“Tulisan
Anis dah semakin matang, tahniah!” ucap sahabat satu kampus.
Dia adalah orang yang terlibat secara langsung
penubuhan blog ini. Sahabat yang banyak membantu saat saya sulit dalam
selok-belok dunia blog. Orangnya kuat membaca, tidak seperti saya. Gelaran Miss
Librarian sangat sesuai untuk saya gambarkan dia.
Bila
digali semula post-post yang lama, saya senyum dan ketawa sendiri. Tulisan macam
kanak-kanak yang bercerita tentang sesuatu perkara. Niat saya Cuma satu, iaitu
ingin berlatih menulis.
Walaubagaimanapun, saya masih dalam proses belajar. Belajar
menulis dengan baik. Kata guru penulisan saya, gaya bahasa saya perlu
dikemaskan lagi. InsyaAllah, mana yang kurang, saya akan baiki.
Saya
duduk di atas kerusi sambil menunggu pak cik yang menjual tiket bas di Puduraya.
Kaunternya kosong, tiada orang. Mungkin dia sedang rehat. Saya duduk di sebelah
dia. Seorang warga Bangladesh yang sedang menekan keypad handphonenya.
“Adik,
ada pen?” dia menegur saya.
“Ada,
sekejap.”
Dia pandang
saya lagi sambil segan-segan ingin bertanya lagi.
“Adik,
boleh minta tolong, tolong tuliskan nombor ini?”
“Boleh.”
Dia
hulurkan sekeping kertas dan pen tadi.
Usai
membantunya. Saya berfikir.
Pen,
kertas dan tulis.
Ya
Allah, jika ini tandanya. Saya perlu lebih bersemangat. Entah mengapa, minda
asyik berfikir sahaja adegan tadi.
Saya
tekad memilih jalan ini. Moga hati saya kian teguh merealisasikannya.
Belajar
dan terus belajar.
Seolah-olah petanda pula kan? Subhanallah. :)
ReplyDeletekak, sebenarnya ada lagi perkara yang anis rasakan macam petanda saja. huhu..Jika ini yang terbaik, Anis kena lebih bersemangat.
Delete