Don't Judge the blog by it's followers

Thursday 25 July 2013

Cari Kerja

Selepas tamat belajar,perkara yang berada dalam fikiran saya sekarang ini adalah mencari pekerjaan yang sesuai. Zaman sekarang agak susah mencari peluang pekerjaan melainkan rezeki masing-masing. Sementara menanti “Hari jubah biru” oktober ini, saya agak runsing mencari kerja.
 

Seperti biasa, langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencari kerja adalah seperti:

Kadang terpengaruh dengan cakap-cakap orang.
“Kerja apa dah sekarang? “
“Oh, belum kerja, Cuma bantu mak berniaga “
Sahabat saya pernah tanya: kau buat apa sekarang?
Balas saya: oh tolong mak sambil tunggu peluang kerja.
Balasnya: peluang kerja??? Hahah dengan nada ketawa
Saya hanya mengiyakannya.
Kata dia: habis kau tolong mak kau tu, bukan peluang kerja ke? Tu pun kalau kau nak anggap tu peluang lah.
Saya agak tersentak dengan msg yang dibalasnya. Kata-katanya sangat membuka mata.
“aku ada ramai kawan yang parent mereka ada company sendiri, tapi mereka nak cari kerja luar berbanding kerja dengan parent” katanya lagi.
Walaupun kata-katanya berbaur gurauan, dia banyak meransang minda saya.
Itulah kata-kata orang, fikir secara negative ataupun positive!
Niaga dengan mak
Paling senang nak dapat duit adalah dengan berniaga benda yang mampu orang beli, ya..walaupun dengan secucuk cucuq codok (jemput-jemput pisang). Sehari RM 20 dalam tangan.
Bisnes online?
Ada jugak hari tu, saya menjual bedak arab di laman FB, Alhamdulillah walaupun stok yang diambil tak banyak, habis jugak dijual.
Berkelana mencari kerja
Saya dan teman bertebaran mencari kerja sekitar Sungai Petani. Tetapi masih tidak jumpa kerja kosong.
Borang
Ada dua tiga borang permohonan sebagai guru saya ambil, ada yang dah isi, ada yang belum dan ada yang dah hantar ada yang belum. Fikir secara tepat. Orang cakap just try..
Kerja bank
Kenalan mak minta saya mohon kerja di Bank Rakyat, katanya nak pakai orang. Tapi saya kata dekat mak: “ saya tak minat kerja bank mak”, dan saya beri alasan.
Temuduga
Temuduga pertama yang saya hadapi.
Saya berkelana ke Kuala Lumpur untuk interview di Tabung Haji. Walaupun syarat kelayakan untuk graduan yang sudah grad, yang penting usaha. Dapat tak dapat lain cerita, yang penting pengalaman interview. Tabung Haji sekarang dah korporat, tak macam dulu katanya. Time i.v ni ada 3 step yang diharung. Step 1: Ujian Fardu Ain, Step 2: Ujian bertulis B.Inggeris dan step 3 : Temuduga dengan 3 orang ahli panel. Time ni, ada 3 pula sesi. Pertama : sesi pengenalan diri. Kedua: topic perbincangan serta suarakan pandangan. Ketiga: Talk in English.
Tolak tawaran
Surat temuduga sampai di rumah. Selepas baca, hati tidak tergerak untuk pergi temuduga sebagai guru agama. Bukan kerana tidak minat mengajar. Tapi ada sesuatu yang lebih penting saya kena utamakan. Lagipun tempatnya di Klang. Kalau di sekitar K.L saya masih boleh menapak.
Kenapa tak minta kerja di tempat praktikal dulu?
Ada sesuatu yang tersimpan di hati lalu memberi kesan.

Bukan kerna memilih tetapi bukankah pilihan itu di tangan kita? dan saya yakin kepada Allah, ada sesuatu yang menanti di depan saya. Saya menunggu sesuatu yang diharapkan. Tetapi “ia” belum tiba.
Wallahualam.
-TSK

Sunday 14 July 2013

Cerpen Pilihan

Seperti mana yang saya katakan, saya tertarik pada buku yang berjudul ‘Cerpen’. Buku cerpen pertama yang saya miliki adalah buku bertajuk CERPEN oleh Khairulnizam Bakeri. Buku ini saya beli di Kedai Buku 1Malaysia di Pudu Sentral. Dan selepas itu saya terus membeli buku CERPEN oleh penulis yang lain tetapi satu penerbitan yang sama iaitu FIXI.



Setahu saya, Publisher FIXI adalah company penerbitan yang baru era ini. Selain itu saya juga menyukai LEJEN PRESS. Kedua company penerbitan ini mempunyai ciri-ciri yang sama. Karya penulisan mereka kreatif, santai dan entah bagaimana saya hendak gambarkan. Sebab perlu membaca terlebih dahulu dan menilainya.



Cerpen keluaran FIXI bersifat atau bertema urban dan kontemporari. Sehingga kini saya masih belum faham apa itu “Noir” dan “Pulp”. Sebab antara criteria atau syarat untuk menulis novel FIXI mestilah;
  • ·         Boleh buat noir, thriller, cinta 4 segi, cyber-punk
  • ·         Fikir ‘Pulp’
  • ·         Bahasa slanga dan celupar digalakkan tapi tidak dimestikan.

Selepas membaca buku-buku FIXI ini, gaya penulisan mereka sama. Dan mungkin istilah noir dan pulp itu sudah saya fahami semasa membacanya tetapi tidak terungkap makna secara terperinci.

Buku-buku keluaran mereka lebih diminati remaja-remaja abad ini lelaki mahupun wanita.

Dan bagi saya, walaupun nilai yang diketengahkan tidaklah terlalu berunsur Tauhid, ia menghiburkan dengan teladan yang diterapkan secara santai dan lucu serta memaparkan olahan cerita yang tidak dijangka/terlindung.

Hanya sampai di sini saya kongsikan. Itu adalah pendapat peribadi. Buku-buku cerpen ini saya baca untuk menceduk gaya penyampaian mereka untuk saya kembangkan daya pemikiran.
                                                   



Tuesday 9 July 2013

Panduan

Semasa teman adik hantar baju kerjanya di POPULAR Tesco semalam, mata sempat menerawang ke rak-rak buku yang tersusun kemas di situ. Sudut novel dipamerkan di hadapan pintu utama sebelah kiri. Namun ruang itu tidak menarik hati saya untuk menyentuh walau senaskah.

Kaki melangkah ke satu tempat yang lain. Mata melirik melihat judul buku yang tersusun. Akhirnya, saya terjumpa buku yang saya gemari. Pantang mata melihat perkataan ‘cerpen’ ‘menulis’ serta ‘penulis’ di muka hadapan kulit buku, pasti tangan terus memegang.

Buka dompet, selak-selak jika masih ada wang kertas yang terselit di dalamnya, niat di hati hendak membelinya walau macam mana sekalipun. Nasib baik dapat guna kad potongan harga sebanyak 10% yang dimiliki oleh adik. Itulah kelebihannya sebagai seorang staf di situ sebelum dia berhenti kerja.

“PANDUAN MENULIS CERPEN”…nah inilah buku yang saya perlu miliki untuk melebarkan sayap dalam karya cerpen. Penulis buku ini adalah Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia: Jasni Mat Lani.



Petikan kata di muka surat 181:

Bagi nelayan, pendayung sudah di tangan. Tetapi bagi kita sebagai penulis, mata pena sudah di tangan, ilmu juga sudah penuh di dada, justeru itu mulakan langkah  kita. tulis cerpen mengikut cara kita. latih diri bagi menulis setiap hari dan terus menulis”

Buku ini adalah buku keempat saya menelaah sebagai rujukan.