Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 12 November 2011

kuali Ekspress Vs Periuk Ekspress

Bismillahirrahmanirrahim....kalam indah ini ku lafazkan membuka tinta kali ini....syukur ku kerana masih berpeluang mencoretkan sesuatu tuk tatapan dan bacaan buat sang pembaca blog ku yang tidak seberapa ini. Ku gerakkan tangan ini tuk pantas menulis walaupun kepala terasa berat dek kerana makan daging korban baru-baru ni...dengan ketupatnya..amatlah membuatkan kepala ku terpinar-pinar.. label post kali ini tentang masakan lah pulak sebab tengok di label..rupanya cerita tentang masakan baru sekali saya post...jadi tak seimbang di situ, sejak akhir2 ni selalu je cerita "kisah tinta penaku", makanya saya berhasrat tuk menambah koleksi gambar masakan yang tersimpan indah di handphone yang sempat saya rakamkan.


Baru-baru ni saya dan beberapa sahabat yang pulang ke kampus awal telah bercadang tuk memasak sendiri dek kerana banyak kafe tak buka,,ianya agak sukar tuk kami mendapatkan bekalan makanan. Alang-alang dah ke bandar Alor Setar sempatlah singgah di Souq Al-Bukhori dan shopping di Giant membeli bahan mentah tuk masak makan malam nanti. Sebenarnya tujuan asal hanyalah tuk ke PERKIM kedah atas beberapa urusan, setelah settle urusan di sana kami sempat berkunjung ke Souq Al-Bukhori tuk makan tengahari di sana sesudah menunaikan solat zohor di Masjid Al-Bukhori.

jalan masuk ke pejabat PERKIM kedah..


semasa di PERKIM kedah


letak lah asam jawa ckit dalam sup mesti sedap..bak kata si wan @_@..haahh

Aiwah.....kita bercerita lagi....


akhirnya sampai ke medan UUM, kami menyerahkan semua bahan-bahan tadi kepada orang lain pulak tuk diuruskan atas persetujuan bersama. Nampaknya chef zah lah yang kena handle....menunya adalah sup ayam..sebab kami masak pakai "Rice Cooker " je...so masakan jenis sup agak sesuai lah di masak dengan menggunakan rice cooker tuu...

round pertama kena masak sayur dulu ..pas 2 baru masak sup....


abaikan gambar di belakang tuuu...=) agak bersepah
Kemudian muncul si zulaikho dengan toaster...yang bawa dari rumah semata-mata khas tuk kami guna tuk memasak...ni lah cara yang terbaik tuk mengantikan dapur gas...kita pakai yang "ekpress" je..mmmmm express ke...huhu...kalu kena tunggu berjam....heheh...xpelah janji dapat makan...so kena bersabar ckit lah...

Makanya tercetuslah satu inovasi baru tuk membuat ayam bakar bersalut telur yang direka oleh chef wan dan chef hanafi...dengan menggunakan toaster tadi...

ni mmg air tangan betul nih...

simple n easy
nak tengok hasilnya...tuuugggguuu,,,,,,


semua bergotong-royong tuk siapkan makan malam walaupun ada yang datang nak makan sahaja...datang-datang lauk x masak lagi..so kena take part in the kitchen lah....biar kita ajar perut tuk bersabar sedikit supaya kita merasa betapa peritnya orang yang tak makan berhari-hari...just imagine that....huuu....kebuluran yang melanda saudara SeIslam kita di sana-sini ekoran bencana alam yang tak diduga..Alhamdulillah bumi Malaysia belum merasai itu semua dan berdoa agar kita sentiasa dalam keadaan yang aman..Walhal ini..kita harus bersyukur walau apa jua yang menimpa kita kan...

ok...tunggu punya punya.......taaddaaaaa....dah siap..sila ambil pinggan masing-masing.....

juruhias masakan : ridwan

ni lah hasilnya..sedap ke xsedap belakang kira..yg penting presentation nya..hehe...

yumm...yummm..dah siap



dan akhirnya......


don't judge the "masakan" by it's "pinggan"
 Alhamdulillah...sebab telah berjaya mengenyangkan 10 orang yang sabar menunggu....

-Thanks  to Allah The Beneficient The Merciful-


No comments:

Post a Comment