Don't Judge the blog by it's followers

Sunday, 13 May 2012

"Bila hati berbicara.."

Seawal jam 8 malam saya kira-kira, mahasiswa UUM telah membanjiri Dewan Seminar Pusat Islam bagi menyaksikan penampilan sulung ustazah Fatimah Syarha bersama suaminya Dr Farhan Hadi di UUM dalam forum “Bila hati berbicara…”anjuran Dewan Penginapan Pelajar TNB dan Sime Darby. Tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya menerbangkan pasangan ideal novelis ini ke utara.

“Bicarakan hati pada Allah untuk selesaikan apa-apa yang belenggu dalam jiwa kita”
Hati terhibur sejenak melihat pasangan bahagia ini saling memuji di antara satu sama lain sehingga saya terkesima mendengarnya, misi mereka dalam menyebarkan bahagia menunjukkan baitulmuslim yang berjaya harus ditebarkan dan dibuka sayap-sayap kebahagiaan itu untuk mengajak masyarakat Muslim hari ini dalam mengemudi rumahtangga dengan matlamat yang jelas.
Perkahwinan  bukan hanya sekadar melafazkan akad nikah dan berkasih-sayang sahaja. Sebaliknya, kita perlu melihat institusi perkahwinan itu sebagai batu loncatan dalam membina masyarakat Muslim yang bermatlamat. Ianya merangkumi segala aspek iman dan takwa. Baitul Muslim itu kemas dikecapi andai matlamatnya demi berbakti kepada agama Islam. Jadikan ikatan suami isteri sinergi yang bergabung untuk Islam. Pembinaan keluarga untuk memberi impak kepada orang lain!
Wahai calon-calon pengantin sekalian, kita punya masa untuk meluruskan niat menuju gerbang kebahagiaan dengan sedikit pencerahan petunjuk jalan mawardah, mahabbah dan sakinah dalam mendaki puncak kebahagiaan yang hakiki. Adakah kita bakal membina sebuah perkahwinan yang biasa-biasa sahaja yang bekeluarga, melahirkan zuriat tanpa ajaran agama dan didikan akhlak yang mulia diterapkan ke dalam diri anak-anak kita? Sememangnya dilema abad milineum ini mencabar dalam membesarkan permata-mata hati harapan bangsa  dan agama. Maka, demi melahirkan zuriat yang soleh dan solehah, marilah kita membina perkahwinan yang luar biasa. Kita terlebih dahulu menyolehkan diri kita dan bukannya sekadar menyolek diri dalam cerminan fizikal. Pemantapan rohani perlu dikebalkan demi menepis anasir durjana yang sering menghinggap jiwa-jiwa kita.

Cinta itu fitrah…tapi jangan biarkan ia terfitnah..Islam tidak membunuh fitrah sebaliknya menyalurkan fitrah ke jalan yang selamat.
Wahai insan yang dilamun cinta, lihatlah pada kejelikan makhluk yang engkau puja itu, pasti engkau tidak lagi mengaguminya lantaran yang indah dibayang hanya sekadar di depan matamu. Kesempurnaan hanya milik tunggal yang Esa. Begitulah untuk mengurang kegundahan serta keresahan hati mengingati makhluk dan sebaiknya ingat akhirat yang paling utama. Bercintalah secara terhormat!
Bertahanlah demi membuka pada saatnya..jelas ustazah Fatimah syarha dalam diolag diskusinya. Bercinta dengan bermujahadah pasti natijahnya manis!
Berbalik kepada topik utama kita tadi tentang bila hati berbicara..pastinya hati-hati kita selalu berbicara bukan? Adakah bicaranya tentang dosa, pahala atau sebaliknya. Hati yang kerap sedih kerana selalu tidak bersama Allah. Ya..tepat sekali, masalah hati berpunca dari dalam hati kita. hati kita yang merindui Ilahi meronta-ronta untuk tenang bersama mengingati Allah. Masalah hati disebabkan kita tidak bersama Allah, itulah kuncinya. Maka marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan hati yang penuh kecintaan kepadaNya.

Carilah hati dengan membaca Al-Quran
Carilah hati dengan solat
Carilah hati dengan mengingati mati
Carilah hati dengan meminta hati yang baru.

Anis sakinah Azizan
Coretan dari forum “bila hati berbicara”
12 mei 2012

No comments:

Post a Comment