Don't Judge the blog by it's followers

Monday 4 February 2013

Cerita Praktikal Part 1: oh Buletin


Hari kedua praktikal! Alhamdulillah…

Semalam…hari pertama bergerak ke tempat praktikal…seawal 6.30 pagi kami menunggu bas. Maka kelima-lima anak dara itu pun mulai langkah pertama mereka dengan perasaan gementar. Itulah ayatnya yang bisa digambarkan. Kami menuju ke stesen LRT Universiti untuk ke K.L sentral , dari sana kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan monorail pula, hentian maharajalela menjadi stesen kedua kami melangkah.

Terasa peluh membilas walaupun cuaca pagi itu sejuk. Kami berjalan kaki kembali untuk ke jalan kampung Attap. Di situlah tersergamnya bangunan yang bercat oren. Masing-masing mencari pejabat dan unit masing-masing. Sebenarnya, kami perlu berkumpul terlebih dahulu di paras 3 untuk bertemu dengan Cik Nabilah Abas selaku ketua Unit Perkhidmatan Staft. Di situ, kami diberi taklimat berkaitan praktikal. Akhirnya kami dibawa ke unit masing-masing.


Dan ini tempatku....selama 4 bulan


2 comments:

  1. salam. sy nak tnya, awk dulu praktial kat yapeim dulu bahagian apa dulu?
    sy dpt bhgian penyelidikan, tp x sure lg nak pergi ke tak sbb kat kl..

    ReplyDelete
  2. wslm..maaf baru perasan msg ni...kena bahagian penerbitan dan dokumentasi..=)

    ReplyDelete