Don't Judge the blog by it's followers

Sunday, 15 January 2012

Membina Impian Sebuah Janji


Pagi itu, seorang gadis berlalu dengan impian mengusung segala duka dan mencari sinar baru, impian untuk melihat “rumahku, syurgaku”.tapi pengharapan itu masih belum terbina dek permasalahan yang melanda keluarga. Si gadis akur dengan nasib hidupnya dan memahami air mata ibunya yang mengalir. Perjalanan hidupnya tidak seperti kebanyakkan insan yang bertuah. Tapi bersyukur kerna punya adik-beradik yang matang dalam pencarian hidup baik abang dan juga adik. Si gadis tidak sempat merasa kasih-sayang seorang ayah..apatah lagi adiknya yang ketika itu berusia 3 tahun. Ketika arwah ayah pergi meninggalkan kami, tinggallah ibu dan tok (nenek) membesarkan kami dengan kudrat yang ada. Dari kecik kami diasuh dengan kecekalan ibu yang berperanan sebagai bapa mencari rezeki.perjalanan demi perjalanan telah mendewasakan kami.

Teringat semasa di sekolah rendah, aku sering diejek oleh rakan lelaki yang tidak pernah memahami kesusahan manusia, ada sahaja yang buat dia tidak senang denganku…jika kedaifan itu membuat engkau tidak senang.itu bukan masalah ku. Air mata sering tertumpah hingga tidak ku tahan, terus berlari ke dalam tandas meluahkan sakit hati bilamana diri diejek. Abang …pulak dengan masalahnya…yang aku tidak mengerti walau kami satu sekolah, tapi Alhamdulillah semuanya menjadi baik diakhirnya.

Aku tidak pernah memegang slip keputusan peperiksaan.. UPSR,PMR,PMRU.SMRA.SPM,STA dan STAM selagi tidak melunaskan yuran sekolah. Yuran ku hampir melambung ke ribuan ringgit dek kerana dari sekolah rendah ibu tidak mampu bayar. Dengan membawa sedikit wang dan membayar maka dapatlah hanya untuk menatap keputusan peperiksaan. Tapi itu pun sudah cukup membuatku gembira. Tapi akhirnya sekarang segala hutang sudah dilangsai. Semua slip dan sijil peperiksaan awam telah berada dalam tanganku kerna bantuan dari ibu yang membuat pinjaman serta bantuan keluarga terdekat mendorong yuran sekolah ku yang mencecah ribuan ringgit terbayar. Alhamdulillah semua peperiksaan yang ku ambil dibalas dengan majlis anugerah cemerlang di sekolah bagi setiap peperiksaan yang ku ambil, keputusan SPM dan STAM yang lebih membahagiakan ku…

Sementara menunggu keputusan kemasukan ke university, aku berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja dan pengalaman. Alhamdulillah, selama 5 bulan di sana, banyak cerita hidup ku tempuh, akhirnya aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Universiti. Itulah saat indah buat ibu..bilamana aku dan abang dapat tawaran masuk ke U serentak. Aku masuk dengan tiket STAM manakala abang dengan STPM. Perjalanan di university bnyak mengajar ku memahami setiap episode hidup. Di sini, aku bahagia sebab Allah kurniakan sahabat-sahabat yang baik berada di sampingku..syukur Alhamdulillah….

Apa yang ku harapkan tika ini..aku bisa memadamkan segala penderitaan ibu..ibu berhak untuk bahagia..kerna bahagia itu satu pilihan. “Rumahku..Syurgaku”..bisa terbina semula..
InsyaAllah….kami janji…


perjalanan kisah hidupku sangat berliku
cukuplah sekadar ini dapat dicoretkan
agar bisa ku ingati hingga hari tua ku
bila ku kembali menatap diari maya ini..



oleh: Teman Setia Ketenangan

No comments:

Post a Comment