Ku lihat dunia hari ini seakan terbalik, semua menjadi tidak seperti yang sepatutnya, perasaan malu kurang menguasai diri, lalu bimbangi diri yang lemah ini terus dihanyut sungai keduniaan andainya tiada ketebalan iman yang menjadi benteng pertahanan nafsu. Wajah-wajah remaja kini semakin rosak dilambung arus zaman. Semakin diulit dengan kemodenan hidup, semakin kita melupai Allah SWT. Dunia hakikatnya gelanggang mujahadah, tetapi tepatkah untuk saya khabarkan bahawa kita jadikan gelanggang itu untuk pelbagai tujuan yang hanya menguntungkan keduniaan kita, kita lupakan akhirat , seolah-olah akhirat itu tiada.
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat lagi petunjuk. (al-Kahfi: 13 )
Ciri-ciri orang yang bertaqwa dan betul-betul mencintai Allah makin pupus. Hal ini adalah kerana gaya hidup yang sudah berubah. Berubah agar dapat menyesuaikan diri dengan zaman dan seisinya
Kita kini lebih mementingkan kehendak dan keperluan fizikal
semata-mata. Sebenarnya kita lupa bahawa spiritual yang lebih utama perlu disuap. Kalau perut sentiasa kita beri makan, kenapa hati kita tak diberi makan. Makanan hati adalah rohani.
Ramai yang melakukan dosa tetapi tidak rasa berdosa malah sedikit pun tiada rasa bersalah. Adakah apabila makin dekatnya kiamat, semakin jauh kita dengan Allah. Tepuk dada, tanya iman kita. Semaju mana pun zaman janganlah kita lupakan Tuhan yang satu, kenapa dunia terus maju tetapi iman kita tidak maju seiring perubahan zaman?.wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment