Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday 3 September 2013

Sabar dan Solat

"Ko dah abis pikir ke Maya nak kahwin ni, masih sempat lagi kot kalau nak batalkan" telah Kak Fida kepada Maya yang jari-jemarinya tengah merah berinai.

Maya terdiam. Nada sepupunya menggigit perasaannya. Esok hari bahagia buat dirinya seolah-olah kelam seketika.
"kenapa cakap macam tuu? salahkah saya berkahwin?"
"Tak salah, tapi ko kerja lah dulu cari duit tanggung adik-adik kau yang kecil lagi,... kau tuu anak sulung..mak ayah kau bukan orang senang" balas Kak Fida.

Berjurai air mata Maya di sebalik pintu kamar berhias pengantin itu. Hampir setiap kelaku isi rumah itu tidak meraikannya. Namun dia tetap tabah mempertahankan hati yang remuk tadi untuk kebahagiaan hari esok. Hanya ibunya tempat dia mengadu.
______

Laila dan sarah berkunjung ke rumah Maya malam itu. Sebagai teman yang rapat dengannya dari sekolah rendah lagi datang meraikan Maya.

"wah...berserinya kau Maya, dah bersedia ke ni?" ujar si dara Laila.
"InsyaAllah..berdebar jugak menanti esok pagi"
"Macam tak sangka pulak ye kau nak kahwin esok Maya..nanti sapa nak teman aku pergi beli teh ais di warung kak cantik tuu" usik Sarah, sahabat yang selalu bersama Maya.
Mereka ketawa sambil mengusik Maya.

"Laila, aku dapat rasakan sesuatu yang tak kena" bisik Sarah.
"maksud kau?"
"Maya...macam tak happy, mata dia merah..kau tak perasan ka?" soal Sarah.
"sebenarnya aku pun rasa macam tu jugak"

Habis sesi berinai Maya mengajak teman-temannya melihat keperluan di dalam bilik pengantin.
Pintu bilik dikunci rapat. Hanya mereka bertiga berkurung di dalam sangkar indah itu.

Tiba-tiba...
Maya mengalirkan air matanya di hadapan Sarah dan Laila. Cerita tadi diolah semula.

"kau sabar ye Maya, ni ujian untuk kau atas kemahuan kau sendiri, aku faham kedua belah pihak.. tak pelah kalau macam tuu kau buktikanlah kepada mereka walaupun kau dah kahwin kau masih boleh tanggung adik-adik kau nanti." pujuk Laila.

"Kenapa? Kalau dah kahwin aku tak boleh tolong adik-adik aku ke? bentak Maya.
"Dah..dah...jangan difikir lagi...esok hari bahagia kau, tak eloklah macam ni. pujuk Sarah pula.
"Malam ni je aku nak nangis puas-puas, aku berjanji pada diri aku yang aku tak kan keluarkan air mata setitis pun esok" Maya memesan pada dirinya.
"kami sentiasa di belakang kau, dah jangan sedih, esok mata bengkak pula, kan comot je nanti" senyum Sarah kepada Maya.

Pintu bilik diketuk. satu suara kedengaran. Mereka bertiga bersurai dari bersidang. Maya cepat-cepat sapu air matanya.

_____

selepas beberapa tahun..

"kak, Haikal nak pakai duit, kak boleh tolong tak?"
"nak guna berapa dik?"
"RM100 kak, nak bayar duit buku teks accounting"
"O.K baik esok, petang nanti kak bank in kan"
Telefon dimatikan.

"Maaf ya, kelas..adik saya telefon tadi. Kita di mana tadi?"
" Ciri-ciri Mekanisme pelaburan antara bank secara Islam Puan" Jawab salah seorang pelajar di dalam kuliah Kewangan Islam.

Maya kini bekerja di Universiti Darul Ulum sebagai Pensyarah di Fakulti Ekonomi Islam. Selepas tamat pengajian Degree nya, beliau melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi.

"ko dah fikir abis ke?, sempat lagi kalau kau nak batalkan" menerawang sebaris ayat itu di dalam fikiran Maya.

"Ya..aku dah buktikan pada semua, moga usaha aku sehingga hari ini diberkati Allah"

"adik...Kak dah masukkan duit RM1000, bahagi dengan yang lain ya, dekat mak dan ayah kak minta adik bagi mereka RM 500 ya" pesan khidmat ringkas dihantar.

Kakinya melangkah keluar dari Bank Islam .
"ya Allah..aku bersyukur padaMu, berkat solat dan sabar yang Engkau tunjukkan" getus hati Maya.
Berlinang airmatanya sambil memandu kereta menyusuri jalan.


No comments:

Post a Comment