Don't Judge the blog by it's followers

Friday 8 July 2011

senyumlah pada kehidupan


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana mengerakkan jemari ini untuk menaip..rindu untuk menulis dan mengeluarkan bicara. Puas memujuk hati supaya terpandu untuk menulis, adakala membaca penulisan orang lain membuatkan kita berlumba-lumba untuk menulis. Sekiranya  tanpa izin yang Maha Kuasa , nescaya hati ini tidak akan bergerak dengan sendiri  tanpa  keizinan Penciptanya iaitu Allah SWT. Setiap hari asyik bermain dengan minda dan hati yang selalu memaksa diri ini berfikir dan berkata-kata. Tapi apakan daya, hanya mampu terlindung disebalik wajah. Hari-hari yang dilalui penuh dengan gelagat dan ragam manusia yang sempat dirakam. Kalau ikutkan hati mahu sahaja diluahkan,tapi biarlah tersenyum sendirian menelan pahit, manis, tawar, masam dan sebagainya, yang penting segala perhatian yang dilakukan cukup menbuatkan hati ini menilai baik dan buruknya . Bak kata pepatah “yang baik di jadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan”.


Liku-liku kehidupan masih ku lalui walaupun ada waktunya diri ini tidak difahami..susah untuk memahamkan orang lain dengan cara kita….inginku katakan  kepada mereka..”ini langkahku…..” biarkan diri ini dengan dunia ku..tapi..apakan daya, kita turut terlibat dalam memahami manusia lain sehingga terpaksa korbankan langkah  yang inginku cipta buat sementara waktu demi menjaga hati-hati yang dekat denganku..


Hati yang meronta menangis seolah-olah memujuk diri, tapi usahlah terlalu lemah dengan tangisan, simpanlah air mata itu untuk keinsafan. Sepanjang tempoh ini, hatiku membimbangi kekuatan iman yang semakin lemah,..iya..itulah yang dapat dirasai tatkala ini, kesedaran dalam kelalaian…


Emosi pulak asyik terganggu dengan perasaan marah adakalanya,..dalam hati..susah nya nak senyum macam Rasulullah yang sentiasa senyum walaupun marah. Teringat dalam sebuah hadith yang menceritakan tentang betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW dengan wajah yang tersenyum…


‘Rasulullah SAW tersenyum dan baginda adalah yang paling bagus giginya”
(Riwayat al-Tilmidzi)


Semoga hari-hari yang kita tempuhi penuh dengan ukiran senyuman walaupun dalam kondisi marah, geram dan sebagainya…senyum adalah perkara yang tidak memberi kesusahan kepada kita malah membalas dengan ketenangan…


Senyumlah untuk bahagia…
Senyumlah untuk tenang..
Senyumlah dalam kemarahan..
Senyuman itu warna kehidupan..
Senyum itu kunci rahsia….
Senyuman itu sunnah Rasulullah…
Senyumlah kepada kehidupan….

                                                        

2 comments:

  1. bila senyum..
    walau ketika itu sedang dlm
    kesakitana, sedih atau marah
    mmg terbit rasa tenang ckit demi sedikit..
    :-)

    nice blog..following u...

    ReplyDelete
  2. thank...senyum bila mrh..insyaAllah tenang kan...

    ReplyDelete