Don't Judge the blog by it's followers

Saturday 1 March 2014

Tulisan Macam Kanak-kanak

Tulisan Anis dah semakin matang, tahniah!” ucap sahabat satu kampus.

 Dia adalah orang yang terlibat secara langsung penubuhan blog ini. Sahabat yang banyak membantu saat saya sulit dalam selok-belok dunia blog. Orangnya kuat membaca, tidak seperti saya. Gelaran Miss Librarian sangat sesuai untuk saya gambarkan dia.

Bila digali semula post-post yang lama, saya senyum dan ketawa sendiri. Tulisan macam kanak-kanak yang bercerita tentang sesuatu perkara. Niat saya Cuma satu, iaitu ingin berlatih menulis.

Walaubagaimanapun, saya masih dalam proses belajar. Belajar menulis dengan baik. Kata guru penulisan saya, gaya bahasa saya perlu dikemaskan lagi. InsyaAllah, mana yang kurang, saya akan baiki.

Saya duduk di atas kerusi sambil menunggu pak cik yang menjual tiket bas di Puduraya. Kaunternya kosong, tiada orang. Mungkin dia sedang rehat. Saya duduk di sebelah dia. Seorang warga Bangladesh yang sedang menekan keypad handphonenya.

“Adik, ada pen?” dia menegur saya.
“Ada, sekejap.”

Dia pandang saya lagi sambil segan-segan ingin bertanya lagi.

“Adik, boleh minta tolong, tolong tuliskan nombor ini?”
“Boleh.”

Dia hulurkan sekeping kertas dan pen tadi.

Usai membantunya. Saya berfikir.

Pen, kertas dan tulis.

Ya Allah, jika ini tandanya. Saya perlu lebih bersemangat. Entah mengapa, minda asyik berfikir sahaja adegan tadi.

Saya tekad memilih jalan ini. Moga hati saya kian teguh merealisasikannya.

Belajar dan terus belajar.


2 comments:

  1. Seolah-olah petanda pula kan? Subhanallah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, sebenarnya ada lagi perkara yang anis rasakan macam petanda saja. huhu..Jika ini yang terbaik, Anis kena lebih bersemangat.

      Delete