Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday 5 April 2011

Malam yang di gangu.......

<<<<<<<<<<<<<<<<<Assalamualaikum jamia'n<<<<<<<
buat sesiapa yg terbaca post ni...
alhamdulillah jari jemari ni masih mampu menekan keypad laptop jenama Dell Inspiron ( colour Hijau)....sambil kedengaran bacaan ayat suci Al Quran dari Syeikh Abdullah Al-Mathrood yang mengalunkan surah Al-Waqiah tatkala jurnal yang ku cari belum ku temui....rasa nak tulis something tetiba idea datang bersama buah fikiran yang x seberapa ni....di sini saya nak kongsikan sedikit pegalaman " malam yang diganggu"....tajuk bukan main lagi....heheh

straight to da point>>>>>



Malam itu bukanlah kali pertama aku dihimpit dan ditindih oleh satu makhluk ni....apabila setiap kali tido lewat malam atau terlalu letih..Ia mula menemani aku....tetiba ia menghimpit ku bersama bunyi2 yang xsepatutnya aku dengar....terasa tubuh ni hendak dibawa terbang je...tapi aku gagahkan juga dengan berzikir...utk melawan secara batin..walaupun secara zahirnya badan aku tak bergerak pon dek dipeluk oleh makhluk tu....dalam hati...alamak "dia"  datang lagi...ku kira malam 2 tiada lagi gnguan sebab sebelum tido aku mengibas katil terlebih dahulu...membaca ayat kursi dan sebagainya...tut...tut...

bila baru saja nk terlelap..rasa something je....badan pon mula la keras membeku....dalam hati Allah...Allah....lagi kuat ALLLLLaaaaaaHHHHHHHH......then..SUBHANALLLAH...berkali2...akhirnya 'dia"melepaskan tubuhku....bila buka mata ja wah.....akhirnya aku berjaya tewaskan serangan itu....

mata ku memandang tepat katil roomate..rasa nk je tido sebelah dia...tapi apakan daya..xkan nk ganggu dia pulak...

sambung tido>>>>>

time ni susah sikit la nk tido balik..takut2 dia dtg semula....aku cepat2 mengapai AlQuran dan tido sambil memeluk AlQuran....Alhamdulilah Allah bg ketenangan sebagai peneman ku di kala itu.....
________________________________________________

aku berkongsi berita ini bersama kwan2 di FB...ada yg bg cadangan dan komen membantu
salah seorang rakan FB ni...menghantar khidmat pesanan ringkas di ruang Message....

katanya:
buat masa ni...sentiasa baca maksurat,baca secara tartil dgn suara yg kuat....sentiasa baca surah al-baqarah,yasin,as-soffat krn surah2 ini paling ditakuti jin dan syaitan..masih tak jelas masalah anda..cuba cita secara jelas? 

aku membalas komen dia..dan menceritakan keadaan yg sebenar....secara ringkas...

message seterusnya::::::
tolong lihat tanda2 ni...kalau ada tolong cita yg mn satu?

A) Berpunca Daripada Jin
* Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
* Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
* Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
* Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
* Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
* Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia

* Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
* Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
* Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
* Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
* Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
* Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
* Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
* Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

1. Terlalu marah.
2. Terlalu takut.
3. Nafsu syahawat yang tinggi.
4. Manusia yang lalai.
5. Jahil

* Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
* Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

* Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
* Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
* Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
* Mimpi buruk yang menakutkan.
* Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
* Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
* Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
* Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
* Berdiri dan berjalan ketika tidur.
* Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
* Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
* Mimpi melihat makhluk halus.
* Mimpi melihat salib atau gereja.
* Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
* Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
* Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

* Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
* Hilang ingatan (Gila).
* Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
* Lesu dan malas.
* Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
* Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
* Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
* Lenguh sendi-sendi.
* Melihat sesuatu yang pelik.
* Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
* Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
* Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
* Jiwa lemah dan mudah mengalah.
* Selalu mengantuk.
* Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
* Mudah marah dan panas baran.
* Hilang darah.
* Agresif dan bertindak liar. 
memang tidak dinafikan tanda2 yang seorang rakan ni bg pernah berlaku terhadap diriku....sebelum ni pon adik selalu kena...

teringat kembali semasa aku bekerja dahulu...isteri cikgu besar tempat aku kerja dia kata mungkin ada bersangkutan dgn saka......Arrggghhh...sudah...malasnya nk amik tahu pasal saka2 ni...xcaya.....

saya yakin perkara yg terjadi pada saya ini ramai lagi yg alaminya...tapi sejauh mana kita usaha utk menjauhkannya dan mengelaknya dari terus berkuasa ke atas kita...so, sesiapa yg mengalami nasib yg sama..marilah sama2 kita terus berdoa kpd Allah agar diberi ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.....

>>>ketenangan itu satu kebahagiaan<<<<

sejauh mana kita mengecapinya......^_^

No comments:

Post a Comment