Don't Judge the blog by it's followers

Monday, 4 March 2013

Perkahwinan abang Jai (Mantan YDP PERKIM UUM)


Jauh menuju ke Felda Mayam, Bera, Pahang bukan alasan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan saudara Mohd Jelani a.k.a mantan YDP Kelab PERKIM UUM sesi 2009/2010 yang telah berlangsung pada 3 Mac 2013. Titik perkenalan kami bermula di dalam Kelab PERKIM lagi, ibarat keluarga dan adik-beradik, hubungan silatulrahim itu semakin berpanjangan. Alhamdulillah, kami adalah antara wakil dari Kelab PERKIM UUM atau lebih umumnya sahabat beliau dari UUM tetap berkunjung ke majlis tersebut. Buktinya, dari UUM jauh bergerak dengan sebuah kereta yang dinaiki oleh empat sahabat manakala saya dan tiga orang lagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur tidak melepaskan keinginan untuk menghadiri resepsi beliau.
 

Harapan abg jelani untuk kami berada di majlis akad nikah tercapai walaupun sekejap Cuma. Kami yang lewat menyempurnakan harapan beliau untuk berada di sana terlebih awal telah disempurnakan oleh sahabat-sahabat yang dari UUM sampai awal ketika itu. Akibat tidak biasa dengan jalan di Kuala Lumpur, melumpuhkan pergerakan kami untuk sampai di sana lebih awal. Kelewatan kami adalah disebabkan jalan sesak serta tidak tahu jalan untuk ke UIA bagi mengambil seorang sahbat di sana. Alhamdulillah, tiba di rumah pengantin pada jam 2 petang.

Jauh menuju ke pedalaman kawasan felda berbaloi demi sahabat. Bak kata kak fatihah “berbaloi sangat”.

Resepsi perkahwinan yang sederhana tetapi bahagia melihat mereka seolah-olah ada keberkatan di sebaliknya. Itulah yang menjadi sunnah dalam perkahwinan. “Biar sederhana. Yang penting ada keberkatannya”.

Ketika ingin bergambar, pasangan pengantin kelihatan masih segan walaupun telah sah menjadi suami isteri. Kami memandang mereka dengan perasaan yang bahagia. Bercinta selepas berkahwin adalah sangat indah! “terasa seperti mimpi, tetiba dah ada isteri” itulah ungkapan kelucuan abang Jelani sewaktu kami berbual dengannya.
 

Kak siti juga bekas pelajar UUM di bidang Perakaunan Sistem Maklumat yang kini sedang bekerja di Tabung Haji Kelana Jaya. Manakala abang Jelani bertugas di Alor setar sebagai Branch Manager di sebuah company pengiklanan dan percetakan, jauh tersasar dari bidang asal beliau iaitu Kaunseling. Begitulah katanya bahawa beliau tidak ingin makan gaji tetapi mahu berusaha sendiri dalam bidang perniagaan.
 

Beliau yang kami kenal dengan sifat rendah diri membuatkan kami selesa dengannya. Ujian demi ujian yang telah beliau hadapi pernah kami merasainya walaupun bukan secara keseluruhannya. Komitmen abang Jelani jelas terpancar ketika memimpin kelab PERKIM UUM dan jasa beliau sangat besar sehingga beliau mampu diberi tanggungjawab sebagai YDP Kelab MAMPU (kelab-kelab PERKIM seluruh IPT).
 

Tahniah abang Jelani dan pasangan. Doa kami panjatkan agar bahagia dan mendapat keredhaan di sisi Ilahi.

Sunday, 3 March 2013

Selamat Bahagia Sahabat Baik..


Pada tanggal 15 Disember 2012 telah berlangsungnya detik bahagia sahabat baikku, Nor Syafika Binti Ridzuan bersama pasangannya Mohammad Faiz selepas akad nikah dijalankan yang bertempat di Masjid Muzaffar Shah, sungai Petani. Lewat ku update tentangnya tetapi tidaklah lupa. kekangan semasa final exam tempoh lalu memberati tugasku. Awal perkenalan mereka sewaktu sahabatku Syafika menyertai Silat Cekak Hanafi dan suaminya ketika itu adalah jurulatih silat kami. Siapa sangka “abang Faiz” yang ku gelar adalah suaminya sekarang. Semoga Allah merahmati bahtera perkahwinan mereka hingga ke hujungnya.

Sahabat…
Perkahwinan bukan untuk sehari
Matlamat yang jelas bakal menyuluh jalan mawardah.
Jadikan sakinah dan mahabbah pengikat keharmonian rumahtangga.
Aku..bakal menyusur langkahmu
Entah dengan siapa
Yang pastinya jodoh itu adalah rahsiaNya.
Salam bahagia bukan kalian.
Pohon doa darimu buatku.


by: sahabat baikmu.

(jurufoto perkahwinanmu)

Friday, 15 February 2013

Melihat Langit Biru

Mereka mengulung-gulung benang layang-layang sambil memerhati ke atas langit biru. Sesekali terbelit. Ada juga yang terlepas dari tangan. Aku mendonggak ke langit melihat sarwa langit kala senja itu. Sejenak berbisik di hati : “aku lepaskan kau layang-layang, pergilah menuju bintang. Sampaikan mimpiku di sana.”
Hoiiii…berangan apa tuh? Suara yang mendarat tepat di halwa telinga membuatkanku terkejut. Zah dari belakangku menergah.
“Tengok langit biru along la…haha…kan zah langitbiru si nama mu. “
“yeke…tengok langit…habis tengok melamun sakan je.”
“tak da, apa lah..jom balik”
Kami menyusun langkah lewat petang itu umpama itik pulang petang, maghrib bakal memanggil. Kami terus melangkah.
“No I can’t forget this evening.” Sambil berpusing, aku menatap padang hamparan hijau itu. Padang luas terbentang yang bakal ku rindu.

Mimpi yang tidak sempurna

Dia.
Sayu dalam mimpi.
Lemah dalam sepi.
Mimpi… Dia pernah bermimpi, seperti yang mereka kata, mimpi yang tidak sempurna. Dia leka bersama mimpi. Coretan yang selama ini menjadi skripnya dialunkan dengan nada puisi. Hari demi hari, umpama melewati alam semesta hingga ingin singgah ke bintang. Angan-angan bermimpi hingga ke bintang. Begitulah ungkapan yang menjadi tema meniti di bibirnya.


Dia.
Hidup bersama andaian demi andaian demi merawat sebuah hati.  Adakala resah membasahi sepi, bahagia melencuni hati. Watak-watak sekeliling banyak membantu menghidupkan suasana. Watak antagonis dan watak pipih. Berlatarbelakangkan sebuah nuansa keilmuan turut juga terpercik nilai-nilai cinta dan persahabatan.
Tarian ilusi melenggok-lenggok gemalai menyempurnakan sebuah adegan. Lemah longlai bila tersadung di hujung kaki. Sakitnya meresapi dalam dada. Hati terpenjara dek tidak terkawal. Dia mengeluh tanpa henti. Tubuh kerdil terseksa sendiri.
Malamnya hanya dibuai mimpi. Dalam hatinya berbisik
” buat apa bermimpi, andai terjaga hilang segalanya.
Pernah sesekali untuk membakar mimpi-mimpi di dalam kelambu minda. Namun, cepat sekali dia jirus kembali dengan sedikit harapan.
Ceritanya disaksikan oleh mereka-mereka yang mungkin jemu. Hanya seorang dua sahaja yang mampu melayari arus dogengnya itu. Mereka tidak biar dia lemas, bukan kerna ingin tenggelam bersama, tetapi mengawasinya agar bisa menjadi pelampung tika dirinya dibawa arus atau tenggelam dalam pusaran air.

-TSK

Wednesday, 13 February 2013

Cerita praktikal part 2: Hujan Cinta


Ku tarik bidai langsir bergulung ke atas melihat rintik-rintik hujan yang baru mengena bumi. Suasana sejuk pagi tadi seperti terus sambung-menyambung dengan aroma hujan kedinginan. Kreeekkk,,,,,tombol pintu dipulas. Aku kalih ke kiri. “assalamualaikum..” Harian Metro ada?” ada di belakang…balasku. Abang Ali dari Unit IT seperti selalu meminjam akhbar hari ini. Sepatah kata ku balas tanpa bercakap panjang. Lamunan ku terhenti. Hmmmm…kalau macam ni, wajib beli payung. Aku mengomel di dalam hati. Musim hujan yang pasti akan melanda. Bidai disentap perlahan melabuhkan kembali menutupi jendela.

“anis, esok kak her tak masuk office, kak tak de keje nak bagi. Sambung keja yang Rizwan bagi ya?” teringat ayat kak her tadi. Aduhhh…bosan lah esok, Encik Raden dah la jarang di pejabat. Abang wan masih bercuti. Kak her pulak dengan program luar. Dan aku. Bertemankan sepi!

Album-album gambar program terdahulu masih berselerak di atas meja. Dalam kotak masih ada lagi berbaki. “kak her…kalau saya buat slow-slow boleh tak? Sebab, take time jugak ni nak abiskan semua, lagipun pening kak, belek album lama-lama sambil nak catat nak labeling. Aku merayu manja. “eh tak pa, slow-slow..ja.” okey..tima kasih kak”.Alhamdulillah, kak her memahami!

Awal pagi tadi, kesejukan membaluti tulang-tulangku, econ terpasang sejak ku datang lagi. Hidung ku bernada sendu. Sesekali ditarik-tarik dek ketat hidung. Selsema tidak kurang jugak mengalir. Sapu tangan hijau dikesat-kesat ke hidung. “aniss…tutup lah econ tuu…dah selsema tuuu..kecian pulak…” eh tak paaa..cikit je ni” mood kak her dari pagi hingga sebelum dia meninggalkan bilik ni sangat baik.tak seperti semalam. Yesss…hati lega!tenang.

Hujan semakin lebat. Mahu saja bantal disorongkan di bawah kepala dan tarik selimut. Cuaca mula berubah. Harap-harap balik nanti elok-elok sahaja. Oh…I’m fasting today! Hampir lupa. fikiran melayang memikirkan juadah berbuka nanti. Seminggu berada di sini, bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang diberi Cuma sedikit geram dengan peniaga-peniaga di sini yang meletakkan harga makanan yang agak mahal bagiku dan makanannya pulak seperti “tidak ikhlas” memasak. Cukuplah terkena. “standard lah k.L” “semua mahal”. Itulah antara ayat klise kawan-kawanku. Nasi goreng ayam yang digoreng nasi ditambah hanya dengan kicap dan letak ayam sedikit. Itulah jenama nasi goreng ayam abang tu. Housemate mula ketawa kelucuan! “Sabar jelah anis…”

Gendangan guruh mula reda sedikit. Aku bingkas bangun dari kerusi oren menoleh ke belakang melihat awan berserakan. Awan-awan gelap tadi membuka kembali ruang demi ruang. Terang kembali.

****************************************

-TSK

Tuesday, 5 February 2013

Jangan Bersedih


Kerusi yang ku duduk ditolak ke belakang lantas berpusing sebelah kanan…Mata terpanah pada sudut buku bacaan. Buku berkulit pink dengan ilustrasi gambar anak mata seorang wanita ku lihat. Motivasi menjadi WANITA paling BAHAGIA karya Dr.’Aidh Abdullah Al-Qarni pengarang buku “Jangan Bersedih” menghiasi kulit hadapan buku tersebut. Ku belek- hingga ke kulit belakang buku tersebut.

“Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas mengapa anda biarkan kegelisahan anda menjadi racun yang akan membunuhmu?



 Ya..benar, hidup kita sangat singkat, jadi katakan pada diri “kenapa ingin biarkan kesedihan menyelimuti hati? Kesedihan adalah racun kepada hati yang bahagia.

Pagi ini, diriku termotivasi sendiri dengan petunjuk dari Allah. Kesedihan tidak pernah menjanjikan apa-apa, jadi mengapa kita perlukannya? Jawapan pasti tidak, kerna kesedihan adalah lorong-lorong gelap yang cuba menutup pintu kebahagiaan. Bahagia adalah satu pilihan, dan usahlah pilih kesedihan menjadi sandaran hati.

Kata-kata semalam yang sempat ku lakar walaupun belum habis sepenuhnya ku siapkan:
Kenyataan dan kemungkinan merentasi paluan hati
Bila bergendang sakit terasa
Bebanan hati memberati kepala
Seperti ingin cabut hati ini dan gantikan dengan yang baru
Rasa ini umpama mencarik-carik

“luar tampak biasa
Walau senyumannya palsu
Dalam terseksa
Siapa tahu”


Dan aku sedang mencuba…

Monday, 4 February 2013

Cerita Praktikal Part 1: oh Buletin


Hari kedua praktikal! Alhamdulillah…

Semalam…hari pertama bergerak ke tempat praktikal…seawal 6.30 pagi kami menunggu bas. Maka kelima-lima anak dara itu pun mulai langkah pertama mereka dengan perasaan gementar. Itulah ayatnya yang bisa digambarkan. Kami menuju ke stesen LRT Universiti untuk ke K.L sentral , dari sana kami terpaksa berjalan kaki untuk mendapatkan monorail pula, hentian maharajalela menjadi stesen kedua kami melangkah.

Terasa peluh membilas walaupun cuaca pagi itu sejuk. Kami berjalan kaki kembali untuk ke jalan kampung Attap. Di situlah tersergamnya bangunan yang bercat oren. Masing-masing mencari pejabat dan unit masing-masing. Sebenarnya, kami perlu berkumpul terlebih dahulu di paras 3 untuk bertemu dengan Cik Nabilah Abas selaku ketua Unit Perkhidmatan Staft. Di situ, kami diberi taklimat berkaitan praktikal. Akhirnya kami dibawa ke unit masing-masing.


Dan ini tempatku....selama 4 bulan