Don't Judge the blog by it's followers

Monday 2 January 2012

si Pengawas Hijau

Orang yang sedang tulis ni sebenarnya tengah stress n sunyi duk sorang-sorang menunggu sahabat balik dari exam….pada mulanya …niat nak stdy…tapi suasana kala ini telah membuatkan diriku rasa suram. Actually saja nak mengerakkan tangan menulis supaya merangsang otak yang agak malas berfikir kala ini…
.
Amboiii..kalau nk update blog tuu..laju je kan…menaip…..rasa macam abjab-abjab ABC terawang-awangan di atas kepala (imagine that…)….ok tak kalau nak merapu dulu….
Saya bukanlah seorang yang jenis serius….walaupun pada hakikatnya ramai yang kata muka saya nampak serius je orangnya…
.
Tapi dulu masa jadi pengawas sekolah memang lah kena buat serius…especially time hari ahad….(sebab time tuu assemble day) betul ke eja cm 2..hahah…pengawas semua kena jalankan tugas time 2…sebab hari tu lah ada yang kena check….pakaian …dsb..

Antara kesalahan yang sering dilakukan pelajar banin/banat:

  • ·         Pakai stokin pendek
  • ·         Bertudung pendek
  • ·         Xpakai jarum kt tudung
  • ·         Berkuku panjang macam hantu
  • ·         Pakai assesori pelik (cam gelang hitam, cincin, dll)
  • ·         Berselipar jepun
  • ·         Baju tak berlencana
  • ·         Tak pakai kopiah putih/yg telah ditetapkan pihak sekolah
  • ·         Pakai seluar ketat dihujung kaki(bak kata ustazh seluar kaki belalang)
  • ·         Pastu…dah xingat..hahah

Tetiba teringat zaman sekolah dulu…..ya Allah..rindunya…tapi masa takkan berulang kembali kan….apa yang ada Cuma kenangan serta pengalaman.

Dulu ingat lagi time bertugas time solat zohor…ronda cari budak-budak yang lambat g solat…siap bawak kayu..huhu sebagai kekuatan….yg bestnya …bila ligan adik-adik form 1 lah….suka sakat orang….

Kenangan yang tak dapat dilupakan bila menjerit dalam surau marah kan muslimat yang liat nak solat….tiba-tiba angin naik semacam je time 2….ya Allah tak sangka..terdiam semua…

Bab solat memang saya agak pantang lah time tuu kalau ada yang bagi pelbagai alasan terutama muslimat yang sama je hari-hari nak kena tegur…..huhu..diorang pon  dah tension dgn saya..tapi itulah….yang perlu ditekankan..solat itu wajib…jangan malas-malas ye adik-adik….

Ok sambung balik bab menjerit dalam surau tuu…time tuu memang dah geram sangat…sebab ada yang tak nak faham dan degil….xreti bahasa…time sembahyang pon boleh lagi nak bising-bising…bersembang-sembang….tak hormat imam di depan…

Pas menjerit tuu….dalam 2 minit menangis pulak….
Menangis sebab tak tahan dengan keadaan masa tuu..sedih sangat tengok…..

“Ya Allah selamatkanlah kami dari tipu daya syaitan yang sentiasa menghasut anak adam”

Itulah sedikit sebanyak memori seorang pengawas “hijau”


gambar kenangan 2007




p/s: ada pulak cerita yang jadi idea tuk entry kali ni..walaupun pada mulanya..tak tau nak tulis apa….=)

No comments:

Post a Comment