Don't Judge the blog by it's followers

Sunday 13 November 2011

Unknown Gift

Teringat semasa semester 3….
Tolak-tolak pintu bilik tetiba nampak satu hadiah di atas meja study…..
Tanya my roommate….”siapa bagi kat anis ni???”
Entah…ada orang hantar tadi….dia tanya ni bilik anis ke…aha..jawab roommate….
Then, roommate pon tak tanya banyak dekat si penghantar hadiah tuu…mungkin orang tu
pon hanya wakilkan atau ditugaskan oleh “customer” dia menghantar ke bilik saya…
selalu student u buat cam tu kalau nak  dedication kt someone…cam bunga..chocolate ..ke…

Belek punya belek…ada kad yang dikepilkan bersama hadiah tuu….
Yang pelik nya…nama si pemberi hadiah tu…”shahril Long”….saya tak pernah mengenali sapa shahril long..kecuali kawan yang bernama shahril yang saya kenal…
Then..terus saya kol shahril yang saya kenal..semua mengatakan bukan diorang yang bagi…dan saya mempercayainya….
Setahu saya dekat u saya tak de yang nama shahril long….mmmmm…memamg pelik…
hadiah sempena raya aidilfitri kot....

Kepelikkan dan kebinggungan bertambah lagi bila baca kata-kata kat kad tuu…
siap tulis.....ampun maaf andai
                 "terkasar bahasa"
                  "tersilap pukul"
                  "terambil barang "
                   "terpau duit kamu"..dan semua "ter" yang lain..

Masalahnya...apa yang dia cakap tuu..langsung saya tak tahu..bila masa la pulak ada orang ambil duit..ambil..barang...tersilap pukul saya..siap minta maaf...
pening dibuatnya...tak pernah ada insan yang bernama shahril long yang hadir depan mata tetiba ada hadiah dari orang tuu..memang tak masuk akal...
Harap segala persoalan ini akan terjawab suatu hari nanti..dan siapakah dia "shahril Long" tu...atau nama tu bukan nama sebenar...mmmm...Wallahualam.....

-gula-gula, air kotak apa yang ada dalam tuu..semua bagi kt adik....dia makan semua..hehhe"


No comments:

Post a Comment