Sudah
lama saya tidak menulis di sini. Rasa seperti dah lama tinggalkan dunia ‘blogging’.
Adakah kerana kekangan masa? Tiada idea? Malas?. Ya. Semua itu adalah perkataan
yang saya ciptakan untuk beralasan.
Jika
laman blog ini seperti rumah, pasti labah-labah sudah membuat sarang. Anai-anai
berkeliaran dan habuk menebal di setiap ruang akibat lama ditinggalkan. Begitulah
analoginya.
Sebenarnya
banyak sangat perkara yang saya mahu ceritakan, cuma tidak tersusun
ayat-ayatnya. Zaman telefon pintar di tangan buat saya malas membuka komputer riba.
Itupun salah satu puncanya.
Sayalah
orang yang tidak pandai menguruskan masa.
Saya
juga tidak telus mengemaskini dunia penulisan saya. Akibatnya, blog yang kedua
itu makin dipinggirkan. Saya memang bukan penulis sejati.
Dan sebenarnya
juga, hari ini adalah hari yang menggantikan hari-hari yang tertinggal sebelum
ini untuk berkarya. Saya perlu mengedit cerpen dan menyemak pruf yang telah
diemelkan semula oleh editor.
Sahabat-sahabat
sekalian,
Andai
anda membaca tulisan ini, tolong doakan saya agar menjadi muslim yang baik. Yang
bijak mengatur masa dan tidak mensia-siakan peluang bernafas ini dengan
perkara-perkara yang tidak memberi manfaat.
welcome back.
Mohon berusaha keras.
No comments:
Post a Comment