Don't Judge the blog by it's followers

Friday, 20 January 2012

Pemergianmu...sahabatku..



 “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.” (QS. 29:57)

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)s

Setiap orang yang pernah hidup di muka bumi ini ditakdirkan untuk mati. Tanpa kecuali, mereka semua akan mati, tiap orang. Saat ini, kita tidak pernah menemukan jejak orang-orang yang telah meninggal dunia. Mereka yang saat ini masih hidup dan mereka yang akan hidup juga akan menghadapi kematian pada hari yang telah ditentukan. 

____________________________________________________________

(19 Januari 2012..dalam ingatan)....

Pagi itu dalam jam 11.00 kami rancang ke pekan Jitra tuk membeli barang dapur tuk sambut besday salah seorang sahabat dan berkelah ke Perlis keesokkan paginya. Terpikir tuk mencari kereta sewa tuk bergerak ke sana. Akhirnya kami minta bantuan fiq tuk menggunakan keretanya . Alhamdulillah fiq izinkan menggunakan keretanya, tapi kunci kereta  sempat dia kirim kepada roomatenya yang juga sahabat seperjuangan kami di dalam Kelab PERKIM. Khairi Anas namanya...kami pergi dapatkan kunci daripada khairi...di DPP YAB.......pagi itu dalam jam 11.30 pagi...

Di changlun, Kami menghadapi kesulitan tuk membuka tempat isi minyak...lalu menelefon khairi tuk meminta cara membuka..alhamdulillah kami sempat bercakap lagi dengannya...
Selesai membeli barang-barang, dalam jam 4.30 petang saya dan seorang sahabat ke dpp YAB tuk memulangkan kereta kepada fiq seperti yang dijanjikan. Tunggu punya tunggu fiq belum turun . langsung kelibatnya belum nampak walaupun tadi dah msg ke handphone dia akan jumpa di sana nak pulangkan kereta..

Saya:“try msg fiq sekali lagi..kenapa lama sangat...
Ain:“dah msg...tapi fiq cakap tunggu kejap...
Tiba-tiba msg masuk ke h/p saya....
“kami excident di depan masjid changlun....(msg dari fiq)

Perasaan time tuu mmg sangat cuak dan terkejut...kami fikir fiq ada di dpp ...rupanya.....
Saya terus menelefon fiq...tapi fiq xsambut panggilan kami....
“eh cuba kol khairi..mungkin “kami “ yang di maksudkan tu..dia dengan khairi...
Ain cuba pulak tuk kol h/p khairi..akhirnya disambut oleh suara fiq....
“dia cakap dia selamat...tapi khairi tak sedarkan diri....

Terus telefon dan msg kepada sahabat yang lain....akhirnya kami bergegas ke Hospital Jitra..

Dalam perjalanan sempat msg ke semua sahabat yang lain dan memaklumkan tentang kejadian yang menimpa..

Saya minta sahabat yang dalam perjalanan ke Alor Setar pergi dahulu tuk melihat keadaan di sana...

Pada mulanya dia cakap semua baik-baik je...
Kali kedua dia telepon....

“anis minta semua kawan-kawan datang sekarang juga ke hospital....
Dalam nada yang sedih:  khairi ..khairi...doktor cakap dia ada 20%je lagi....tuk hidup..
Darah seakan berkocak kala itu....

Apaaaa....tidak....bukannnn...bukan khairi...kan....dalam hati mula bersedih...semua sahabat di dalam kereta turut cemas dan bersedih..kami antara orang awal yang ke sana...
Kali ketiga telefon: anis...kt mana cepat..diorang cakap khairi dah pucat...

Sesampai di sana ...terus mendapatkan sahabat yang berada di sana..kelihatan rakan-rakan yang lain di situ, polis dan seorang wakil Unit Keselamatan dari UUM di depan Wad kecemasan. Kami hanya dibenarkan melawat mangsa seorang demi seorang..dan akhirnya kami terus masuk melihat khairi terbaring lemah di atas katil...keadaannya berubah...dia cedera teruk di kepala. Kelihatan ibunya sedang membaca yaasin...dan ayahnya cukup tenang riak wajahnya melihat anaknya terbaring  lemah di situ...alhamdulillah ramai sahabat beliau datang melawat...

Kami nampak fiq yang berkerusi roda dan mengalami cedera ringan menghampiri khairi ..lalu memegang hujung kaki khairi...sebak di dada kala itu...kami hanya memandang lemah ke arahnya...dengan penuh harapan..bangunlah..sedarlah wahai sahabat....

Beberapa minit kemudian...
Doktor bersama jururawat datang dan meminta kami tuk keluar dari wad....
Ketika itu seakan terasa..sesuatu....
Kami akur lalu meninggalkan ruang tersebut...
Kami hanya tunggu di luar....

Sebelum azan magrib berkumandang.....
“khairi...dah tiada....”
Apaa...Innalillahiwainnailairajiuuun...kami mengucap panjang...
Seakan bermimpi dan tidak percaya..tetapi itulah hakikatnya....
Selepas magrib kami mengambil keputusan tuk melihat arwah hingga ke akhirnya...
Dari petang hinnga ke malam .kami masih setia berada di hospital menunggu jenazah..di mandi dan dikafankan...

Penat yang dirasa dari pagi tidak dapat digambarkan tetapi kami nekad demi sahabat yang kami kenali...kami sanggup berkoban apa sahaja kala itu...
UUM ada menyediakan bas utk ke kampung arwah di kota sarang semut..tapi kami nekad tuk naik kereta sendiri sebab menunggu 3 orang lagi sahabat kami yang sedang menjawab peperiksaan tuk kertas yang terakhir malam tu..dijangka mereka akan habis dalam pukul 11. Dalam hati..masih sempat kalau diorang nak ikut sekali ke kampung arwah tuk kebumikan. Alhamdulillah mereka sempat ke sini...dan terus menuju ke rumah arwah.

Dalam perjalanan, kami hampir kemalangan kerana melanggar kereta yang berada di depan...
Ya..Allah......!!!

Brek terus ditekan.....keadaan kalut mengejar van jenazah dalam keadaan hujan ditambah dengan badan yang penat seolah mengejutkan kami dengan bunyi terlanggar kereta dihadapan ketika memotong...

Dalam hati yang cemas   ..ya Allah...macam mana ni....
Sahabat yang lain: kak..jangan panik ...xpe kita setel sama-sama...
Kereta di depan berhenti melihat kereta yang dilanggar kami...

Saya: abang...minta maaf sangat2..kami tak sengaja...kami dlam keadaan kalut tadi nak kejar van jenzah sahabat kami.....

Alhamdulilalh Allah selamatkan kami...kedua-dua kereta tidak mengalami sebarang kerosakan..malah kerete abg tadi tidak ada calar sedikit pun...mahupun kereta kami...

Tetapi kalau diikutkan..bunyi terlanggar dan gegaran yang kami rasa lebih dasyat dan mengandaikan ada yang rosak....
Alhamdulilalh kami terus menuju ke  destinasi dengan langkah berhati-hati...kejadian tadi masih dirasai....

Untuk ke kota sarang semut..kami terpaksa guna highway...kami berkonvoi dengan geng muslimin...dengan tiada arah dan tidak tahu jalan ke sana..kami mengambil masa yang lama tuk ke rumah arwah...

Dipendekkan cerita dalam kekalutan sahbat yang naik kereta lain menelefon  bahawa kereta mereka pancit..ya Allah..satu lagi ujian ...akhirnya tayar telah diganti dan diteruskan perjalanan.

Untuk masuk ke kampung arwah sangatlah dalam dan berliku jalannya...jalan itu hanya moto dan kereta sahaja dibenarkan masuk..bas UUM hanya tersadai di luar...tepi jalan...
Akhirnya seoarang abang (org kampung) bawak kami masuk ke kampung arwah dengan menunjuk jalan...keadaan yang gelap time tu..sangat lah sukar tuk kami jalan...jalan yang berbatas..di tgah swah padi amat sukar...dalam hati sentiasa tabah...

Sampai juga kami ke sana...kami di bawa ke tanah perkuburaan...ketika tu...jenazah arwah telah dikebumikan..hanya itu yang kami sempat tatap...kelihatan mereka yang lain sedang meratakan tanah...

Sahabat lain yang baru abis exam tadi juga alhamdulillah sempat datang walaupun selepas selepas talkin dibacakan dan doa di aminkan ....
Hujan rahmat sentiasa mengiringi arwah ...selepas dikebumikan...hujan mula renyai turun membasahi pipi...hujan rahmat...alhamdulillah...arwah pergi di hari yang baik...iaitu pada malam jumaat.dan itulah impian kita semua..meninggal di malam jumaat akan terlepas dari azab kubur..semoga rohmu dicucuri rahmat...amiiin.....

Sempat update Status Fb ku pada 21hb:

Dari petang semalam dapat berita kemalangan sahabat seperjuangan di dalam PERKIM terus bergegas ke hospital jitra...

kepada fiq : semoga tabah....sabar dan redha atas ketentuan Ilahi..

pelbagai ujian dan cabaran menghimpit kami (semalam 19hb) tapi alhamdulillah, sempat mengiringi jenazah arwah (khairi anas ) ke kuburan di kota sarang semut. arwah dikebumikan pada mlm itu juga (dlm 2 pagi).. demi sahabat...sanggup kami hadapi..apa juga keadaan.

sehari sebelum kejadian..sempat bertemu arwah di pekan changlun, terasa dia memandang ku dgn pandangan yang begitu lain..(dalam hati...tertanya-tya)...juga...sempat bercakap dan bergurau dgn arwah...arwah seorg yg sangat baik..pemergianmu di hari yang baik...sangat beruntung...di malam jumaat.semoga tenang di sana...

maaf...sebab tidak sempat tuk berkata bahawa kaulah sahabat sempurna yang hadir dalam hidup kami.


Khairi..terima kasih
Sebab buat kami happy...hg selalu ceriakan org...hati hg baik..walaupun sikap hg gila2...
Terima kasih sebab selalu sporting tangkap gambar kami dan edit...hg sgt berbakat dalam teknik photografi.cantik sangat gambar yang hg amik...
First time jumpa dan kenal hg masa kita sama-sama join program ke kampung org asli...n  then kita sama-sama jumpa balik dalam Kelab PERKIM....
Terima kasih sebab hadir dalam hidup kami...
Maaf sebab tak sempat tuk berkata bahawa kaulah sahabat paling sempurna yang kami ada.

Al-fatihah kepada khairi anas (1989-2012)......



kenangan masa program Tautan Ukhwah kelab PERKIM-khairi Anas barisan belakang, dari kiri kedudukan yg ke -6)

No comments:

Post a Comment