Don't Judge the blog by it's followers

Wednesday, 11 January 2012

Menunggu Fajar Di Ufuk Rindu

Jam tepat memaparkan detik 4.30 pagi di ruangan handphone..alhamdulillah terjaga dari tidur, terus mengusir hati dari bermalasan, aku perlu bangun menghadap yang Esa. Inilah kesempatan yang Allah berikan. Bangun memujuk hati bersama hamparan sejadah ku bentangkan. Tuhan....hati ku kala ini dalam keresahan....Engkau peganglah hatiku ini ya Rabb
Persoalan semalam masih terukir dibibir....
ya Allah...kehadirannya membuatkan hati ku terkadang resah sendirian


Kadang tidak mampu hamba mengikut segala rentak hati...adakah ini ujian hati buat hamba atas kata-kata yang pernah ku ucapkan dulu....
Jika itu benar...teguhkan hatiku...agar bisa ku pertahankannya...


“terjaga ku dari tidur yang lena
bangun menyapu segala keresahan hati
semoga esok hari
tidak seperti sebelum tidurnya
bangun tuk muhasabah cinta
yang kadang tersakit sendirian
adakah indah terucap
dari menitip sebuah zikir untuk Maha Agung


kisah hati selalu membelenggu diriku
seperti angin yang datang menbadai
seperti bayu ombak menggulung desiran pantai
tapi yang pasti...
esok hari pasti matahari tetap akan muncul
yang terbit bersama cahaya..
semoga sinarnya menghapus
duka lara ini..
(Menunggu esok hari dengan terbit cahaya matahari yang menerangi hati ini kembali)


kaki perlu mencipta langkah
menapak ruang bumi
mencari sekelumit rasa
bukan sebagai penambah rasa
tetapi penawar rasa
janji kepada diri selalu tidak tepati
kerna yakin belum muncul di hati
kadang tertewas sendiri
walau dengan sekeping hati
hati yang kecil
merajai jasad
hingga terduduk di perlabuhan hati
menunggu untuk berlabuh
atau berlayar sendirian..”
-ayuh...berlayar ke destinasi hati...selepas subuh berkumandang.....

Azan subuh bakal berkumandang….bersiap sedia untuk menunaikannya…
Aku menunggu selepas subuh untuk membawa hati ke suatu tempat asal…mungkin di sana boleh menyembuhkannya atau melupakan seketika “kisah hati” ini…
Selesai solat subuh…terus menulis di “laman hatiku” ini kerna di sinilah hatiku tenang berbicara tanpa bibir menutur kata tapi hati yang sedang berbicara….
Pada mulanya ingin balik rumah dengan motor..tetapi mak tak izin…terpaksa naik bas, bimbang keselamatan anaknya….
Actually ada masa free dalam 7 hari sebelum menghadap last paper on this January 17. so, nak balik Sungai Petani….leh tolong mak niaga…(income leh masuk..hehhe) lagipun nak guna duit tuk program selepas exam nanti..asyik minta duit je…kesian pulak dekat mak..so balik tolong mak niaga leh la dapat duit kan…jom siap-siap…kemas beg…bas paling awal jam 8 pagi kot rasanya…balik awal leh sampai awal..

Adik-beradik ku yang di sini (UUM)..
“maaf ..angah mohon balik umah sekejap ek..tak lama pon..jangan rindu-rindu tau..” ^_^


lupakan duka hati ...jom terus melangkah ke destinasi hati.....







TSK
Tamat: 6.42 pagi
12/1/2012

No comments:

Post a Comment