Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 17 March 2012

Galeri Hati Menyimpan Rasa

Perasaan itu hadir dalam hidup memberi rasa yang sukar disalurkan ke hati insan lain untuk difahamkan kerna ianya perlu dirasai…jatuh bangun sebuah hati bila mana rasa itu menjadi raja di dalam hati kala itu. Terpaku, terbuai, terbisu, terpendam, dan adakalanya lara berseorangan tanpa punca utama kerna bermain bersama hati. sekeliling yang memahami hanya mendengar, berkata, melihat, mendorong dan memahami. Rupanya saat ini satu cabang pengalaman hidup bilamana kita terbuai dek hati dan mencari solusi terbaik tuk hadapi walau dengan bagai cara dicadangkan..tapi pendapat sendiri diutamakan. Pandangan luar hanya menyokong dan mendokong pautan hati..tetapi pilihan dan keputusan di tangan milik kita
.
Rasa yang selalu dihemburkan dulu
hilang berlalu..
permulaan berputik..
pertengahan berbuah
adakah akan berakhir umpama buah jatuh ke tanah
gemilangnya sebentar
menyinggah di pelantaran hati
semuanya demi sebuah rasa yang tersemat
bukan kerana rasa itu berlalu
tapi fikiran di jangka masa
telah terlakar
kerna bukan itu penentunya
dilihat hingga ke depan
tidak untuk satu jangka pendek
yang indahnya secuma itu

aku membilang setiap kenangan yang terjadi dengan sedari serta ingatan yang masih kukuh untuk mengenangnya kembali sehingga sebuah kenangan berjaya berada di tangan ku dengan kebetulan.

Kan tersimpan bersamaku..wahai kenangan…walau secebis…

Kini, terasa semakin suram suasana itu tuk dikembalikan seperti dulu..umpama angin yang membawa dedaunan kering….bila tiba musim luruh….walau ku masih menunggu musim berbunga datang menerjah….

(melarikan lafaz ke sana dan ke sini hingga tiada hujungnya...akhirnya tersimpan di galeri hati)

No comments:

Post a Comment