Kepada
diari hati yang menyimpan pelbagai rasa.
Segumpal
darah yang perit menyimpan segala rasa adalah hati. Rasa untuk disukai,
dicintai dan disayangi. Engkau rasa marah saat darah itu naik lalu tidak
turun-turun lagi. Namun engkau segera tenang apabila otak membantu untuk berfikir
selepas dua kali.
Engkau
rasa bahagia saat darah berkocak dan sesekali senak bilamana wajah tersipu
malu. Mulut terus menguntum senyum. Lalu pipi pun bertukar warna.
Engkau
sakit bila darah itu seperti mencucuk-cucuk isi kulitmu. Rasa yang membuat
engkau bermuram durja. Umpama ditikam tanpa bilah pisau.
Hati.
Aku ingin
tanyakan sesuatu padamu.
Bolehkah
engkau tetap teguh berpendirian?
Bolehkah
engkau tabah walau sekejap?
Hati,
kerana engkau ramai manusia yang tidak dapat mengawal emosi. Ada yang memendam
rasa, resah gelisah, ganas mengamuk, berhasad dengki dan mengikut perasaan.
Hati,
dampingilah manusia dengan sebaiknya. Temani manusia hingga ke syurga. Jangan
biarkan mereka kotor keranamu.
Hati,
maafkan aku dan kami. Kami juga anggota dan organ yang mendiami tubuh badan
manusia. Ayuh kita berpesan-pesan pada kebenaran.
kita
hanya mampu begini. Kalaulah kita mampu bersuara.
Ya,
tunggu sajalah nanti. Di saat kita semua dapat bersorak sakan, menghakimi dan
mengadili si pemilik tubuh badan.
_Hatiku milikMu_
No comments:
Post a Comment