Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 3 September 2011

cenderahati perkahwinan yang bermanfaat



maaf sebab tak bawa hadiah  kawen cuma bawa diri je datang kenduri...terimlah penulisan ini sebagai hadiah istimewa buat kalian...^_^



Subhanallah...pejam celik, celik pejam kita dah pun sampai raya yg ke-5, maka bertepatanlah dengan tarikh 3 sept 2011 bersamaan 5 syawal 1432 H. Alhamdulillah masih diberi kesempatan nyawa yang tidak terhingga tinggi nilainya oleh Allah s.w.t kerana berpeluang merasa nikmat hidup yang diberi. Nikmat dunia yang perlu dimanfaatkan untuk bekalan di akhirat..InsyaAllah...
Bercakap perihal nikmat dunia ni....terbayang tak di fikiran kita...apakah nikmat dunia yang sebenar?..
Opppss...penulisan kali ni agak nak terbabas dari niat yang sebenar...tapi tak salah rasanya kalau nak bercakap sedikit tentang salah satu nikmat dunia...
Nikmat dunia yang saya maksudkan adalah mempunyai isteri, anak-anak, keluarga dan harta yang baik.
Maka, saya memilih topik kali ini adalah soal perkahwinan...mungkin saya tidak ingin menghurai apa itu sebuah perkahwinan tetapi ingin berkongsi rasa  apa yang telah saya lalui hari ini....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Barallahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma fii khaiir



bercinta hingga ke syurga..( azwan dan liyana)


Tahniah buat pasangan muda azwan dan liyana kerana telah sah menjadi suami isteri..akhirnya niat suci mereka telah terlaksana....berkat usaha sang suami yang tidak pernah berputus asa melestarikan impiannya....sekarang kebahagiaan adalah milik kamu berdua..layarilah bahtera berumahtangga dengan selamat walaupun masih bergelar student di salah sebuah IPTA...alhamdulillah...kedua-
duanya belajar di tempat yang sama....




Pernikahan adalah diperintahkan

Sunnah Baginda yang dimuliakan

Bahtera dikemudi bersama sehaluan

Keimanan dihati dijadikan pedoman




Ruangan kali ini adalah kali kedua saya post tentang perkahwinan sahabat di sekolah lama...sebelum ni sahabat saya sendiri yang telah mendirikan rumah tangga...tetapi kali ini junior saya di sekolah.....kedua-dua pengantin ni sahabat sekolah saya juga...siapa cakap rakan sekelas tak mungkin jadi suami atau isteri kita suatu hari nanti....huhu....inilah buktinya....apa-apa pun tahniah sekali lagi....buat kalian...

Apa yang mengagumkan saya....adalah cenderahati perkahwinan yang berupa buku hasil penulisan sang suami...diedarkan untuk jemputan yang hadir....agak kelainan...dan menarik...



cenderahati perkahwinan

Buku yang bertajuk “pakaian anak adam mengikut acuan islam” dihasilkan oleh Muhammad Azwan bin Ghazali (pengantin lelaki)

Dalam buku tersebut, apa yang saya dapat simpulkan adalah pandangan beliau tentang masalah aurat yang kian pudar di kalangan masyarakat Islam sekarang serta penerangan tentang konsep berpakaian yang sebenar. Makanya...si pangantin lelaki mengambil kesempatan berdakwah walaupun di hari perkahwinannya..hebatkan?...


 Petikan kata di cover buku tersebut:


“sesuatu yang sukar dicari pastinya lebih dihargai..justeru itu peliharalah dirimu wahai sang adam dan hawa”

Kebiasaanya di majlis perkahwinan kita sering dapat buku yang berupa Yaasin atau mathurat kan...kali ini amat menarik perhatian saya cenderahati perkahwinan digantikan dengan sebuah buku yang mengandungi ilmu dan manfaat untuk kesedaran bersama. Tahniah atas usaha beliau.!


Mereka telah buat sesuatu untuk Ummah..kita bagaimana....tepuk dada jangan tanya selera..tetapi tanyalah iman kita

Wallahua’lam


Kami ucapkan selamat pengantin baru
Kekal abadi buat selamanya
Berbahagialah suri di rumah tangga
Kasih yang bersemi mula mekar berbunga

penulis bersama ustaz dan ustazah serta sahabat yang turut hadir bersama


p/s: penulis telah mendapat keizinan daripada pengantin untuk menyiarkan gambar dan penulisan ini. semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment