Don't Judge the blog by it's followers

Sunday 23 October 2011

Majalah Anis Sakinah ...mungkinkah?????

Bismillahirrahmanirrahim….kalam mulia ku buka bicara hatiku….Alhamdulillah..Subhanallah….Allahu akbar….segala puji-pujian hanyalah untukNya….syukur ya Allah hamba masih bernafas dalam pemerhatianMu, dapat mengukir penulisan kali ini dengan izin dari Mu…sudah lama saya meninggalkan blog ketenangan ni untuk satu tempoh yang lama kerana tidak berkesempatan menjenguknya walaupun punya niat untuk mengukir lagi…

“ya Allah jadikanlah segala yang ku coretkan mampu memberi ketenangan kepada diriku dan kepada sesiapa yang mampu terbaca di ruangan penaku ini..”

Saya minat dalam bidang penulisan dan menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang editor. Sebenarnya minat ini mula terbit sejak di bangku sekolah menengah di mana saya selalu menghasilkan nukilan-nukilan, sajak, puisi atau madah yang berkaitan dengan apa yang saya lalui dan rasa…ianya sebagai kamus untuk menterjemahkan sesuatu peristiwa atau pengalaman juga mengambarkan sebuah perasaan di kala itu….saya akui adakalanya saya seorang yang pendiam, suka menyendiri, dan boleh diibaratkan saya dengan dunia saya…begitulah mak selalu cakap..saya mempunyai jiwa yang inginkan ketenangan dan bila bersendirian saya mampu untuk bercakap dengan hati yang mana orang tidak tahu apa yang saya rasa dan fikir ketika itu…

Untuk bercakap di hadapan umum bukanlah kelebihan saya…sebab saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, tetapi selalu berkata-kata dengan kata-kata (harap ada yang faham dengan ayat ini ^_^)

Teringat semasa di tingkatan 2, saya menyukai seseorang dan hampir setiap hari saya meluahkannya di dalam diari hijau kesayangan saya….masih tersimpan cantik diari itu..almaklum sajalah…diari yang siap dengan kuncinya sekali…dan yang pastinya saya akan menjaga kunci diari itu dengan selamat agar tiada yang dapat membukanya…sejak itulah saya belajar menulis..menulis..dan menulis…sehinggalah di tingkatan 4 dan 5, ustazah selalu memuji cara penulisan saya mengarang dalam karangan bahasa melayu..sehingga ada kawan-kawan lain mengusik dengan panggilan “ayat power”…Cuma satu sahaja cara saya..saya tidak suka menggunakan sesuatu yang orang lain sering dah guna..contohnya…saya tidak suka ayat yang sama di ulang-ulang dan kalau boleh letakkan ayat-ayat baru yang boleh membuatkan si pembaca boleh berfikir cara kita menulis dengan baik….

Saya tidak seperti adik dan abang saya yang pandai dalam deklamasi sajak dan perbahasan sebab saya seorang yang hanya mampu berkata dengan kata-kata dan bukannya pandai berkata di hadapan umum..itu memang kelemahan saya. Namun…Alhamdulillah adik dan abang mewarisi bakat mak dalam pengucapan dan saya hanya mewarisi bakat mak dalam penulisan. Mak dulu pernah menjuarai sajak di peringkat negeri daerah tempat kami. Saya jadi pandai dalam membuat  karangan bahasa melayu disebabkan didikan mak…yang sering melemparkan buah fikiran dan kata-kata yang mantap…sejak itu saya sudah mampu menulis tanpa bantuan mak lagi…dan mak mengaguminya…dan adik pulak, akan meminta bantuan saya untuk mengajarnya dalam karangan. Tak dinafikan juga ..adik selalu bercerita bahawa , cikgu nya juga selalu memuji karangannya..alhamdulillah kami mampu mengikut bakat mak…

Bukanlah di sini saya cuba untuk memuji diri sendiri atau berlebih-lebihan menceritakan perihal diri ini..tetapi saya Cuma ingin merangsang kepada semua bahawa dunia penulisan sangat indah bahasanya dan bentuknya,…saya bukanlah pakar dalam bidang ini dan masih ingin mengembangkan sayap...untuk terbang lebih tinggi...tetapi saya ingin berikan sedikit dorongan kepada yang lain.... menulis blog juga salah satu jalan untuk melatih kita menulis dengan baik..percayalah…^_^

Harapan dan doa agar saya mampu merealisasikan impian untuk menjadi seorang editor majalah yang mana saya mampu untuk melontarkan kata-kata untuk faedah bersama..

Ada kawan yang mengusik….

”anisss…nanti buatlah majalah sendiri ye…”

Balas saya :
“InsyaAllah..duk tengok sekarang ni majalah Anis dah ada di pasaran…majalah Sakinah pon dah ada….apa kata kalau anis buat majalah sendiri..heheh..majalah “ANIS SAKINAH”… sempena nama sendiri..huhu…xdelah gurau2 je…ek…doa2 lah…<@_@>




majalah anis sakinah suatu hari nanti...mungkinkah/????

InsyaAllah….tak dapat menulis di majalah pon, cukuplah hanya mampu menulis di sini…sekiranya ada rezeki, tak ke mana kan….

Tetiba teringat…aik..kenapa saya tak minat bisness ni…belajar kos berkaitan perniagaan tapi kureng ckit ke arah tu….


Tapi kena ingat..apa yang kita belajar hari ini tidak semestinya duduk di bidang yang sama….Cuma apa yang penting kita aplikasikan apa yang kita belajar.konsep ilmu sangat luas dan tak kan abis kalau belajar….kita hanya mampu memilik setitik air dari selautan, tetapi ilmu Allah seluas lautan..Cuma bayangkan….

Wallahu a’lam..semoga penulisan kali ini membawa berkat dan titik permulaan untuk ku melangkah lebih jauh…amiin ya Rabb….

2 comments:

  1. salam..

    insyaAllah...semoga terus istiqamah ya ukhti..^_^

    ReplyDelete
  2. wasalam...InsyaAllah...syukran semoga di permudahkan..=)

    ReplyDelete