Don't Judge the blog by it's followers

Thursday 6 October 2011

Pelangi Hidupku


Bismillahirrahmanirrahim…..
Kalam mulia membuka bicara kali ini….
Alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ilahi kerana telah memberi daku nikmat berukhwah sesama mereka….inginku katakan..aku sangat menyayangi mereka….dan seolah-olah detik2 yg terbina bakal pudar warnanya kerana setiap pertemuan ada titik perpisahan….
Hari demi hari aku bahagia bersama mereka.....
semoga ukhwah ini berkekalan...
kalau boleh mahu saja di dokumentarikan dalam ingatan
agar terus segar di fikiran....


sahabat ibarat pelangi


Lewat ini….banyak kenangan manis yang saya cuba ciptakan bersama..rakan2 seperjuangan dan kerana eratnya ukhwah ini…saya bimbang ianya akan berlalu begitu sahaja….kita terpaksa akui..bahawa orang-orang di sekeliling kita sebenarnya jodoh dan takdir yang ditetapkan oleh Allah pada sesuatu masa dan tempat. Tapi apa yang paling penting hidup ini perlukan kita bina hubungan dengan ramai orang  kerana di sebalik itu akan memberi manfaat suatu hari nanti yang kita tidak duga..dan bakal mengatakan…”Alhamdulillah..inilah hikmahnya mengapa Allah selalu temukan kita dengan seseorang…

Kehidupan di kampus memberi saya merasa semua itu walaupun saya tahu ianya tidak lama..mungkin 3-4 tahun…tapi saya selalu berpesan..kepada diri..berkawanlah dengan semua orang…janganlah habiskan masa  tanpa menjalinkan hubungan ..ibarat “kera sumbang”…hidup di kampus tidak semestinya menghabiskan masa menghadap buku mahupun laptop berpanjangan..pergi kuliah dan balik…..sebaliknya pesan seorang murabbi…."keluarlah anda melihat alam..kerana di situ anda akan belajar daripada alam….dan beroleh pengalaman.". ilmu dan pengalaman perlu seiring….jiwa kita perlu dibajai oleh orang-orang di sekeliling kita yang boleh menegur dan memimpin kita….

Duhai remaja…..

pengalaman itu tidak dapat dinilai dengan sekeping wang kertas...
dan tidak juga diperolehi dgn bergoyang kaki sahaja....
kutiplah ilmu dan pemgalaman utk mewarnai hidup anda...
kalaulah semua org tahu tinggi nya nilai sebuah pengalaman...
pasti semua ingin merasainya..
wahai usia remaja...
kutiplah pengalaman utk dijadikan koleksi hidup anda...
kelak anda pasti tidak akan rugi
sebaliknya mendewasakan kita...
rakamlah setiap pengalaman itu....


Adakalanya masalah hati selalu melanda..tapi lama-kelamaan kita akan belajar dari kesilapan.. …bagaimana hendak melawan bisikan syaitan yang cuba meruntuhkan sebuah ikatan persahabatan..nauzubillah….

Warna kehidupan saya tatkala ini ceria umpama pelangi di petang hari….dan saya harap keceriaan ini tidaklah bersifat sementara walaupun saya tahu kemunculan pelangi itu akan hilang bila tiba masanya..tapi apa yang saya cuba katakan…pelangi ibarat sahabat2 yang baik..yang muncul dalam kehidupan kita..walaupun sekejap namun memberi keindahan dan keceriaan….namun tidaklah pelangi itu akan hilang selama-lamanya..kerana saya percaya pelangi itu akan muncul kembali selepas hujan…..setiap pertemuan ada perpisahannya..namun sebenarnya…pertemuan itu boleh menjadi pertemuan kedua,ketiga dan seterusnya andaikuatnya ikatan sesuatu perhubungan…

‘masa terus berlalu membawa berjuta kenangan yg ku lalui
 namun mampukah kita melupakannya....
susah dan senang hnya sementara....utk kami laluinya ...
ye..aku sayang ukhwah ini..
ukhwah yg dibina semakin membara...
adakalanya air mata bakal membasahi pipi....
kerna ku pasti setiap pertemuan ada perpisahan....
ya Allah..kuatkan ikatan kami hingga akhirnya...
ku amat menyayangi mereka...T_T




semoga kita sentiasa satu hati



             

No comments:

Post a Comment