Don't Judge the blog by it's followers

Tuesday 14 January 2014

Pesan Tuan Zamri Mohamad

Menjadi novelis pada tahun ini?
Informasi KursusPenulisan.com
Bengkel Penulisan Novel Cinta
8-9 Febuari 2014
Auditorium Karangkraf, Shah Alam
9.00  pagi-4.00 petang
Selama 12 jam, 720 minit, 2 hari kerjasama Ilham KarangKraf
Semak emel hari ini.

Mesej masuk di telefon.

Sekali lagi peluang terpaksa dilepaskan walaupun azam tahun ini untuk mengikuti Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh team kursuspenulisan.com pernah membara dalam diri. Mungkin belum ada rezeki. Selain mesej yang diterima di telefon bimbit, team ini menghantar emel membuat pemberitahuan mengenai kursus  yang diadakan pada febuari ini.

Dengan bersahaja, jari-jemari pantas membalas emel dari Tuan Zamri Mohamad. Saya melahirkan rasa kecewa kepada Tuan Zamri kerana tidak dapat mengikuti bengkel tersebut atas faktor kewangan.

Pesan Tuan Zamri kepada saya agar sentiasa membaca dan menulis, mohon doa keberkatan dari ibu dan solat dhuha. Bengkel adalah faktor ketiga sahaja.
Segala pesanan itu menjadi semangat buat saya.



Kemudian, saya bertemu pula dengan Puan Mazlia Murat seorang editor di PTS yang merintis penggunaan E-Book untuk dunia blog dan penulisan. Beliau mempromosikan E-Book penulisan dan blog. Saya yeng selalu mengikuti penulis Bahruddin Bekri di facebook secara tak langsung mendapat maklumat dari beliau yang share maklumat tentang E-book tersebut.

Pada mulanya, tujuan hanya ingin membeli E-Book tersebut di facebook Puan Mazlia Murat, tapi disebabkan saya ternampak post beliau mengenai Kelas Online Penulisan Kreatif, terus saya mendaftar. Alhamdulillah, kini saya sedang mengikuti kelas penulisan kreatif dengan bimbingan beliau secara fleksibel. Tugasan demi tugasan direncanakan oleh beliau.

Alhamdulillah, walaupun impian untuk mengikuti bengkel penulisan tidak kesampaian, saya kini lebih selesa mengikuti kelas secara online dengan guru penulisan. Yuran yang dikenakan ketika itu adalah harga yang mampu saya bayar.

Moga, usaha ini bermanfaat kepada saya.



4 comments:

  1. bakat turun temurun...
    hehe
    =)
    truskn penulisan anda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. To Ammar: Sudah ada blog ya ^^..selamat berblogging

      Delete
  2. Pintu ke arah syurga itu Tuhan susunkan lebih dari satu cara. Cara wajibnya itu solat dan yang lain itu pemudah cara. Dalam menulis juga begitu. Pintu wajibnya tulis dan baca, cara lain sama ada kursus dan seumpamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Tuan,gembira saya Tuan membaca contengan saya ini.

      Delete