Ku
tarik bidai langsir bergulung ke atas melihat rintik-rintik hujan yang baru
mengena bumi. Suasana sejuk pagi tadi seperti terus sambung-menyambung dengan
aroma hujan kedinginan. Kreeekkk,,,,,tombol pintu dipulas. Aku kalih ke kiri. “assalamualaikum..” Harian Metro ada?” ada di
belakang…balasku. Abang Ali dari Unit IT seperti selalu meminjam akhbar
hari ini. Sepatah kata ku balas tanpa bercakap panjang. Lamunan ku terhenti. Hmmmm…kalau
macam ni, wajib beli payung. Aku mengomel di dalam hati. Musim hujan yang pasti
akan melanda. Bidai disentap perlahan melabuhkan kembali menutupi jendela.
“anis, esok kak her tak masuk office, kak tak
de keje nak bagi. Sambung keja yang Rizwan bagi ya?” teringat ayat kak her
tadi. Aduhhh…bosan lah esok, Encik Raden dah la jarang di pejabat. Abang wan
masih bercuti. Kak her pulak dengan program luar. Dan aku. Bertemankan sepi!
Album-album
gambar program terdahulu masih berselerak di atas meja. Dalam kotak masih ada
lagi berbaki. “kak her…kalau saya buat
slow-slow boleh tak? Sebab, take time jugak ni nak abiskan semua, lagipun
pening kak, belek album lama-lama sambil nak catat nak labeling. Aku merayu
manja. “eh tak pa, slow-slow..ja.”
okey..tima kasih kak”.Alhamdulillah, kak her memahami!
Awal
pagi tadi, kesejukan membaluti tulang-tulangku, econ terpasang sejak ku datang lagi.
Hidung ku bernada sendu. Sesekali ditarik-tarik dek ketat hidung. Selsema tidak
kurang jugak mengalir. Sapu tangan hijau dikesat-kesat ke hidung. “aniss…tutup lah econ tuu…dah selsema
tuuu..kecian pulak…” eh tak paaa..cikit je ni” mood kak her dari pagi
hingga sebelum dia meninggalkan bilik ni sangat baik.tak seperti semalam. Yesss…hati
lega!tenang.
Hujan
semakin lebat. Mahu saja bantal disorongkan di bawah kepala dan tarik selimut. Cuaca
mula berubah. Harap-harap balik nanti elok-elok sahaja. Oh…I’m fasting today! Hampir
lupa. fikiran melayang memikirkan juadah berbuka nanti. Seminggu berada di sini,
bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang diberi Cuma sedikit geram dengan
peniaga-peniaga di sini yang meletakkan harga makanan yang agak mahal bagiku
dan makanannya pulak seperti “tidak ikhlas” memasak. Cukuplah terkena. “standard lah k.L” “semua mahal”. Itulah antara ayat klise kawan-kawanku. Nasi goreng ayam
yang digoreng nasi ditambah hanya dengan kicap dan letak ayam sedikit. Itulah jenama
nasi goreng ayam abang tu. Housemate mula ketawa kelucuan! “Sabar jelah anis…”
Gendangan
guruh mula reda sedikit. Aku bingkas bangun dari kerusi oren menoleh ke belakang
melihat awan berserakan. Awan-awan gelap tadi membuka kembali ruang demi ruang.
Terang kembali.
****************************************
-TSK
No comments:
Post a Comment