SAAT melodi diputar-putar tanpa henti, otak mula
bekerja mencari bait-bait ayat untuk disumbangkan bersama melodi. Biar senada lirik dan lagu. Katanya inspirasi kepada sahabat berkenaan harapan.
Kami
melakar tiap perkataan mengikut suku dan baris. Rupanya tidak mudah. Seni itu
banyak ragam dan penelitiannya.
Kebersamaan
kami merungkai kefahaman tentang inspirasi dan harapan akhirnya tercipta sebuah
lirik lengkap. Lalu diuji, dipadu dan diseragamkan. Kelihatan masih ada
skru-skru yang longgar.
Ganjaran
untuk sebuah lirik tidak dilihat pada nilaian ringgit yang dijanjikan. Tapi kesatuan
hati dan jiwa mendalami kisah sebenar yang kami lalui. Ya, tentang seorang
sahabat. kata seorang sahabat:
"jika mahu tulis lirik, ambil pendekatan diri sendiri lalu terjemahkan apa yang dirasa, itu lebih melekat di hati".
Lirik
yang dicipta juga atas dasar pengalaman hati. sesekali mengorek memori lalu. Makin
dikorek makin terhumban di liang kenangan. Teringat pada sahabat baik yang
menjauh. Perginya mengejar impian, membawa harapan lalu memberi inspirasi pada
kami.
Susunan
ayat itu hanya kami yang tahu. Atas kerahsiaan ianya tidak dapat didedahkan. Cukuplah
hanya kami yang melagukannya di dalam hati saat ini. Jika ada rezeki, kami
menanti ianya ke udara. Nah, saat itu hati pasti bergelumang bersama rasa.
Aksara
demi aksara dicantum menjadi siulan.
Dengar,
rasa dan tulis.
Menjadi
lirik.
-TSK-
No comments:
Post a Comment