Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday, 27 December 2011

Air Mata Kenangan Bersamanya..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini saya membubarkan barisan kepimpinan Kelab PERKIM UUM sesi 2010/2011...”

Belum sempat kata-kata itu berakhir, rasa ingin pekakkan telinga dari terus mendengar ucapan dari YDP omar...berat sungguh hati ini..namun apakan daya itulah realitinya....
Maka dengan itu, berakhirlah jawatan “Timbalan Setiausaha Kelab PERKIM UUM sesi 2010/2011.”..

Kami terus berbaris di hadapan tanpa wajah memandang ke depan seolah menyembunyikan riak wajah yang dibasahi air mata. Ya Allah ...aku sangat menyayangi detik indah bersama PERKIM. PERKIM adalah keluargaku....

airmata pon mengalir
mengenang detik yang tak kan kembali
semoga doaku
buat kita bersama
kerna kita adalah sahabat sempurna


Dua tahun memegang jawatan dalam PERKIM, segala pahit maung, suka duka tersirat di situ. Sukar rasanya untuk dirampas, rasa tercalar namun tidaklah untuk retak.

sukar melepaskan..
umpama melepaskan burung terbang di awanan
tapi itulah realitinya
tidak selamanya burung akan terkunci di dalam sangkar

ku pasti merindui saat gemilang itu
walau gemilang itu hanya sekejap
cukup sejuta makna

Pada mulanya, wajah masih segar biasa menatap dan mendengar ucapan demi ucapan dari penasihat kelab (Ustaz Ridhuan), ucapan dari ustaz Yusnaidi, dan ucapan dari YDP yang bakal bergelar mantan tidak lama dari itu.
Us.Ridhuan Boss
YDP Omar

Us Yusnaidi


Seterusnya, setiausaha agong 1 membentangkan laporan aktiviti kelab keseluruhan sepanjang tahun dan laporan kewangan oleh bendahari agong. Selepas itu...seakan detik itu makin hampir....
s/u 1-zulfarid
azizah-bendahari agung

Tiba-tiba...

Video korporat serta video aktiviti yang menayangkan coretan dan rentetan program sepanjang tahun membuatku terus hiba, anak mata langsung tidak berkelip, umpama tidak mahu terlepas pandang walau satu selingan anak mata. Terus berderai jernih air mata membasahi pipi, itulah detik yang sukar dilupakan. Tersadai ku bersendirian mengalir air mata kerinduan. Satu per satu diperlihatkan...di depan mata. Segala usaha penat lelah dikongsi bersama. Pengalaman yang amat bermakna, terkenang kembali detik berusaha mengerakkan satu program demi satu program.

Kemudian, pelantikan baru diumumkan.....

YDP baru, Syafiq mengumumkan barisan kepimpinan baru bagi sesi 2011/2012,,,,
Satu per satu nama disebut..namun ku terus ingin menundukkan wajah..seolah tidak mahu melihat barisan kepimpinan baru yang terbaris di depan ku....ya Allah perasaan apakah ini???

watikah pelantikan YDP-sesi ikrar "Aku Janji" serta sesi menandatangani perjanjian
( berpindah lah kuasa dengan secara rasminya)

Air mata terasa tidak henti mengalir, kami berpelukan antara satu sama lain. seakan terpaksa menerima satu suratan yang telah ditetapkan. Beratnya hati tuk menerima kenyataan. Tapi ku yakin setiap permulaan ada pengakhirannya. Begitu juga dengan hayat kita sebagai manusia.

Airmata semalam yang berderai
dari lorong anak mata
Turut mengimbau segala kenangan
Satu per satu seolah diperlihatkan
Tunduk menahan mata
Agar di depan sana
Hanya mimpi indah yang tak kan mekar
Pertemuan sudah bertemu
Perpisahan bakal memisah
Saat masa bersemi
Rinduku…usahlah dikau pergi
Dekatlah di kalbuku
Agar ku terus bangun semula
Mengutip tiap kenangan

Ucapan tahniah buat yang bakal dilantik dan takziah diucapakan buat yang bergelar mantan, dua tahun bersama PERKIM seperti malam semalam yang baru dilahirkan, masih segar terbayang bagaimana Allah memilihku untuk bersama dengan Kelab PERKIM. Terima kasih Ya Allah kerna Engkau selalu temukan hamba dengan insan-insan yang baik berada di sampingku. Rasa beruntung berada bersama biah itu. Akan ku hargai setiap pengalaman yang dikutip, agar ku bisa kumpul untuk dibawa ke suatu tempat. Terima kasih buat  kak husnida kerna telah membimbing serta memberi tujuk ajar dalam membuat kerja sebagai s/u, walaupun pengalaman first time buat surat-surat program amat menyakitkan ketika itu seingatku semasa semester 1, namun itulah permulaan dari pembelajaranku yang sebenar. Susah payah sebelum ini telah membuahkan hasilnya. Bagi adik-adik yang baru, usahlah mengeluh jika diri terasa penat dan lelah...hargailah detik itu kerana dari situ adalah proses pembelajaran kita.

Baik...sekarang tiba masanya untuk mengesat segala air mata.....jom kita ceriakan hati yang lara dengan senyuman..^______^. Tak nak sedih-sedih dah.....kalau nak sedih..sedih dalam hati je kan.....


barisan kepimpinan lama.

jom ceriaaaa.....

ceria kembali-detik indah yang tak kan ku lupakan


slogan"PERKIM Dekat Dihati" akan sentiasa di hati dan diingati....

Terima kasih juga kepada orang yang buat sijil nii....suka sangat...


Dannnnn.....jaket korporat ni....akan sentiasa pakai...hehe



juga fail ni...yang dah berpindah kuasa ke tuan dia yang baru..^_^


akhir sekali...kenangan barisan MT bersama TNC UUM...dalam program lawatan korporat

Barisan Majlis Tertinggi Kelab PERKIM UUM sesi 2010/2011


dari depan kiri:miska,Datuk faiz, Ydp Omar
belakang dri kiri: saidatul,liya,anis,azizah,syafiq,zulfarid, d
an qayyum (tiada dlm gambar sbb dia yg amik gambar ni..hehe)




potret kenangan


 

Wallahualam....


6 comments:

  1. assalamualaikum..insya allah, allah tidak melihat hasilnya tapi allah melihat usaha yang telah kita lakukan dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  2. Bismillah walhamdulillah..moga diri tetap tabah dengan segala yang dirancangnya.Memang perit untuk terima tapi itulah yang akan terjadi,semua apa yang kita miliki,pada suatu hari nanti,semua itu akan pergi..yang ada jejak2 yang telah kita tinggalkan.Dan moga segala jerih perih dalam memperjuangkan mutiara-mutiara dakwah islam akan mendapat keberkatan dariNYA.semoga ukhwah antara kalian akan mantap..(^_~)senyum wahai saudari..sama2lah sokong dan memperjuangkan mereka yang ingin memperjuangkan agama ALLAH..bukan sekadar perkim,pusat islam,sahabat masjid,malah beribu-ribu lagi yang turut rasai ukhwah di antara mereka yang berukhwah..manisnya ukhwah bila kerana ALLAH..syukurlah kerana dipertemukan seperti ini..

    ReplyDelete
  3. to zaujah muhammad: waalaikumussalam...insyaAllah semoga usaha itu dipandang oleh Allah....semoga diri ini sentiasa istiqomah dalam perjuangan islam....

    to Mujahadah: terima kasih kak fatihah...anda juga merasainya kan...bilamana diri terpaksa menerima sesuatu yg sukar dilupakan...hnya air mata merinduinya...semoga jejak2 itu terus melangkah walau kaki itu sudah tiada...=)

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum, biasalah kehidupan pertemuan akan ada perpisahan, kenangan yang akan dibawa bersama...semoga terus menyumbang bakti walau di mana jua berada....

    ReplyDelete