Don't Judge the blog by it's followers

Thursday 7 April 2011

kenangan di perkampungan org asli...sungai chiong....


Program Integrasi Sosial merupakan program Sinar Gemilang siri ke 6 PERKIM UUM  dengan kerjasama dengan PERKIM Kebangsaan, Pusat Islam, Pihak COB UUM, Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Perak (JHEOAP). Program ini merupakan program ke perkampungan Orang Asli di mana ia adalah program luar dan merupakan Program wajib untuk  kelab PERKIM UUM.

Program ini melibatkan seramai 62 orang peserta termasuk ahli jawatan kuasa program dan 3 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, seorang pelajar dari KUITTHO dan seorang dari UiTM    Merbok.

Program ini bermula pada 7 haribulan Mei pada jam 9 pagi. Kerja mengangkut barang yang ingin dibawa ke perkampungan itu berjalan dengan lancar dengan bantuan dari peserta yang ada. Perjalanan ke Jeti Banding memakan masa selama lebih kurang tiga jam. Setelah sampai di jeti peserta menunggu ketibaan wakil dari PERKIM Kebangsaan untuk bersama-sama menuju ke kawasan program. Pelabagai kesukaran dialami dalam perjalanan ke tempat program seperti kerosakan kipas feri yang dinaiki, feri tersekat di dalam selut apabila hampir sampai di kawasan program kerana air dalam keadaan surut. Ketibaan peserta lewat ke kawasan program kerana kesulitan yang dialami. Setelah sampai peserta terus mendirikan khemah masing-masing berdekatan dengan padang.


Pada pagi hari kedua peserta mengalihkan khemah ketempat lain dimana khemah untuk peserta perempuan ditutup kerana peserta perempuan diberikan tempat untuk menginap  di surau, manakala peserta lelaki menginap di dalam khemah yang di dirikan di kawasan berdekatan dengan penduduk kampung. Khemah untuk aktiviti juga didirikan berdekatan dengan kawasan penduduk kampung. Pada tengahari pula pembahagian anak-anak angkat iaitu peserta kerumah ibu bapa angkat masing-masing. Pada sebelah petang pula riadah dijalankan berasingan peserta wanita dan lelaki dimana lelaki bermain sepak takraw dan bola manakala peserta perempuan pula menggunakan sungai sebagai tempat aktiviti seperti main bola air dengan penduduk kampung wanita. Pada sebelah malan hari kedua pula diadakan persembahan yang melibatkan pasukan orang asli dan peserta, di mana peserta mempamerkan bakat melalui persembahan dan orang asli mempamerkan kugiran untuk tatapan peserta. 


 Pada hari ke tiga pula paginya dimulakan dengan riadah pagi iaitu senam pagi, setelah itu diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk mengajar penduduk tentang tatacara berwudhuk, bersolat, pengisian dalam bersolat seperti sebutan Al-Fatihah, dan penambahan untuk tatacara sembelihan yang betul buat penduduk orang  Asli yang lelaki. Untuk kanak-kanak diajar cara-cara untuk menulis, melukis dan mengenal abjad, terdapat peserta- peserta yang menjaga anak-anak orang kampung yang masih kecil semasa ibu bapanya menyertai pengisian yang di berikan. Pada waktu makan tengahari peserta diminta makan bersama ibu bapa angkat di rumah masing. Pada waktu petang aktiviti lebih menarik iaitu explorace yang melibatkan sebahagian besar penduduk kampung. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti meniup tepung, penuhkan air dalam botol, menghias anak angkat dan sebagainya.acara ini mengeratkan hubungan peserta dengan penduduk kampung. Pada malamnya terdapat tayangan filem pendek Upin dan Ipin. Terdapat sedikit kesulitan daripada generator yang menyebabkan kelewatan sehiggakan terdapat penduduk yang balik meninggalkan tempat aktiviti.

Pada hari ke empat aktiviti agak ringan bermula dengan riadhah tatacara pertahankan diri, mengedarkan sumbangan untuk penduduk kampung seperti barangan keperluan harian, baju-baju terpakai dan telekong serta sejadah untuk kegunaan penduduk kampung. Manakala malamnya diisi dengan persembahan sewang, forum dan pemberian anyaman kepala kepada peserta.

Pada hari terakhir pula peserta mengemaskan barangan masing-masing untuk dibawa pulang sambil menunggu pegawai kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan terhadap penduduk orang asli seterusnya bergambar dan peserta pulang ke kampus semula. Alhamdulillah keseluruhan program berjalan lancar walaupun terdapat sedikit kesulitan membuatkan peserta lebih rapat antara satu sama lain.
kenangan terindah

-semoga Allah mengurniakan ketenangan dalam hati-hati kita dalam menggerakkan kerja dakwah =)

2 comments:

  1. Berapa jam menggunakan houseboat darijeti banding ke Kpg Sg Chiong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 3 jam sepatutnya..tetapi houseboat yang kami naiki mengalami kerosakan, dari pukul 5petang bertolak dlm jam 9 baru sampai ke destinasi ^^

      Delete