Tiada
kata lagi selepas ini yang boleh dibicarakan dengannya mengenai dunia blog,
buku-buku mahupun bidang penulisan. Sungguh Al- Marhum menjadi rujukan saya
dalam bidang berkaitan IT dan blog. Orangnya aktif berblog, dan kini http://www.shaharil.com/ akan menjadi
tatapan kenangan para pengunjung blognya.
Ajal
maut di tangan Allah, Benar, umur, jodoh, ajal dan rezeki itu rahsia Allah. Al
Marhum Shaharil Salman berlibat dalam
kemalangan jalan raya petang kelmarin (30/12/2013).
Kali
terakhir melihatnya semasa Hari Konvokesyen baru-baru ini, saya amat kesal
dengan diri kerana tidak bertegur sapa dengannya. Dan kali terakhir bersembang
dengannya di alam maya, kami berbual mengenal kerjaya. Kami pernah memegang
amanah dalam satu exco. Al Marhum ditaklif sebagai Timbalan Pengerusi Exco
Keusahawanan Kelab PERKIM UUM sesi 2009/2010. Dan ketika itu saya merupakan
setiausaha exco keusahawan. Kami satu team bersama Zakwan Abu Hussin, kenangan
menjual buku-buku di Foyer FE, UUM adalah detik kami mula mengenali secara
rapat.
Orangnya
tidak pernah lokek dengan senyuman apatah lagi tidak pernah menyakiti hati
sesiapa, itu yang saya kenal. Sentiasa senyum. Kehilangannya buat saya
terkejut, terkelu dan tidak percaya. Walaupun jarang melakukan aktiviti bersama
semasa di Universiti, al marhum selalu turun padang jika kami mengajaknya untuk
ikut serta dalam aktiviti santai.
Doa dari
rakan-rakan blogger yang mengenalinya tidak putus-putus diutuskan di dinding
Facebooknya. Semoga al marhum tenang di sana. Dan ditempatkan di kalangan para
solehin, kami bakal menyusul ke alam sana. Mahu atau tidak, mati itu pasti dan
semua orang akan merasainya. Bersediakah kita?
Ayuh
semua, saya mengajak diri saya sendiri dan kita semua untuk sama-sama perbaiki
diri dan sentiasa bermuhasabah. Hidup itu terlalu singkat. Sama-sama kita
beringat.
Al-Fatihah
Shaharil
Salman (1989-2013)
No comments:
Post a Comment