
9.Makan benda yang halal

Konklusinya,marilah kita sama-sama merenung dan menangisi dosa-dosa kita lakukan.Tidak rugi untuk menitiskan air mata kita kerana takutkan Allah kerana titis-titis air mata kita dan amalan-amalan baik kita umpama ‘top-up’ yang akan mengisi ‘kredit’ untuk kita pada hari perhitungan nanti,insyaALLAH..
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah,gementar hatinya..dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka..bertambah(kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal” (Al-Anfal,2)

Rujukan : Terjemahan al-Quran,Kitab Fathul Mubin Bi Syarhi Arbai’in,Kitab Al- Jawahir Al-Lu’lu’iyah Fi Syarhi Arbai’in An-Nawawiyah.