Don't Judge the blog by it's followers

Showing posts with label Ragam Praktikal. Show all posts
Showing posts with label Ragam Praktikal. Show all posts

Monday, 29 April 2013

Sebulan lagi..


Apa plan lepas ni?

Ayat klise yang semua orang akan tanya. Kerja? Sambung belajar? Berkahwin?

 Sebulan lagi di sini. Pahit manis disatukan di dalam diari hati. Dagang hamba dagang menuntut pengalaman. Yang baik jadikan panduan, yang buruk hanya tertinggal di sini.

Peluang..rezeki..milik masing-masing. ke mana hala tuju selepas ini hanya Allah yang menuntuni tiap jalan. Empat bulan tempoh yang agak lama walaupun masa berjalan pantas. Selama tempoh itu banyak perkara yang menjadikan saya matang. Matang dalam menangani emosi. Pengalaman ini baik untuk minda dan hati.

Gelombang ini bakal berakhir.
Gelombang bagaimana selepas ini..?

Idea dimatikan, tangan kaku, fikiran melayang memikir ayat. Ini sahaja yang dapat dicoretkan. Mungkin entry ini buat diriku berfikir sejenak.

Wallahualam.

30 Apr 2013
Kuala Lumpur


dari luar jendela....terbias sebuah pengamatan

Wednesday, 13 February 2013

Cerita praktikal part 2: Hujan Cinta


Ku tarik bidai langsir bergulung ke atas melihat rintik-rintik hujan yang baru mengena bumi. Suasana sejuk pagi tadi seperti terus sambung-menyambung dengan aroma hujan kedinginan. Kreeekkk,,,,,tombol pintu dipulas. Aku kalih ke kiri. “assalamualaikum..” Harian Metro ada?” ada di belakang…balasku. Abang Ali dari Unit IT seperti selalu meminjam akhbar hari ini. Sepatah kata ku balas tanpa bercakap panjang. Lamunan ku terhenti. Hmmmm…kalau macam ni, wajib beli payung. Aku mengomel di dalam hati. Musim hujan yang pasti akan melanda. Bidai disentap perlahan melabuhkan kembali menutupi jendela.

anis, esok kak her tak masuk office, kak tak de keje nak bagi. Sambung keja yang Rizwan bagi ya?” teringat ayat kak her tadi. Aduhhh…bosan lah esok, Encik Raden dah la jarang di pejabat. Abang wan masih bercuti. Kak her pulak dengan program luar. Dan aku. Bertemankan sepi!

Album-album gambar program terdahulu masih berselerak di atas meja. Dalam kotak masih ada lagi berbaki. “kak her…kalau saya buat slow-slow boleh tak? Sebab, take time jugak ni nak abiskan semua, lagipun pening kak, belek album lama-lama sambil nak catat nak labeling. Aku merayu manja. “eh tak pa, slow-slow..ja.” okey..tima kasih kak”.Alhamdulillah, kak her memahami!

Awal pagi tadi, kesejukan membaluti tulang-tulangku, econ terpasang sejak ku datang lagi. Hidung ku bernada sendu. Sesekali ditarik-tarik dek ketat hidung. Selsema tidak kurang jugak mengalir. Sapu tangan hijau dikesat-kesat ke hidung. “aniss…tutup lah econ tuu…dah selsema tuuu..kecian pulak…” eh tak paaa..cikit je ni” mood kak her dari pagi hingga sebelum dia meninggalkan bilik ni sangat baik.tak seperti semalam. Yesss…hati lega!tenang.

Hujan semakin lebat. Mahu saja bantal disorongkan di bawah kepala dan tarik selimut. Cuaca mula berubah. Harap-harap balik nanti elok-elok sahaja. Oh…I’m fasting today! Hampir lupa. fikiran melayang memikirkan juadah berbuka nanti. Seminggu berada di sini, bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang diberi Cuma sedikit geram dengan peniaga-peniaga di sini yang meletakkan harga makanan yang agak mahal bagiku dan makanannya pulak seperti “tidak ikhlas” memasak. Cukuplah terkena. “standard lah k.L” “semua mahal”. Itulah antara ayat klise kawan-kawanku. Nasi goreng ayam yang digoreng nasi ditambah hanya dengan kicap dan letak ayam sedikit. Itulah jenama nasi goreng ayam abang tu. Housemate mula ketawa kelucuan! “Sabar jelah anis…”

Gendangan guruh mula reda sedikit. Aku bingkas bangun dari kerusi oren menoleh ke belakang melihat awan berserakan. Awan-awan gelap tadi membuka kembali ruang demi ruang. Terang kembali.

****************************************

-TSK

Monday, 4 February 2013

Cerita Praktikal Part 1: oh Buletin


Hari kedua praktikal! Alhamdulillah…

Semalam…hari pertama bergerak ke tempat praktikal…seawal 6.30 pagi kami menunggu bas. Maka kelima-lima anak dara itu pun mulai langkah pertama mereka dengan perasaan gementar. Itulah ayatnya yang bisa digambarkan. Kami menuju ke stesen LRT Universiti untuk ke K.L sentral , dari sana kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan monorail pula, hentian maharajalela menjadi stesen kedua kami melangkah.

Terasa peluh membilas walaupun cuaca pagi itu sejuk. Kami berjalan kaki kembali untuk ke jalan kampung Attap. Di situlah tersergamnya bangunan yang bercat oren. Masing-masing mencari pejabat dan unit masing-masing. Sebenarnya, kami perlu berkumpul terlebih dahulu di paras 3 untuk bertemu dengan Cik Nabilah Abas selaku ketua Unit Perkhidmatan Staft. Di situ, kami diberi taklimat berkaitan praktikal. Akhirnya kami dibawa ke unit masing-masing.


Dan ini tempatku....selama 4 bulan


Friday, 11 January 2013

Oh My "Praktikum"

Motor kriss berplat PEQ 4166 ku tunggang untuk membawa diri ini ke pejabat CUIC, biha membonceng bersamaku di belakang, alahai si budak kecik yang cute, orangnya manis persis idaman sang jejaka. Kami berdua memulakan perjalanan dari kolej kediaman ke CUIC untuk mengambil slip penempatan praktikal. selepas selesai urusan di CUIC, kami menuju ke HEP pula untuk mengambil testimonial pelajar (senarai penglibatan student dalam aktiviti-aktiviti universiti dll). Setiap helaian testimonial diselak-selak, melihat kegiatan aktivitiku selama hampir 4 tahun di sini.
________________________________________________

Praktikal? Latihan industry? Internship? Inilah ayat-ayat klise bagi student last year yang perlu hadapi sebelum tamat pengajian. Term “praktikal “ ini adalah the common thing among final year student, ada juga yang kata praktikal ini umpama pra- bekerja.
Agaknya, apa yang bermain di fikiran budak-budak yang nak praktikal ni kan?
Hari pertama?? Ramai yang resah dan gelisah dan juga bimbang untuk membawa diri di sana nanti. insyaAllah..kataku…” semuanya akan berjalan seperti biasa, Cuma biasakan diri dengan orang-orang di sekitar kita nanti” dan pandai-pandai lah membawa diri, yang penting jangan berat mulut atau sombong.
Seramai 6 orang coursemate saya yang bakal menjalani praktikal di YaPEIM K.L. kami semua di tempatkan tingkat yang berbeza mengikut unit masing-masing. Ada yang dapat unit penyelidikan, Smart-Venture, dan Ar-Rahnu. Kebanyakan mereka dapat bahagian penyelidikan.


-Budak bakal praktikal (4 Feb -26 Mei 2013)