Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday, 27 December 2011

Air Mata Kenangan Bersamanya..

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..dengan ini saya membubarkan barisan kepimpinan Kelab PERKIM UUM sesi 2010/2011...”

Belum sempat kata-kata itu berakhir, rasa ingin pekakkan telinga dari terus mendengar ucapan dari YDP omar...berat sungguh hati ini..namun apakan daya itulah realitinya....
Maka dengan itu, berakhirlah jawatan “Timbalan Setiausaha Kelab PERKIM UUM sesi 2010/2011.”..

Kami terus berbaris di hadapan tanpa wajah memandang ke depan seolah menyembunyikan riak wajah yang dibasahi air mata. Ya Allah ...aku sangat menyayangi detik indah bersama PERKIM. PERKIM adalah keluargaku....

airmata pon mengalir
mengenang detik yang tak kan kembali
semoga doaku
buat kita bersama
kerna kita adalah sahabat sempurna


Dua tahun memegang jawatan dalam PERKIM, segala pahit maung, suka duka tersirat di situ. Sukar rasanya untuk dirampas, rasa tercalar namun tidaklah untuk retak.

sukar melepaskan..
umpama melepaskan burung terbang di awanan
tapi itulah realitinya
tidak selamanya burung akan terkunci di dalam sangkar

ku pasti merindui saat gemilang itu
walau gemilang itu hanya sekejap
cukup sejuta makna

Pada mulanya, wajah masih segar biasa menatap dan mendengar ucapan demi ucapan dari penasihat kelab (Ustaz Ridhuan), ucapan dari ustaz Yusnaidi, dan ucapan dari YDP yang bakal bergelar mantan tidak lama dari itu.
Us.Ridhuan Boss
YDP Omar

Us Yusnaidi


Seterusnya, setiausaha agong 1 membentangkan laporan aktiviti kelab keseluruhan sepanjang tahun dan laporan kewangan oleh bendahari agong. Selepas itu...seakan detik itu makin hampir....
s/u 1-zulfarid
azizah-bendahari agung

Tiba-tiba...

Video korporat serta video aktiviti yang menayangkan coretan dan rentetan program sepanjang tahun membuatku terus hiba, anak mata langsung tidak berkelip, umpama tidak mahu terlepas pandang walau satu selingan anak mata. Terus berderai jernih air mata membasahi pipi, itulah detik yang sukar dilupakan. Tersadai ku bersendirian mengalir air mata kerinduan. Satu per satu diperlihatkan...di depan mata. Segala usaha penat lelah dikongsi bersama. Pengalaman yang amat bermakna, terkenang kembali detik berusaha mengerakkan satu program demi satu program.

Kemudian, pelantikan baru diumumkan.....

YDP baru, Syafiq mengumumkan barisan kepimpinan baru bagi sesi 2011/2012,,,,
Satu per satu nama disebut..namun ku terus ingin menundukkan wajah..seolah tidak mahu melihat barisan kepimpinan baru yang terbaris di depan ku....ya Allah perasaan apakah ini???

watikah pelantikan YDP-sesi ikrar "Aku Janji" serta sesi menandatangani perjanjian
( berpindah lah kuasa dengan secara rasminya)

Air mata terasa tidak henti mengalir, kami berpelukan antara satu sama lain. seakan terpaksa menerima satu suratan yang telah ditetapkan. Beratnya hati tuk menerima kenyataan. Tapi ku yakin setiap permulaan ada pengakhirannya. Begitu juga dengan hayat kita sebagai manusia.

Airmata semalam yang berderai
dari lorong anak mata
Turut mengimbau segala kenangan
Satu per satu seolah diperlihatkan
Tunduk menahan mata
Agar di depan sana
Hanya mimpi indah yang tak kan mekar
Pertemuan sudah bertemu
Perpisahan bakal memisah
Saat masa bersemi
Rinduku…usahlah dikau pergi
Dekatlah di kalbuku
Agar ku terus bangun semula
Mengutip tiap kenangan

Ucapan tahniah buat yang bakal dilantik dan takziah diucapakan buat yang bergelar mantan, dua tahun bersama PERKIM seperti malam semalam yang baru dilahirkan, masih segar terbayang bagaimana Allah memilihku untuk bersama dengan Kelab PERKIM. Terima kasih Ya Allah kerna Engkau selalu temukan hamba dengan insan-insan yang baik berada di sampingku. Rasa beruntung berada bersama biah itu. Akan ku hargai setiap pengalaman yang dikutip, agar ku bisa kumpul untuk dibawa ke suatu tempat. Terima kasih buat  kak husnida kerna telah membimbing serta memberi tujuk ajar dalam membuat kerja sebagai s/u, walaupun pengalaman first time buat surat-surat program amat menyakitkan ketika itu seingatku semasa semester 1, namun itulah permulaan dari pembelajaranku yang sebenar. Susah payah sebelum ini telah membuahkan hasilnya. Bagi adik-adik yang baru, usahlah mengeluh jika diri terasa penat dan lelah...hargailah detik itu kerana dari situ adalah proses pembelajaran kita.

Baik...sekarang tiba masanya untuk mengesat segala air mata.....jom kita ceriakan hati yang lara dengan senyuman..^______^. Tak nak sedih-sedih dah.....kalau nak sedih..sedih dalam hati je kan.....


barisan kepimpinan lama.

jom ceriaaaa.....

ceria kembali-detik indah yang tak kan ku lupakan


slogan"PERKIM Dekat Dihati" akan sentiasa di hati dan diingati....

Terima kasih juga kepada orang yang buat sijil nii....suka sangat...


Dannnnn.....jaket korporat ni....akan sentiasa pakai...hehe



juga fail ni...yang dah berpindah kuasa ke tuan dia yang baru..^_^


akhir sekali...kenangan barisan MT bersama TNC UUM...dalam program lawatan korporat

Barisan Majlis Tertinggi Kelab PERKIM UUM sesi 2010/2011


dari depan kiri:miska,Datuk faiz, Ydp Omar
belakang dri kiri: saidatul,liya,anis,azizah,syafiq,zulfarid, d
an qayyum (tiada dlm gambar sbb dia yg amik gambar ni..hehe)




potret kenangan


 

Wallahualam....


Saturday, 24 December 2011

Di sini terukir kehijauan siri ke-2




"Ku harap persahabatan kita
sesegar hijau daunan yang masih mekar
Bukannya seperti daun-daun tua yang dimamah ulat
Biarlah sinaran mentari pagi menyiramnya
Walau jernih air tidak menghujan
Namun tetap segar ditiup bayu
Umpama tak lapuk dek hujan
Tak lekang dek panas…."

Sebenarnya….banyak sangat nak tulis di ruangan kali ini….tapi satu per satu ayat mulai tersusun…fikiran mulai merakam bai-bait ayat untuk diceritakan…oppppsss…bersajak lagi…..
Ok..ok…fine…straight to da point……
Sebenarnya ni adalah entry kesinambungan kepada entry klik kt sini kalau nak tgk...., ni kira edisi ke-2 lah
Perancangan pon dah dibuat umpama sebulan yang lepas...punyalah excited kan nak  pergi games before final exam...akhirnya terlaksana..dengan izin Allah swt...terima kasih ya Allah kerna memberi kami ruang dan waktu lapang...tak terbalas nikmat yang Engkau berikan.


Ya Allah Ya Tuhan kami,
Kau jadikanlah permulaan hari ini segala keberkatan bagi kami,
Pertengahan hari ini segala kebaikan bagi kami,
Dan kau akhirilah hari ini dengan segala kerahmatan bagi kami,

Tempat berkumpul di Masjid Badlishah UUM...dalam perancangan pada jam 7.30 pagi...tapi....tunggu kemunculan sorang demi sorang yang bagaikan anak  raja amatlah memerlukan sedikit kesabaran di situ...(macam terkena batang hidung sendiri pulak..hehe)..

kami berkonvoi dari UUM ke Arau dengan kereta dan motor...seronok sangat....^_^


Sampai-sampai je kat sana..dah nampak mak cik-makcik sedang menunggu kami dengan segala persiapan tuk memasak ada yang tengah kupas bawang..siang ikan keli..memasak di dalam...memang meriah..hehhe..



si kelly

Sempat temu ramah makcik..pasal ikan keli ni.....kata makcik: ikan keli ..jangan dibuang ekor n siripnya sebab kelazatannya terletak disitu.....tahukah anda????

Ikan keli ni pon dah siap mandi....tunggu nak bakar je....n dibuat gulai (kari)....

Seterusnya--------->


Sesi mengait kelapa oleh geng muslimin...jom tengok..agak-agak..ada bakat tak jadi orang kampung....kih3...



inilah hasilnyaa....

ni lah kelapa pandan yang terasa pandannya...2 in 1....
Banyak sangat makanan yang disediakan oleh mak farid (alang).....jom scroll ke bawah.....

som tam (kerabu mempelam)


ikan keli terbakar

bubur kacang


gulai ikan
ayam hangus terbakar
ikan utk buat buat kuah laksa

Kami juga sempat mencuri tulang pergi ke sawah menikmati kehijauan padi yang bakal berbuah...jom bergambar.......
padi....cepatlah masak


padi yang subur menghijau....

seronok main dalam padi


 Selepas menunggu kaum muslimin selesai menunaikan solat Jumaat....tibalah masanya untuk menjamu selera.....ayuh...jom kita makan pulak........





Sekarang .......rasa-rasa...nak buat apa ek....hehe....jom mainnnnnnnnn............

petang pun dah berbuah teduhnya..maka dengan itu amatlah sesuai untuk menikmati petang yang indah di perkampungan yang menghijau dengan sawah padinya...suara kami cukup jelas menghalau ikan yg berenang-renang di tepian parit.....waaaahhhh...ayat apakah ini......ni lah ayat orang yang tgh tulis blog ni..bila dilanda kemengantukan....

ok...jom nikmati bumi yang hijau.......




-Memerhatikan keindahan alam itu menambah harga diri.





oppppsss…jom minum petang.....



Tercapai juga hasrat nak makan ais krim kan…dan akhirnya….dapat merasainya..terima kasih sangat-sangat kt Alang serta keluarga yang sangat baik melayan kami sebagai tetamu..semoga penat dan lelah semua yang terlibat mendapat ganjaran dari Allah swt..tak mampu kami nak membalas atas semua kebaikan yang dicurahkan. Dari pagi sampailah ke petang…kami berkampung di sana….mak cik, pakcik, tok,tok wan semua sangat lah sporting, baik dan ramah….dah macam family sendiri..seronok sangat dapat menjalinkan silatulrahim dengan keluarga Alang…semoga Ukhwah ini berkekalan atas nama Allah.

Terima kasih semuanya.....kenangan bersama tetap di ingati......

pengarah program kita-Alang.....



akhir kata:
“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka

-Teman setia Ketenangan

Sunday, 18 December 2011

Shooting Di C-Mart Changlun


Semester kali ni betul-betul menguji kekuatan diri kan..kenapa ye..semua benda rasa macam tak complete je...rasa kelam-kabut....berbanding semester2 yang lalu...tahla..mungkin perasaan saya je kot...bila dah tekanan sampai ke otak mula la badan terasa letih....pas tu..mula la mencari sesuatu yang boleh buat kita berhenti berfikir....

nak tahu......jeng-jeng......

kita buat-buat shopping sekejap....walaupun xda barang nak beli.....

lokasi: C-Mart Changlun...
actually..time ni keluar cari barang tuk program....sambil kepeningan mencari barang tuu...enjoykan diri sekejap bersama adik-beradik tersayang....


bukan sekadar lakonan

Lalu je kat bahagian bahan mentah ni...rasa cam nak cari bahan tuk masak pulak..tapi fikir-fikir balik....nak cari mana dapur..nak harapkan rice cooker..leceh...huhu..bila la dapat buat "steambot "....kan..mesti sedap...


time ni tgh "shooting" dlm c-mart..hehe
habis sayur dikerjakan kami.....


pergi mana pon..kami mesti kecoh...kalau tak kecoh tuu..bukan kami lah..heheh harap-harap ada yang selesa lah ek...

ok..baiklah..sebenarnya nak cakap....time ni tengah boring sangat-sangat..sebab menunggu sahabat yang sorang lagi tuu..hanta barang balik UUM...almaklumlah naik kereta kancil je...beli barang tuk program berkotak-kotak....mmg lawak lah....penuh kereta..kapasiti kereta masa tuu leh naik sorg je...hanya driver je..yang lain kena tunggu second round....n ada yang naik moto....







penat sudah kita buat-buat shopping..akhirnya tekak terasa panas di situ...so ada idea x.....

semua dah bagi idea ni....siap tunjuk lagii....

agak-agak tanganlah siapalah ni kan....sangat musykil
 jom kita makan ramai-ramai....

(gambar makan ais-krim tak dapat dipublishkan..atas sebab-sebab tertentu @_@)

Begitulah al-kisahnya.....wallahualam...


-seronok mengukir cerita antara aku dan mereka..kerna punya banyak cerita tersendiri...
mereka menghiburkan diriku tatkala aku bersedih...mereka berada di sisi menemani siang dan malam ku....mereka telah mengukir senyuman di bibir ku hingga hari ini...semoga Allah panjangkan jodoh kami bersama..amiiinnnnn

Friday, 16 December 2011

Bila Keseteresan Melanda

Bismillahirrahmanirrahim…..
Kalam mulia ku buka bicara tanpa suara ini…
Agak lama tidak bercerita di ruangan maya ni kan…recently, asyik post tentang puisi je kan….almaklumlah kita bersastera kejap….sebab permintaan hati macam tuu…so kena layan jelah kan….
Baik…kita tak mau dah sedih-sedih ni..walaupun baru saya sedar buku teks f.m saya hilang…ujian..ujian…lagi berapa minggu nak exam….tetiba buku hilang..sangatlah pelik..di mana letak pon tahu….semoga Allah permudahkan daku dalam menemui kembali buku tersebut..hanya doa dan harapan ku sandarkan pada ya Rabb….(amiiiiin)
Minggu yang dilanda keseteresannnnn……………
Sejak selepas cuti pertengahan semester yang lalu, dihujani dengan program..program..dan program..tanpa henti..sampai kadang-kadang berjenaka sekejap dengan sahabat..”eh minggu depan  xde program ke….??...rasa janggal pulak bila tak xda program….hahha..
start program ziarah hospital Sg.Petani, Bengkel Dakwah, PERKIM Le Tour De DPP, Persidangan MAMPU, Program bersama komuniti masyarakat Siam, PERKIM Integrated Challeges, yang terbaru..ni MISSCALL 4 dan akan datang AGM PERKIM....pastu Sinar Gemilang 9 Ke kampung orang asli dan InsyaAllah terbang ke sabah sekiranya ada rezeki.
Setiap minggu dipenuhi dengan program...tapi Alhamdulillah...ada hikmahnya juga disebalik itu, ukhwah kami semakin erat..kalau boleh hari-hari nak jumpa dan wajib jumpa...kalau tak jumpa rindulah jawabnya.....di sebalik kesibukan tu, sempat lagi kami "games".....itu yang bestt....release tension org kata....games jelah ke mana-mana pon...ke Changlun atau sebagainya...
Bila stress..naik kereta pusing sampai Jitra..haaa..tu paling best....
roundabout kt Jitra
Bila berserabut dengan assigment,kuiz dan sebagainya....ditambah pulak dengan program-program yang kena handle..mulalah hati dan fikiran jadi lemas. Tapi apa yang penting..kita cuba selaraskan kedua-duanya dengan baik. Macam mana nak selaraskan..tu yang bergantung atas individu itu sendiri....takut-takut kita banyak memperkosakan masa.
"Alwaajibaat aktsar Minal Awqaat"..
benarlah kata ungkapan ini....iaitu..kewajipan/amanah/tanggungjawab itu lebih banyak dari masa....
"kak tahu tak camna nak hilangkan stress..jom ikut saya..." kata adikku yang comel...



akhirnya....apa lagi....main hujannnnn....................hehe

pandangan dari susur gajah dekat varsity mall

merintih bersama hujan..huhu
  
hilang stress dah..yay....


terima kasih Allah......
 Begitulah alkisahnya...hehe....

Selalu stress...kami akan keluar makan ramai-ramai (games).....

games.....



p/s:
sebenarnya....sekarang ni tgh ada assigment.....boleh pulak update entry baru.....nak buat camna..ni juga caranya nak hilangkan streessssssssssssssssssss...........