~```Buat sahabtku AnNisa' Kinah...carilah bahagia dalam hatimu```~
... Sahabatku
andai hatimu dalam tanda tanya
jawablah ia dengan zikirullah
... biar tidak bertemu pada jawapan
namun bisa ketemu pada ketenangan
ku tahu dalam riak wajahmu
terukir dengan penuh gunda gulana
biarpun cuba kau sembunyikan
namun jelas mempamerkan
ku tahu dalam hati kecilmu
mencari sebuah erti
dan sekelumit impian dan harapan
janganlah ia menjadi raja
hingga merampas erti kebahagian
pandanglah jauh di langit biru
ada penguasa hari pembalasan
yang menjadi sumber kekuatan
kerana yakinnya kita
cinta mana yang lebih utama
ku tahu pencarianmu itu fitrah
namun janganlah di salut dengan kealapaan
mungkin diam dirinya lebih baik
agar tidak memesongkan hatimu
sahabatku yang ku kasihi
andai dirimu dalam kebuntuan dan keresahan
selamilah kembali hatimu
sanggupkah engkau khianati
getaran bicaranya
bahawa kegelisahan hatimu
tidak merelakan dirimu
terus hanyut dalam gunda gulana
nasihat dariku buat sahabatku
carilah ketenangan dalam hatimu
serahkan cintamu pada pencipta cinta
bukti engkau mencintai cinta
kerana akan tiba saatnya
jawapan akan hadir meraih dirimu
bilamana kejernihan kembali pada hatimu
bukan menyerah sebelum berjuang
tapi langkah bijak telah kau atur
hiasilah dirimu
tanda kau telah bersedia
memasuki satu gerbang
yang akan menguji imanmu
andai kini kau masih goyah
nilai kembali dirimu
adakah sudah bersedia menepuh satu keadaan
yang mungkin mencabar keterbatasannmu
Sahabtku yang di sayangi
yakinlah masa itu akan tiba
teruskan perjuanganmu
andai saat ini kau lemah
kami para sahabatmu
sedia menghulurkan tangan membantu
ayuh sahabtku bangkitlah
cekalkan hatimu...
_aku rindu sayang kamu..ku lihat engkau meraihkan sahabatmu dengan membuatkan mereka tersenyum_
pena hijau & zah langitbiru |
syukran sahabatku...Zah langitbiru
No comments:
Post a Comment