Ujian demi ujian ku tempuhi, hari sabtu baru-baru ini (10 mac 2012) kepenatan menolak moto kerana tayar pancit, penat berganda tapi segala keringat dikumpulkan dan terhembus keluar..demi menolak motor yang menaik ke area yang tinggi…entah ni kali ke berapa tayar moto pancit…kalau tak tayar depan..tayar belakang…akhirnya berjalan kaki balik dari DPP Proton ke DPP Petronas
Begitu juga pengalaman pertama, (12 Mac 2012), accident dengan kereta. Motorku berlanggar dengan kereta yang dari arah kanan ke kiri jalan yang ku jalan dan terus ingin membelok ke kiri (di persimpangan) tanpa signal diberi terlebih awal. Sekelip mata berlaku, motor ku terus berlanggar walaupun sempat memijak brek, nasib baik motor yang ku bawa waktu itu tidak laju..begitu juga dengan kereta lecturer tadi. Motor ku cedera dan patah di bahagian depan serta side mirror tercabut. Kereta tadi juga tercalar panjang dan kemek sedikit. Lecturer tadi mengaku kesalahannya kerna terus membelok tanpa signal diberi, dia pon dalam keadaan yang “rushing” sebab nak attend meeting. Semua kerosakan motorku ditanggung olehnya. Mulanya perasaan marah menjelma selepas kami berlanggar tetapi apabila melihat raut wajahnya yang bersalah membuatku tenang kembali, manusia mana yang tidak buat silap bukan??....aku tidak mengalami sebarang kecederaan Cuma sakit terhempas di dada dan lebam-lebam. Alhamdulillah..syukur Allah melindungi…
belum sempat penat terusir
berpatah balik mengutip sisa-sisa harapan
daya dan usaha terus tabah
andai cebisan terjumpa kembali
terlupa duka bakal memanah hati
fikiran mula terbeban dek situasi
kadang seperti logika
terlalu pantas di pementasan
tak terfikir dan tak berlaku
sepatutnya telah pun terjadi….
Kepala menjadi berat hingga tak dapat nak habiskan bait kata agar tersusun lebih panjang….
Semalam, (14 Mac 2012) letih mencari handphone ku yang tercicir entah ke mana, dalam hati simpan harapan agar bertemu kembali tetapi harapan itu seolah sudah berkecai, hati mula pasrah dan redha dengan takdir. Muhasabah diri kembali, atas kejadian yang menimpa ku dalam seminggu ini, pasti ada pengajaran yang Allah nak kita belajar , sebab kadang-kadang kita kurang peduli dalam hal yang remeh-temeh umpamanya. Tapi sebenarnya walaupun benda itu kita anggap biasa tapi mungkin ada balasannya kan?
Contoh: kita guna handphone sewaktu di dalam kelas ketika lecturer tengah mengajar, walaupun dengan membalas sms rakan. Dan tidak mematuhi arahan guru yang mengajar dan abaikan adab ketika belajar.
Allah boleh bayar cash di atas perbuatan tadi dengan menarik balik nikmat yang kita ada, kerna jika Allah tidak balas segera pasti nanti akan memberi kesan pada masa akan datang.
Ianya sama juga jika kita meniru di dalam peperiksaan,,,kita mungkin tak Nampak kesannya sekarang kerna Allah menangguhkan dulu balasannya..mungkin akan beri kesan pada masa hadapan kita..so waspada….
Kalau kita tidak hadir ke kelas, usahlah menyuruh rakan yang tandakan kehadiran kita, kerna itu satu penipuan bukan….bimbang-bimbang benda yang kecil itu akan memberi kesan suatu hari nanti…so, ingatlah jangan kita remeh-temehkan benda yang remeh –temeh
……….
Baiklah, selepas kejadian tuu…saya muhasabah kembali, pasti saya ada silap dan salah sehingga ujian ini datang tuk tarbiahkan kembali hati ini..banyak benda yang saya teringat, saya kurang menjaga adab di dalam kelas..membalas sms tanpa mempedulikan arahan guru. Saya akui kesalahan itu dan berharap agar kita semua haruslah beringat sebelum kena.
“Terima kasih ya Allah…sekurang-kurangnya hambaMu ini mengetahui salah dan silapnya.dan menerima musibah ini dengan setimpal dengan apa yang telah hamba lakukan. Hamba terima dengan hati yang lapang.”
pengajaran di sebalik ujian..
ujian datang membersihkan hati
tidak menitiskan air mata bukan beerti tidak sedih
bila tersedar
begitulah rasanya...
anis.. masyaAllah..
ReplyDeleteAnis ada cedera tak..?
Anis, bagi seorang mukmin itu hanya ada dua perkara; syukur dan sabar. Semoga Allah jaga anis..
memetik kata-kata Rasulullah S.A.W,"Ajaib urusan orang mukmin, segalanya baik baginya.. Hal ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin sahaja. Apabila mendapat nikmat dia bersyukur, maka itulah yang terbaik..apabila dia mendapat musibah, maka itu juga terbaik baginya."
(HR Muslim)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletemaaf ikin..lambat reply...itulah ujian kan ikin..menuntut kesabaran kita dan rasa terus bersyukur...
Deleteselepas handphone hilang ...sehari selepas 2..sticker motor anis pulak hilang...ada org curi...bergegas pulak ke Unit Keselamatan buat report n buat semula sticker kenderaan 2...hehe..mcm2...