Don't Judge the blog by it's followers

Wednesday 26 October 2011

Di sini terukir kehijauan

Cuti pertengahan semester telah bermula…ramai yang telah berangkat pulang..tak kurang juga ada yang mengikuti program luar atau yang tidak balik semasa cuti dengan alasan tersendiri….semoga mereka berbahagia dengan cuti selama 2 minggu yang telah direncanakan oleh pihak university
Tapi diriku masih bermanja-manja dengan bilik….roomate sudah lama balik ke kampung. Seronok melihatnya yang bersemangat membuat persediaan pulang ke kampung. Rindu pulak bila berjauhan dengan sahabat-sahabat di kampus…tapi apakan daya, masa tidak semestinya milik kita bersama.
Sehari sebelum kami semua berpisah (untuk sementara waktu je..) kami decide untuk melawat kampung salah seorang sahabat di Perlis. Antara aktiviti utamanya adalah makan-makan dan main bendang..hehhe. So, berangkat lah kami ke sana dengan perasaan yang riang. Bawa sahabat yang dah lama tak lihat sawah padi katanya..wah..begitu excited sejak di dalam kereta lagi....
kata si adik kecil kami: kak nanti p sana ..adik nak ambik padi 2 boleh x...nak simpan...teringin sangat2...huhu...
tiba2 balas si sahabat cute saya ni..: nak buat apa...nak letak dalam frame ke..atau nak laminate padi 2..hahah...

Macam-macam karennah semuanya...kecoh dibuatnya...sambung  cerita lagi...

Bayangkanlah..sampai-sampai di halaman rumah setelah disambut oleh tuan rumah...terus ke sawah padi....ya Allah...begitu terujanya mereka...dan yang paling teruja si adik kecil kami 2 lah....


Setengah jam di sawah padi...akhirnya barulah kami ke rumah...beramah mesra dengan tuan rumah dan sanak-saudaranya...sporting sungguh family sahabat kami ni...mak dia...masak macam-macam...sedap-sedap pulak tuu....ada ikan bakar, sambal belacan, gulai masak rebung, ulam-ulaman. ayam berempah, sayur bersotong dan yang paling best sekali sampai kembung perut adalah penangan air kelapa pandan.....
Sebelum makan ..kami beramai-ramai mengait buah kelapa pandan tu lah...best sangat..sebab tak sabar nak minum airnya yang enak gituu.....

ada pulak yang sempat bergurau " makcik..sedap lah air kelapa ni...cuma kurang pandannyaa..."..hahhaha mentang-mentanglah nama kelapa tu..kelapa pandan kan...mmm,,,kecian makcik, pakcik, tok..dll yang melayan karenah kami yang sangatlah kecoh...
Kelapa pon siap dikopeknya...disiat-siat isinya yang nipis dan manis tu dan dimasukkan ke dalam bekas...
Seusai solat zohor..bermulah aktiviti menjamu selera,,ni lah part yang paling best..heheh...lauk-lauk sedap2 belaka....ada yang menambah lauk ikan keli 3, 4 kali..hehe...time makan pon kecoh...mmm apelah anak-anak dara ni kan...tok pon terhibur dengan kami...baik-baik keluarga ni...seronok menyambut kami sebagai tetamu...dah macam keluarga sendiri...
Selepas makan nasi...makan pulak si buah kedondong (buah amra)..sesi cicah-mencicah pulak...ni adalah part ke 2 yang best....hehe..

Dan seterusnya.....sesi keliling kampung dan melihat kehijauan sawah padi...menikmati angin bendang...yang lawaknya..satu motor dibonceng 3 orang...cincai sajalah....janji kita happy..hehe
sampai-sampai di sana kami ada yang mengambil peluang berbasikal...basikal on the spot pulak 2...alamatnya..kecianlah kanak-kanak di situ terpaksa pulak melayan karenah kami...


Kebetulan pulak di situ ada jambatan kereta api...yang baru siap dibina..ianya untuk kegunaan lalulintas si pejalan kaki dan penunggang motosikal...tinggi jugak jambatan 2....dari atas luas mata memandang kehijauan...tenang dan damai...oh indahnya desa yang sebenar.
Saya mengambil kesempatan di tanah yang luas tu mengajar salah seorang sahabat menunggang motor...huhu...penat jugak rupanya..mengajar ni..tapi tak ape..seronok membantu orang ni....walaupun dia agak merasakan bahawa dirinya menyusahkan saya...it's ok..my friend...nanti kita cuba lagi....

Petang pon semakin tua...kami pon kembali ke teratak....sampai di sana dihidangkan pulak dengan kopi,teh..ditemankan dengan pisang n ubi goreng...yang paling sedap kt situ..air kopi lah...ya Allah...sukanya....terasa nikmatnyaa....siap tnya lagi..."makcik..pakai kopi apa..sedapnyaaaaa"..heheh..tersenyum makcik....

Selepas solat asar..kami pon mengambil keputusan untuk berangkat pulang..walaupun agak keberatan..tapi memandangkan ada sahabat yang naik bas malam tu....kenalah balik...menghantarnya....
Alhamdulillah..kembara ke Perlis kali ini...telah mengukir sebuah kenangan dan mengukir kehijauan di mindaku....
pemandangan dari atas jambatan

Terima kasih Tuhan kerana mengurniakan peluang dan masa yang begitu indah kepada kami....

<menjadi kanak-kanak yang riang>

Sunday 23 October 2011

Majalah Anis Sakinah ...mungkinkah?????

Bismillahirrahmanirrahim….kalam mulia ku buka bicara hatiku….Alhamdulillah..Subhanallah….Allahu akbar….segala puji-pujian hanyalah untukNya….syukur ya Allah hamba masih bernafas dalam pemerhatianMu, dapat mengukir penulisan kali ini dengan izin dari Mu…sudah lama saya meninggalkan blog ketenangan ni untuk satu tempoh yang lama kerana tidak berkesempatan menjenguknya walaupun punya niat untuk mengukir lagi…

“ya Allah jadikanlah segala yang ku coretkan mampu memberi ketenangan kepada diriku dan kepada sesiapa yang mampu terbaca di ruangan penaku ini..”

Saya minat dalam bidang penulisan dan menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang editor. Sebenarnya minat ini mula terbit sejak di bangku sekolah menengah di mana saya selalu menghasilkan nukilan-nukilan, sajak, puisi atau madah yang berkaitan dengan apa yang saya lalui dan rasa…ianya sebagai kamus untuk menterjemahkan sesuatu peristiwa atau pengalaman juga mengambarkan sebuah perasaan di kala itu….saya akui adakalanya saya seorang yang pendiam, suka menyendiri, dan boleh diibaratkan saya dengan dunia saya…begitulah mak selalu cakap..saya mempunyai jiwa yang inginkan ketenangan dan bila bersendirian saya mampu untuk bercakap dengan hati yang mana orang tidak tahu apa yang saya rasa dan fikir ketika itu…

Untuk bercakap di hadapan umum bukanlah kelebihan saya…sebab saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata, tetapi selalu berkata-kata dengan kata-kata (harap ada yang faham dengan ayat ini ^_^)

Teringat semasa di tingkatan 2, saya menyukai seseorang dan hampir setiap hari saya meluahkannya di dalam diari hijau kesayangan saya….masih tersimpan cantik diari itu..almaklum sajalah…diari yang siap dengan kuncinya sekali…dan yang pastinya saya akan menjaga kunci diari itu dengan selamat agar tiada yang dapat membukanya…sejak itulah saya belajar menulis..menulis..dan menulis…sehinggalah di tingkatan 4 dan 5, ustazah selalu memuji cara penulisan saya mengarang dalam karangan bahasa melayu..sehingga ada kawan-kawan lain mengusik dengan panggilan “ayat power”…Cuma satu sahaja cara saya..saya tidak suka menggunakan sesuatu yang orang lain sering dah guna..contohnya…saya tidak suka ayat yang sama di ulang-ulang dan kalau boleh letakkan ayat-ayat baru yang boleh membuatkan si pembaca boleh berfikir cara kita menulis dengan baik….

Saya tidak seperti adik dan abang saya yang pandai dalam deklamasi sajak dan perbahasan sebab saya seorang yang hanya mampu berkata dengan kata-kata dan bukannya pandai berkata di hadapan umum..itu memang kelemahan saya. Namun…Alhamdulillah adik dan abang mewarisi bakat mak dalam pengucapan dan saya hanya mewarisi bakat mak dalam penulisan. Mak dulu pernah menjuarai sajak di peringkat negeri daerah tempat kami. Saya jadi pandai dalam membuat  karangan bahasa melayu disebabkan didikan mak…yang sering melemparkan buah fikiran dan kata-kata yang mantap…sejak itu saya sudah mampu menulis tanpa bantuan mak lagi…dan mak mengaguminya…dan adik pulak, akan meminta bantuan saya untuk mengajarnya dalam karangan. Tak dinafikan juga ..adik selalu bercerita bahawa , cikgu nya juga selalu memuji karangannya..alhamdulillah kami mampu mengikut bakat mak…

Bukanlah di sini saya cuba untuk memuji diri sendiri atau berlebih-lebihan menceritakan perihal diri ini..tetapi saya Cuma ingin merangsang kepada semua bahawa dunia penulisan sangat indah bahasanya dan bentuknya,…saya bukanlah pakar dalam bidang ini dan masih ingin mengembangkan sayap...untuk terbang lebih tinggi...tetapi saya ingin berikan sedikit dorongan kepada yang lain.... menulis blog juga salah satu jalan untuk melatih kita menulis dengan baik..percayalah…^_^

Harapan dan doa agar saya mampu merealisasikan impian untuk menjadi seorang editor majalah yang mana saya mampu untuk melontarkan kata-kata untuk faedah bersama..

Ada kawan yang mengusik….

”anisss…nanti buatlah majalah sendiri ye…”

Balas saya :
“InsyaAllah..duk tengok sekarang ni majalah Anis dah ada di pasaran…majalah Sakinah pon dah ada….apa kata kalau anis buat majalah sendiri..heheh..majalah “ANIS SAKINAH”… sempena nama sendiri..huhu…xdelah gurau2 je…ek…doa2 lah…<@_@>




majalah anis sakinah suatu hari nanti...mungkinkah/????

InsyaAllah….tak dapat menulis di majalah pon, cukuplah hanya mampu menulis di sini…sekiranya ada rezeki, tak ke mana kan….

Tetiba teringat…aik..kenapa saya tak minat bisness ni…belajar kos berkaitan perniagaan tapi kureng ckit ke arah tu….


Tapi kena ingat..apa yang kita belajar hari ini tidak semestinya duduk di bidang yang sama….Cuma apa yang penting kita aplikasikan apa yang kita belajar.konsep ilmu sangat luas dan tak kan abis kalau belajar….kita hanya mampu memilik setitik air dari selautan, tetapi ilmu Allah seluas lautan..Cuma bayangkan….

Wallahu a’lam..semoga penulisan kali ini membawa berkat dan titik permulaan untuk ku melangkah lebih jauh…amiin ya Rabb….

Thursday 13 October 2011

The meaning of a colourful life


warna-warni kehidupan...

kita umpana warna-warna...
ada warna gelap..dan ada warna yg cerah...atau sebaliknya..

adakalanya...kita cuba bergabung dua warna menjadi satu warna baru , tetapi ada warna yang sesuai...dan ada warna yang kurang sesuai.....



tetapi bukankah kita dari satu kotak yang sama???

tapi ingat!!!

walaupun warna-warna ini hidup dalam satu kotak yang sama tetapi mereka berbeza melakar warna kehidupan 

kesemua warna-warna ini mempunyai kepentingannya masing-masing...
sebenarnya warna-warna ini boleh menghasilkan satu bentuk lukisan kehidupan yg cantik di atas sekeping kertas....

tanpa warna-warna yg lain ..belum tentu kita dapat mewarnai sebuah lukisan kehidupan itu....

sebenarnya kita boleh bersatu...untuk melakar kehidupan yang cantik.....



-Pena hijau mengukir ketenangan
12/10/2011

Friday 7 October 2011

Kau, kawan..sahabat..dan teman...

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra
Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama
Biarlah apapun rahsia
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku

Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Andainya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun di akhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan dua benua
Saling mengejar cita
Tak pernah kulupakan
Detik yang indah bersamamu temanku


Ku pasti suatu masa
Engkau dan aku kan bertemu semula
Kembali menjalinkan detik nan indah
Untuk kenangan bersama

 







:: ku rakam semua kenangan agar terus bersemadi dalam ingatan:: 

Thursday 6 October 2011

Pelangi Hidupku


Bismillahirrahmanirrahim…..
Kalam mulia membuka bicara kali ini….
Alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ilahi kerana telah memberi daku nikmat berukhwah sesama mereka….inginku katakan..aku sangat menyayangi mereka….dan seolah-olah detik2 yg terbina bakal pudar warnanya kerana setiap pertemuan ada titik perpisahan….
Hari demi hari aku bahagia bersama mereka.....
semoga ukhwah ini berkekalan...
kalau boleh mahu saja di dokumentarikan dalam ingatan
agar terus segar di fikiran....


sahabat ibarat pelangi


Lewat ini….banyak kenangan manis yang saya cuba ciptakan bersama..rakan2 seperjuangan dan kerana eratnya ukhwah ini…saya bimbang ianya akan berlalu begitu sahaja….kita terpaksa akui..bahawa orang-orang di sekeliling kita sebenarnya jodoh dan takdir yang ditetapkan oleh Allah pada sesuatu masa dan tempat. Tapi apa yang paling penting hidup ini perlukan kita bina hubungan dengan ramai orang  kerana di sebalik itu akan memberi manfaat suatu hari nanti yang kita tidak duga..dan bakal mengatakan…”Alhamdulillah..inilah hikmahnya mengapa Allah selalu temukan kita dengan seseorang…

Kehidupan di kampus memberi saya merasa semua itu walaupun saya tahu ianya tidak lama..mungkin 3-4 tahun…tapi saya selalu berpesan..kepada diri..berkawanlah dengan semua orang…janganlah habiskan masa  tanpa menjalinkan hubungan ..ibarat “kera sumbang”…hidup di kampus tidak semestinya menghabiskan masa menghadap buku mahupun laptop berpanjangan..pergi kuliah dan balik…..sebaliknya pesan seorang murabbi…."keluarlah anda melihat alam..kerana di situ anda akan belajar daripada alam….dan beroleh pengalaman.". ilmu dan pengalaman perlu seiring….jiwa kita perlu dibajai oleh orang-orang di sekeliling kita yang boleh menegur dan memimpin kita….

Duhai remaja…..

pengalaman itu tidak dapat dinilai dengan sekeping wang kertas...
dan tidak juga diperolehi dgn bergoyang kaki sahaja....
kutiplah ilmu dan pemgalaman utk mewarnai hidup anda...
kalaulah semua org tahu tinggi nya nilai sebuah pengalaman...
pasti semua ingin merasainya..
wahai usia remaja...
kutiplah pengalaman utk dijadikan koleksi hidup anda...
kelak anda pasti tidak akan rugi
sebaliknya mendewasakan kita...
rakamlah setiap pengalaman itu....


Adakalanya masalah hati selalu melanda..tapi lama-kelamaan kita akan belajar dari kesilapan.. …bagaimana hendak melawan bisikan syaitan yang cuba meruntuhkan sebuah ikatan persahabatan..nauzubillah….

Warna kehidupan saya tatkala ini ceria umpama pelangi di petang hari….dan saya harap keceriaan ini tidaklah bersifat sementara walaupun saya tahu kemunculan pelangi itu akan hilang bila tiba masanya..tapi apa yang saya cuba katakan…pelangi ibarat sahabat2 yang baik..yang muncul dalam kehidupan kita..walaupun sekejap namun memberi keindahan dan keceriaan….namun tidaklah pelangi itu akan hilang selama-lamanya..kerana saya percaya pelangi itu akan muncul kembali selepas hujan…..setiap pertemuan ada perpisahannya..namun sebenarnya…pertemuan itu boleh menjadi pertemuan kedua,ketiga dan seterusnya andaikuatnya ikatan sesuatu perhubungan…

‘masa terus berlalu membawa berjuta kenangan yg ku lalui
 namun mampukah kita melupakannya....
susah dan senang hnya sementara....utk kami laluinya ...
ye..aku sayang ukhwah ini..
ukhwah yg dibina semakin membara...
adakalanya air mata bakal membasahi pipi....
kerna ku pasti setiap pertemuan ada perpisahan....
ya Allah..kuatkan ikatan kami hingga akhirnya...
ku amat menyayangi mereka...T_T




semoga kita sentiasa satu hati



             

Sunday 2 October 2011

Bisikan dasar hati





Perasaan yang tak pasti ini kadang kala saling berinteraksi antara hati dan fikiran
Walaupun ku pasti ianya takkan mugkin terjadi
Biarlah rasa ini terus tersimpan demi menjaga sebuah persahabatan
Naluri berbisik dan fikiran selalu terbayang-bayang wajahnya
Tapi hanya itu yang mampu ku luahkan
Andai rasa ini hanya sementara...
Biarlah ianya berlalu pergi bila tiba masanya..
Kerna ku tahu cinta itu datang dan pergi jika ianya tidak pasti...



Hati cuba untuk menahan rasa bila bertemu dengannya
Namun tingkah tidak dapat menipu bahasa
Gaya pesonamu menarik hatiku
Cukup buatku terhibur dan riang
Jika kau tiada rasa usahlah memberi rasa kepada ku
Usahlah membuat fikiranku terus terlena diulik caramu......


Biarlah rasa ini untukMu Tuhan...
Usahlah rasa ini tertumpah pada bukan tempat. masa dan ketikanya....







12.48 a.m
3 okt 2011