Don't Judge the blog by it's followers

Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Thursday, 15 November 2012

Program Di Thailand

Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah masih diberi nikmat nyawa hingga ke hari ini….hari ni baru terdetik ingin berkongsi ceritera program di Thailand baru ni…kalau saya tak menulis panjang ok x? biar gambar yang berbicara…. 
Baik sebelum tuu, sebagai intro, actually program ni under Kelab Kenu UUM yang buat kerjasama dengan Kelab PERKIM UUM dan beberapa universiti lain. Program “Sea Kayaking Crossing 2 Countries & Charity With Kayakers” telah berlangsung pada 31 Oktober hingga 4 November 2012 baru-baru ini. Setting at: kampung Pulau Panjang (Koh Yoa), kampung Tam Malang dan Pekan Satun. Perjalanan ke Kampung Koh Yoa dari jeti kuala Perlis dengan menaiki bot mengambil masa selama 45 minit.

Pengalaman yang best di sana bagi saya sendiri bilamana dapat melihat minority masyarakat Islam Thai di sana. Alhamdulillah…ajaran Islam dipraktikkan dan diamalkan dengan baik. Biarpun rumah-rumah di sana dalam kapasiti yang sempit, tapi syukur melihat kejiranan yang akrab. Deretan rumah antara rumah sangat dekat. Di sana banyak kambing-kambing yang jinak hinggakan macam-macam mereka makan.Kucing jangan cakaplah….title “kucing siam” pasti sudah tahu bagaimana rupa mereka.

Saya dan beberapa rakan dalam Kelab Perkim UUM ditugaskan untuk handle slot Fardu Ain dan kerohanian. Di kampung Koh Yoa, kanak-kanak di sana sukar dikawal, akhirnya saya hilang suara walaupun guna microfon. Di Kampung Tam Malang, lebih senang handle kerana di sana kami diberi bilik darjah dan sub umur mengikut kelas.
di koh yoa
di Tam Malang

Seterusnya, perkara yang paling saya suka…main bola tampar, dah lama nak ada geng yang sehati sejiwa bersemangat main. Adik –adik di sini rupanya sangatlah ganas walaupun perempuan. Sebenarnya sukan yang popular di situ adalah bola tampar so, no wonder lah kan…!

Saya dan dua orang rakan yang lain mendapat keluarga angkat yang sangatlah baik. Kami menjadi anak angkat kepada Ustaz Ahmad. Ayah dan mak serta adik kami sangatlah baik melayani kami sepert keluarga sendiri. Time makan…Allahu Rabbi..mereka menjamu kami dengan sebaiknya. Semoga Allah membalas budi baik mereka. Jadi rindu pulak dengan mereka. Ya Allah, jika ada kesempatan lagi, pertemukanlah kami sekali lagi.Amin…

::Rasanya tadi tak nak menulis panjang….=p …::

Wednesday, 18 July 2012

Sinar Gemilang 9 : Di hati kita dan mereka..

Assalamualaikum…
Dah lama tak berceloteh di sini…asyik berpuisi je kan…huhu…
Alhamdulillah..pagi ni tergerak hati nak menulis …dah lama menyepi dari pengkisahan hidup..kadang-kadang saya selalu update setiap kisah yang berlaku walaupun tak semua dilakarkan tetapi sekurang-kurangnya bila dah tua nanti boleh buka blog ni dan baca balik..heheh..bukan apa…kita as a human selalu lupa..banyak memori nak kena ingat sampai tak ter refresh balik…
Dah nak dekat Ramadan 1433H dah…semronoknya…Marhaban Ya Ramadan….
After final exam, our family PERKIM UUM  join Sinar Gemilang yang ke 9 ….kami berprogram di sana selama 4 hari 3 malam. Bertempat di kampung Orang Asli Selaor Gerik Perak pada 2 - 5 Julai.

haaa...ni gambar sebelum kami bertolak....

Trip kali ini merupakan kesinambungan program Sinar Gemilang 8 yang dibuat tahun lepas di kampung yang sama. InsyaAllah mengikut perancangan, Kelab PERKIM UUM akan memegang kampung tuu as a "kampung angkat" selama 5 tahun demi melihat perkembangan dan perubahan yang kami bawa dalam mensasarkan 3 asperk iaitu dakwah, pendidikan dan ekonomi. Apa-apapun doakan niat kami ini terlaksana dengan jayanya. Dan yang paling bes, ahli keluarga kami dapat join sama-sama walaupun ada yang dah last sem seperti along...alang....huhu sedeh kan...sem depan tinggal lah saya yang ber sem 7 di UUM ..nasib baik ada adeq, ayong dan lain2...=(.

ok..bukan nak cerita pasal kesedihan.....cerita pasal ni pon tak abis lagi....ok jom....mulakan cerita ..nak cakap...kali ni bukan ilusi atau fantasi..tapi realitilah....

sampai di Sik, kami menunggu kedatangan pegawai dari Library UUM yang nak ikut serta sekali bersama suami dan rakannya. Beliau menyatakan hasrat kepada kami untuk merasai pengalaman ke pedalaman dan seterusnya..apa lagi...sementara kesempatan dan peluang yang ada kan....



tak ingat nama dia..huhu..panggil puan je...



ayong....alang...along...angah...
 Perjalanan diteruskan sehinggalah berhenti rehat makan dan solat sekejap di Hentian Titiwangsa...orang kata situ Banjaran Titiwangsa...betul lah kot..tapi tempat dia best sangat..tenang dan damai..angin sepoi-sepoi bahasa  gitu....


saujana mata memandang...
 Kami selamat sampai di destinasi ...tapi ni bukan tempat sebenarnya lagi...untuk masuk ke kampung selaor mengambil masa berjam jugak..tak ingt berapa jam...dalam sejam dua jam jugak kot..kalau naik lori dan jip yang macam kami naik ni...

aktiviti memunggah barang masuk ke dalam lori dan jeep

kaum muslimin naik lori...

kami naik jeep dgn "abah" huhu..bergegar even dalam gambar...keadaan jalan yang berliku2..
 Dan.....langkah pertama sesudah sampai di sana...mendirikan..khemah, dapur, bilik air, tandas dan sebagainya sebelum program berlangsung....dan yang paling best..bin haaa..bina tandas bilik air dulu..khas tuk muslimat je tau....muslimin terjun je sungai tuu...


terima kasih laaa..buatkan kami bilik air...
 

mendirikan khemah utk dapur dan tempat makan..di sinilah tempatku....as a AJK makanan...fulltime in da kitchen..membantu ustaz2 memasak dan sebagainya..
 ni baru hari pertama...celoteh sekejap pon dah rasa banyak dah...tambah-tambah la 3, 4 hari...tak dapatkan lah nak ceritakan semua...kalau nak diikutkan gambar program sahaja dekat 2000 keping diambil....haha...so, di sini..nak kisahkan pengalaman je..alhamdulillah saya tak terasa terkilan sangat sebab tak dapat join aktiviti yang lain kerana tugas AJK makanan perlulah setia berada di dapur ketika kerja menanti menyiapkan makanan tuk peserta dan penduduk kampung...seronok duk di dapur..sebab ustaz rajin masak..hehe...dengan pulut duriannya...bubur kacang + durian....cucur udang....haa...cucur udang ni..ustaz bagi arahan je kt kami...suruh buat...dan yang paling penting katanya..dia tak nak kami gunakan sudu...suruh jemput dengan tangan..hahha...ok beres ustaz......


jemput2...

inilah hasilnya..jeng3...
 

depa yang keja makan...hhahah

Ni lah ustaz2 mubaligh dari pejabat Agama Gerik (JAIPk) yang bertungkus -lumus menyediakan makanan yang sedap2 utk kami...mereka ni popular tau..setiap kali kami buat program di perkampungan org asli..mereka lah barisan utama yang terlibat...first kenal ustaz bahri n da gang sewaktu join program di sungai chiong....



ni ustaz mahmood...yang selalu bagi arahan...blend cili..bawang...dia banyak guide n advice me tentang masakan..best2..
 

ustaz bahri (yg berkopiah putih) n ustaz,,heheh xsempat nk tya nama..tapi popular gk ni..selalu turun padang..

ustaz zahari kot namanya..maaf kalau tersalah..sbb time nak balik baru tau nama..ustaz ni selalu sembang dgn saya..baik dan lembut pekertinya..hehe

ustaz Halim yang sporting..ust yg ajar kami bahasa org asli...person in charge when we are here...



ustaz yang selalu membantu ...(xingt nama lagi..huhu..)


  Penghargaan buat mereka semua...dan yang tak disebut nama atau tercicir mohon maaf kerana tak dapat nak mentioned kan semua di sini..hehe tanpa mereka..mungkin kami tak kan sampai di sini...dan penghargaan juga buat wakil dari PERKIM Kebangsaan ..kak Su (Penyelaras MAMPU) yang tak pernah jemu turun padang memantau progrm PERKIM.


kak fatimah..kak ira..n kak su..

oppppsss...penat sudah meng "upload" gambar...



ni lah pembantu kanan saya di dapur...noorul atikah idris....penyajak yang hebat..hehe



perasmian menanam pokok ciku bagi menjana ekonomi penduduk kampung bila dah membuahkan hasil.=)
 

menerapkan nilai-nilai pendidikan kepada anak-anak ini.



Dakwah diutamakan...
 

simbolik penaklukan kami di sana...untuk 5 tahun akn dtg lagi...
 

gambar kenangan bersama

 Akhir kalam..semoga usaha yang kecil ini berterusan hingga ke generasi seterusnya....pengalaman mengajar kita erti kehidupan.....wallahua'lam...=)

Sunday, 1 May 2011

selamat menghadapi exam...!!!!!




Ya Allah..peliharalah ilmu yang kami ada....agar dengan ilmu yang secebis di dada kami ini dapat memberi manfaat kepada diri-diri kami dan orang lain...


Ya Allah...berilah kami ketenangan dalam menghadapi hari peperiksaan...menjawab soalan dengan senang tanpa ragu-ragu...


Ya Allah...padukanlah hati-hati kami hanya untukMu ya Rabb....agar kami berhimpun dalam naungan cintamu.....

salam Imtihan dariku dan sahabat-sahabat PERKIM UUM.....

Bittaufiq Wannajah.......

Thursday, 7 April 2011

kenangan di perkampungan org asli...sungai chiong....


Program Integrasi Sosial merupakan program Sinar Gemilang siri ke 6 PERKIM UUM  dengan kerjasama dengan PERKIM Kebangsaan, Pusat Islam, Pihak COB UUM, Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Perak (JHEOAP). Program ini merupakan program ke perkampungan Orang Asli di mana ia adalah program luar dan merupakan Program wajib untuk  kelab PERKIM UUM.

Program ini melibatkan seramai 62 orang peserta termasuk ahli jawatan kuasa program dan 3 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, seorang pelajar dari KUITTHO dan seorang dari UiTM    Merbok.

Program ini bermula pada 7 haribulan Mei pada jam 9 pagi. Kerja mengangkut barang yang ingin dibawa ke perkampungan itu berjalan dengan lancar dengan bantuan dari peserta yang ada. Perjalanan ke Jeti Banding memakan masa selama lebih kurang tiga jam. Setelah sampai di jeti peserta menunggu ketibaan wakil dari PERKIM Kebangsaan untuk bersama-sama menuju ke kawasan program. Pelabagai kesukaran dialami dalam perjalanan ke tempat program seperti kerosakan kipas feri yang dinaiki, feri tersekat di dalam selut apabila hampir sampai di kawasan program kerana air dalam keadaan surut. Ketibaan peserta lewat ke kawasan program kerana kesulitan yang dialami. Setelah sampai peserta terus mendirikan khemah masing-masing berdekatan dengan padang.


Pada pagi hari kedua peserta mengalihkan khemah ketempat lain dimana khemah untuk peserta perempuan ditutup kerana peserta perempuan diberikan tempat untuk menginap  di surau, manakala peserta lelaki menginap di dalam khemah yang di dirikan di kawasan berdekatan dengan penduduk kampung. Khemah untuk aktiviti juga didirikan berdekatan dengan kawasan penduduk kampung. Pada tengahari pula pembahagian anak-anak angkat iaitu peserta kerumah ibu bapa angkat masing-masing. Pada sebelah petang pula riadah dijalankan berasingan peserta wanita dan lelaki dimana lelaki bermain sepak takraw dan bola manakala peserta perempuan pula menggunakan sungai sebagai tempat aktiviti seperti main bola air dengan penduduk kampung wanita. Pada sebelah malan hari kedua pula diadakan persembahan yang melibatkan pasukan orang asli dan peserta, di mana peserta mempamerkan bakat melalui persembahan dan orang asli mempamerkan kugiran untuk tatapan peserta. 


 Pada hari ke tiga pula paginya dimulakan dengan riadah pagi iaitu senam pagi, setelah itu diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk mengajar penduduk tentang tatacara berwudhuk, bersolat, pengisian dalam bersolat seperti sebutan Al-Fatihah, dan penambahan untuk tatacara sembelihan yang betul buat penduduk orang  Asli yang lelaki. Untuk kanak-kanak diajar cara-cara untuk menulis, melukis dan mengenal abjad, terdapat peserta- peserta yang menjaga anak-anak orang kampung yang masih kecil semasa ibu bapanya menyertai pengisian yang di berikan. Pada waktu makan tengahari peserta diminta makan bersama ibu bapa angkat di rumah masing. Pada waktu petang aktiviti lebih menarik iaitu explorace yang melibatkan sebahagian besar penduduk kampung. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti meniup tepung, penuhkan air dalam botol, menghias anak angkat dan sebagainya.acara ini mengeratkan hubungan peserta dengan penduduk kampung. Pada malamnya terdapat tayangan filem pendek Upin dan Ipin. Terdapat sedikit kesulitan daripada generator yang menyebabkan kelewatan sehiggakan terdapat penduduk yang balik meninggalkan tempat aktiviti.

Pada hari ke empat aktiviti agak ringan bermula dengan riadhah tatacara pertahankan diri, mengedarkan sumbangan untuk penduduk kampung seperti barangan keperluan harian, baju-baju terpakai dan telekong serta sejadah untuk kegunaan penduduk kampung. Manakala malamnya diisi dengan persembahan sewang, forum dan pemberian anyaman kepala kepada peserta.

Pada hari terakhir pula peserta mengemaskan barangan masing-masing untuk dibawa pulang sambil menunggu pegawai kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan terhadap penduduk orang asli seterusnya bergambar dan peserta pulang ke kampus semula. Alhamdulillah keseluruhan program berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan membuatkan peserta lebih rapat antara satu sama lain.
kenangan terindah

-semoga Allah mengurniakan ketenangan dalam hati-hati kita dalam menggerakkan kerja dakwah =)

Thursday, 31 March 2011

Ziarah Hospital Alor Setar...

kenangan semasa program ziarah hospital 1 april 2011
Assalamualaikum w.b.t...kepada semua pembaca blog saya....


InsyaAllah di sini ada beberapa perkongsian mengenai adab menziarahi pesakit....harap kita semua faham dan memahamkan orang lain...kadang2 bnda ni nmpk biasa..tapi sebenarnya....nak hidup kenalah ada adab2nya kan...dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar2 perkara...dengan Allah pon ada adabnya.....


sapa yg sumke....bacalah dgn hati.
..
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
Baginda Rasullulahah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah, dia akan diseru malaikat dengan seruan: “Alangkah bagus engkau, alangkah bagusnya perjalananmu, telah bersedia untukmu sebuah rumah di dalam syurga!’ (Hadis diriwayatkan oleh at-Tarmizi)

1.      Jangan duduk terlalu lama ketika menziarahi pesakit kerana perbuatan itu mungkin mengganggu pesakit yang hendak rehat, disarankan dengan bersederhana. Kekerapan boleh dilakukan selang sehari jika keadaan pesakit itu baik. Sebagaimana puisi Ibn Duraid: "Ziarahi dari semasa ke semasa, kalau kerap dilakukan merimaskan, Hujan kalau selalu turun menjemukan, kalau terhenti tangan menadahkan harapan"

2.      Hendaklah disentuh dan pegang tangannya serta letakkan tangan didahinya dan tanya tentang penyakit serta keadaannya sekarang.

3.      Hendaklah kita doakan agar cepat sembuh dengan menyebut: Semoga Allah menyembuhkan ....( sebut namanya).

4.      Doakan dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul, Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya.

5.      Berikanlah nasihat-nasihat yang baik. Serta ucapkan perkataan 'sabarlah sakit ini adalah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak'.

6.      Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadat ziarah itu.

7.      Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:"Ya Allah hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah. Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari Mu jua sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" . (At-Tarmizi)

8.      Disunatkan orang yang menziarahi pesakit berdiri di sebelah kepala pesakit.

9.      Mengingatkan pesakit tentang syahadah jika ia sedang nazak.
.