Don't Judge the blog by it's followers

Sunday, 6 January 2013

Karakter untuk Karier

Lecturer OIC saya yang cukup baik, sporting dan apa lagi istilah yang boleh saya gambarkan adalah beliau seorang pensyarah yang jarang saya jumpa. Pensyarah yang bejiwa bapa dan sahabat. Persisnya seorang pakar kaunseling. Cukup dengan hanya sekali bertandang ke biliknya untuk menghantar tugasan, rancak perbualan merona di ruang biliknya. Dari soal akademik hinggalah terbabas ke soal hati dan perasaan. Isu perkahwinan yang membuatkan topik soal hati dibuka tatkala itu. Beliau yang saya maksudkan adalah ustaz Abu Bakar Hamed.


Ustaz memberi pendapat dengan memberi gambaran dan menilai tiap butir perkataan saya. Alhamdulillah, sepertinya ustaz menjiwai jalan cerita saya. Pengalaman mudanya juga mungkin begitu. Hati saya berbisik. Masakan beliau mudah mendalami dan memahami andai tidak pernah rasa.
Itulah kali pertama, saya bercakap dengan ustaz dengan panjang lebar, kalau di dalam kelas, peluang yang seperti ini tidak mungkin dapat dialami melainkan perbincangan dua hala berlaku secara informality.
Ustaz “mesra pelajar ini membuat saya rasa malu dengan diri sendiri. Sepatutnya student yang tegur dahulu menanyakan khabar dan sebagainya. Tetapi ustaz yang akan mulakan dulu conversation dengan student. Ustaz selalu ambil berat perihal studentnya.
Di ruangan chatting di facebook, menjadi medan kami berbicara.
Hari ini, ustaz memberi pendapat setelah soalan berkaitan karier apa yang sesuai dengan saya. Soalan itu saya ajukan dek kerana saya memaklumkan kepada ustaz minat untuk bekerja lebih membuak di hati berbanding menyambung master.
dari pemerhatian ustaz, ustaz tidak sempat nak faham saya kerana baru sekali bercakap.
Kata ustaz:
anis..seorang yang agak sentimental dan berjiwa sensitif dan memerlukan perhatian,
“orang macam kamu memerlukan seseorang untuk melayan perasaan dan emosi , jika tidak minda kamu tidak tenang”

Dari kata-kata ustaz tadi terus saya akui dan menyambung kata-kata ustaz tadi dengan memberitahu bahwa, jika tidak diluahkan pada orang mungkin saya akan meluahkan melalui penulisan.
Berbalik soal karier tadi, dari perbicaraan tanpa suara tadi, ustaz memberi idea untuk saya terlibat dalam bidang penulisan. Ini kerana minat saya terhadap penulisan lebih terfokus.
“anis berimaginasi tinggi, ustaz rasa anis perlu melatih diri menjadi novelist”
Tapi ustaz, saya jarang baca novel…
Lalu ustaz membalas:
“menulis novel dan membaca novel adlah dua perkara yang berbeza. menulis memerlukan latihan. untuk menulis kita perlu membaca dahulu”


Ustaz berpendapat agar saya menulis cerpen atau menghantar karya-karya penulisan puisi di radio. Ustaz seronok memberitahu bahawa beliau juga seperti itu, ketika menghantar karya di radio. Lalu berkumandang karya kita di baca oleh DJ radio. Pasti satu pengalaman rasa yang indah!
Ustaz mendorong buah fikiran saya untuk berlatih menulis.
Saya bukanlah student aliran sastera mahupun degree’s student dalam  jurusan  bahasa melayu, tetapi minat untuk berbahasa indah itu sudah menjadi makanan hati saya. insyaAllah improvement yang perlu saya ambil adalah dengan mengkayakan perkataan-perkataan baru agar tidak jemu ditulis supaya tiada pengulangan yang sama serta berbahasa biasa.
Pesan ustaz sebelum mengakhiri perbualan kami di ruangan chatting:
“isi masa lapang dengan minda yang berfikir.
 jangan biarkan minda kosong kerana perkara lain akan menguasai minda kalau ia kosong.”

Terima kasih ustaz !



3 comments:

  1. ikin: tq sayang..doakan anis...=)

    samihah: kwen???? hehe..cmna nk kwen xda org masuk meminang..hahah lawak je =)

    ReplyDelete