Faizal Riduan, seorang penulis kanan majalah Milenia Muslim bertanya kepada kami
“ apakah sebab kita menulis”?
Kenapa kita menulis…sebenarnya..? pasti ada yang cuba mencari jawapan lengkap yang bisa menyakinkan orang yang bertanya bukan.
Jawapan yang diberi oleh Faizal Riduan sangat tepat…sebenarnya kita menulis tanpa ada apa-apa sebab kerana menulis yang baik adalah menulis tanpa sebab apa-apapun. Cara penyampaian Faizal Riduan di bengkel penulisan tadi sangat memuaskan hati saya, santai dan berilmu. Cara dia agak sama dengan prinsip saya di mana dia menyatakan supaya di dalam penulisan yang baik jangan terlalu terikat, berat, formal, terlalu mengikut skema, dan berulang-ulang. Begitu juga, pesan mak dulu semasa mengajar saya membuat karangan yang baik.
Di sekolah menengah dulu, ada rakan yang meminta saya “check” penulisan mereka, dan saya katakan, “jangan menggunakan ayat yang berulang-ulang, nanti pembaca akan boring”. Dan saya tidak suka menggunakan ayat-ayat yang telah lama orang gunakan. Maksudnya saya tidak suka guna benda orang lain dah guna dahulu, sebaliknya saya akan cipta ayat yang lain dari orang lain supaya nampak kelainan bila guru membaca. Seperti kata penulis kanan Majalah Milenia Muslim pagi tadi, menulis sesuatu yang berbeza, jangan menulis yang berulang-ulang.
Hari ini,profesion sebagai penulis tidak lagi dipandang ringan oleh masyarakat kita. Malah menulis dapat menghasilkan gaji yang lumayan bergantung kepada company yang akan membayar kita. Bayangkan jika satu artikel bersamaan RM 1000.00 dan bayaran yang paling rendah disebut oleh Faizal Riduan tadi adalah dalam RM100.00 untuk satu artikel, itu untuk kategori penulisan yang disiarkan di dalam majalah atau akhbar sekiranya mereka tertarik dengan penulisan kita. Untuk mendapat bayaran yang tinggi pastikan rencana kita hebat dan berbaloi. Penulis novel lain pula, bayaran mereka sangat tinggi berbanding penulis artikel dan rencana, namun seperti yang dikatakan tadi , penulisan kita boleh jadi mahal sekiranya penulisan itu sangat berbaloi.
Penulisan yang baik mesti disertakan bersama fakta dan cuba buat perbandingan supaya pembaca dapat berfikir dan menilai. Kita juga boleh nyatakan emosi kita di dalam penulisan. Ianya dibenarkan supaya pembaca terkesan dengan sesuatu isu. Membaca..membaca..mebaca…membaca dan menulis itulah formulanya.= 4:1.
Setiap dari kita adalah penulis, semua orang boleh menulis, untuk menjadi penulis formula yang terbaik adalah menulislah sekarang! Menulis secara spontan dan rasa itu akan lahir melalui bahasa dan kata. Jangan bertangguh untuk kesempurnaan. Jika tidak tahu bagaimana ingin dimulakan, tirulah gaya bahasa orang yang telah berkarya, dan berkaryalah anda.
“Berdirilah di bawah bayang-bayang orang lain sebelum anda menjadi penaung kepada orang lain”
Menulis ibarat seperti memasak, masaklah dengan mencipta resepi yang baru. Bila masak, kita pasti mahukan masakan itu sedap bukan? Penulis yang baik harus banyak membaca. Menulis tidak sama sepert matematik yang tersusun mengikut formulanya. Penulisan yang skema adalah yang mengikut kerangka lama. Selalunya, kita diajar dengan pengenalan yang memerlukan definisi, isi-isi penting dan kesimpulan. Penulisan itu adalah professional dan artistic ibarat kita melukis…bebas mencoret warna di kertas lukisan. Kadang kita melihat sebuah lukisan itu seperti tiada apa-apa nilai, tapi jika pandang dari sudut yang berbeza, setiap seni lukisan itu ada terjemahan maksudnya. Anugerah Allah itu pelbagai, ada orang pandai menulis dan bercakap, ada orang pandai menulis dan kurang pandai bercakap, dan sebaliknya.
“ perjanjian denga Allah, menulis untuk kebenaran sahaja”- Faizal Riduan
Saya terpesona dengan doa yang diminta oleh penulis ini di dalam solat hajatnya, di mana beliau membuat perjanjian denganAllah, jika benar beliau jadi penulis, akan menulis untuk kebenaran sahaja. Dan terbukti, Allah memakbulkan doanya. Maka tidak hairanlah jika ada penulis yang menerima kritikan hebat bila mereka menulis dan berpandangan. Kebenaran itu perlu disuarakan bukan menyembunyikan kebatilan. Dan satu lagi, beliau menceritakan zaman belajar dahulu, di mana disebabkan tidak mendapat biasiswa, beliau sedaya upaya menulis satu surat kepada Agong ketika itu dalam menyatakan hasrat berkaitan biasiswanya. Akhirnya satu sekolah kecoh disebabkan Agong menbalas suratnya…menarik bukan!
Saya teringat sewaktu di sekolah dulu, dapat surat dari seorang banduan penjara Pokok Sena. Setelah membaca nukilan yang saya coretkan di SKOR Berita Harian. Semua itu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Sejarah yang Faizal Riduan ceritakan bagaimana beliau terlibat dalam bidang penulisan sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya yang mana untuk menjadi wartawan atau penulis tidak semestinya memegang degree in Communication dan sebagainya. Bidang studynya jauh lari bidang penulisan. Beliau membuktikan student Human Resourse juga boleh menjadi penulis. Inilah yang dikatakan bakat tidak memerlukan degree! Akhirnya beliau menjadi senior writer Milenia Muslim.
Antara artikel beliau yang dibekalkan kepada kami adalah seperti:
“Rambut panjang, akal pendek”
“Rakyat Malaysia penagih tegar membeli-belah”
“Rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun?”
“Berfikir di luar peti undi”
“Relevensi di sebalik cuti umum”
“undi sampah”
“Temu terumbu di Tioman”
“menghisab Nisab”
Inilah lapan artikel terbaik beliau hasilkan dan saya andaikan yang berjaya memberi kesan di dalam hidupnya selain melonjak nama beliau di layar penulisan. Ingat! Menulis itu best…pesan beliau. Menulislah walau pembacanya kurang. Fenomena masyarakat kita yang kurang membaca sangat terserlah. Budaya membaca tidak dihidupkan dalam diri masing-masing, sebaliknya budaya percakapan yang mana tidak pernah mengubah apa-apa itu lebih disantapi mereka.
Wallahua’lam…
Anis Sakinah Azizan
-Coretan dari Bengkel Penulisan artikel dan berita
4 mei 2012
4 mei 2012
tenkiu atas perkongsian ini...saya juga kadang-kadang tak tahu apa sebab saya menulis. saya tak mahu menipu, jadi saya harapkan penulisan itu jujur dari hati. kenapa saya menulis? saya pun tertanya-tanya. Mungkin sebab saya tak mahu jadi nyanyuk lalu saya menulis.
ReplyDeleteyup betul..kita menulis sebab suka-suka...sebenarnya penulisan ini ibarat anak kita sendiri. kita yang mencorakkannya.
ReplyDeletepenulisan adalah satu kejujuran...maaf baru perasan komen ini ^^